Thursday, August 14, 2014

Ada ke satu diet yang sesuai untuk semua orang? Ketahui FAKTA mengenai DIET!

Ke arah mendalami ilmu kesihatan dan penjagaan diri, jadi akak dah mula membaca secara serius buku-buku berkaitan kesihatan diri ni.

dan satu buku ni memang bagus lah.. tajuk buku "Toksin Masuk Toksin Keluar".

banyak sangat ilmu pengetahuan yang akak dapat bila baca buku ni.. yang penting bagi setiap orang yang perlu kita ketahui ialah, kita ni tak sama. sebab tu ada orang dia diet hanya dengan makan pisang, dia sihat dan boleh kurus. tapi bila kita pun cuba diet pisang jugak, tak menjadi bagi kita. ha, itulah.. kita ni tak sama antara satu sama lain.



Kenapa tak sama? yelah, jenis darah pun tak sama kan.. ada orang jenis darah O, ada yang darah A, ada darah AB.

Dan lagi, DNA kita unik, maksudnya semua orang tak sama DNA. jadi bila dah banyak perbezaannya mana mungkin kita dapat aplikasikan cara yang sama kan..tak sama.. maksudnya tak sama peratus kejayaannya kan..

jadi apa maksudnya? maksudnya ialah, kita kena kenali diri kita sendiri. apa kelemahan diri kita, tahap kesihatan diri kita.. apa yang kita boleh makan.. yang tak boleh makan.. barulah kita senang pantau diet kita sendiri..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!