Sunday, January 12, 2014

Kaitan Ketidaksuburan dan Fibroid? Fibroid Jejas Kesuburan!

Semalam ada member akak datang, farah. Dah lama tak jumpa so apa lagi... dunia ana yg punya la.. punya la kami sembang lepas 1 topik 1 topik... pendek kata semua topik kami tolong buat ulasan la.. ekonomi sosial politik agama bangsa negara.. semua beb! Hihihi..
Yg akak nak kongsi ni pasal kesihatan..
 
Dipendekkan citer yg panjang, kakak kpd fara ni ada fibroid. Dah pergi berubat merata dah.. last pergi berubat cyst ni dah kecut dah.. tapi bila dia pegnen cyst tu ada balik.. hmmmm.. so dia pegi berubat kat tmpat lain lak..

Sebelum akak nak citer lanjut, apa kata kita baca sket mengenai fibroid ni


 
 
Jom tengok apa kata doktor
 
KEKERAPAN ketumbuhan fibroid di rahim dan pangkal rahim biasanya 40 peratus pada wanita terutama pada usia subur atau boleh hamil. Seramai 40 peratus wanita dengan fibroid tidak menghadapi sebarang masalah dan tiga perempat wanita yang mempunyai fibroid tidak menyedarinya kerana tidak mempunyai sebarang tanda atau kesakitan.

Pakar Runding Obsetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr. Dharmini Veerakumaran berkata, biasanya doktor hanya dapat mengesan melalui ujian pelvik atau ultrasound.

“Ini berlaku apabila pesakit mengadu kedatangan haid yang luar biasa banyak atau berterusan lama," katanya semasa ditemui di pejabatnya baru-baru ini.

Menurut beliau, fibroid boleh berlaku di pelbagai tempat seperti dalam rahim, luar rahim serta pangkal rahim.
“Fibroid bukan kanser dan hanya satu dalam 3,000 kes yang menjadi penyebab kanser kecuali ia sememangnya kanser," katanya.

Fibroid boleh berlaku sama ada dalam satu biji yang besar atau beberapa biji yang kecil tetapi dalam bilangan yang banyak.
Biasanya fibroid yang tidak mengganggu pesakit akan dibiarkan saja tetapi saiznya yang semakin membesar dan keras seperti guli kapur menyebabkan pesakit tidak selesa.
Dr. Dharmini berkata, simptom fibroid bergantung kepada kedudukannya.
“Misalnya terdapat pesakit yang mengalami darah haid yang banyak dan berterusan lebih daripada tujuh hari, sakit di bahagian ari-ari, kerap kencing, sukar kencing, sembelit dan sakit pinggang.
“Fibroid di bahagian luar rahim biasanya menyebabkan haid yang berpanjangan," katanya.
Pesakit yang mengalami sakit di bahagian ari-ari, haid yang banyak dan sakit apabila melakukan hubungan intim sepatutnya mendapatkan rawatan doktor.


Ini kerana biasanya wanita yang mengalami fibroid rahim tidak mengalami sebarang kesakitan dan 75 peratus daripada mereka tidak mengetahuinya.
“Biasanya fibroid akan mengecut apabila wanita mengalami fasa menopaus mungkin kerana pada peringkat itu hormon tidak aktif," katanya.
Wanita yang hamil dengan fibroid akan mengalami sakit di bahagian rahim menyebabkan keguguran atau bersalin bayi tidak matang kerana rahim mereka tidak boleh berkembang.

Biasanya ibu yang mempunyai fibroid di rahim biasanya dinasihatkan bersalin secara pembedahan kerana bayi akan bersaing untuk ruang dengan fibroid.
“Pakar perubatan biasanya akan memberikan penerangan terperinci kepada pasangan yang mempunyai fibroid.
“Ibu akan dinasihatkan agar berehat di rumah hingga cukup bulan," katanya.

Bagaimanapun pembedahan membuang fibroid tidak boleh dilakukan semasa proses bersalin tetapi enam bulan selepas itu.
Ini kerana ketika proses bersalin, keadaan rahim yang kembang dan kaya dengan salur darah menyebabkan risiko pendarahan.
“Ini akan menyebabkan risiko rahim rosak dan perlu dibuang," katanya.
Mengenai rawatan, Dr. Dharmini berkata, tidak terdapat ubat untuk mencairkan fibroid seratus peratus.

Bagaimanapun terdapat ubat suntikan untuk mengecutkan fibroid sementara dengan memberikan ubat untuk menyebabkan menopaus sementara biasanya selama enam bulan.
Biasanya pesakit mendapat rawatan kerana pendarahan yang teruk akibat fibroid yang besar dan mereka yang memerlukan pemindahan darah.

Pesakit akan diberikan ubat untuk menopaus sementara selama enam bulan dan ubat menambah hemoglobin dalam darah," katanya.
Bagaimanapun fibroid yang besar memerlukan pembedahan antara 10 hingga 20 sentimeter.
“Jika fibroid bersaiz kecil ia boleh dikeluarkan melalui pembedahan kecil," katanya.
Ditanya mengenai kemungkinan fibroid tumbuh kembali, katanya, benih yang ada menyebabkan risiko tumbuh memang ada.
Dr. Dharmini berkata, kini banyak penyelidikan sedang dijalankan untuk mengecutkan fibroid tanpa memberikan kesan sampingan kepada rahim..

ni rupa fibroid

fibroid08
 

 
Secara terperincinya, penerangan mengenai fibroid boleh diperolehi di sini.
 
 
Apakah Ketumbuhan Fibroid?
Ketumbuhan fibroid ialah sejenis ketumbuhan yang berlaku pada dinding rahim, khususnya pada lapisan otot. Sebenarnya, rahim mempunyai tiga lapisan. Lapisan paling luar ialah lapisan yang nipis yang dinamakan serosa. Bahagian tengahnya ialah lapisan otot atau myometrium yang boleh mengembang dan membesar ketika seseorang wanita sedang hamil. Ketika kandungan dalam peringkat pelahiran sebelum bersalin, otot ini akan menguncup untuk mengeluarkan bayi dan setelah bersalin, otot ini akan kuncup dan pulih seperti sediakala.
Walau bagaimanapun, ketumbuhan boleh berlaku pada lapisan otot ini, iaitu ketumbuhan yang mengandungi tisu-tisu otot bercampur dengan tisu berserat atau tisu penyambung. Lapisan paling dalam ialah lapisan endometrium. Lapisan ini sering berubah-ubah mengikut pusingan haid. Apabila seseorang wanita tidak hamil, maka sebahagian daripada lapisan endometrium akan luruh dan ia akan keluar bersama-sama dengan darah haid.
Darah haid adalah campuran antara darah dengan tisu-tisu dan sel-sel dari lapisan endometrium, lendir serta kuman-kuman bakteria dan lain-lain. Biasanya, campuran ini dinamakan “darah kotor”. Sebenarnya, darah tidak akan menjadi 'kotor' sebelum ia keluar dan bercampur dengan bahan-bahan yang saya nyatakan tadi.
 
fibriod
 
 
 
Adakah fibroid menjejaskan kesuburan?
 
Ya. Masalah ketidaksuburan sering berkait rapat dengan ketumbuhan fibroid.
 
Apa yang patut dilakukan sekiranya wanita berkemungkinan mengalami fibroid? 
 
Dr Zubaidi    menasihatkan wanita supaya bersabar menghadapi ujian Allah dan berusaha mendapatkan rawatan.
 
Dr Hamid Arshat ada cadangan rawatan alternative iaitu Pembedahan yang digelar Myomectomy. Bagi mereka yang takut bedah dan ingin cuba rawatan alternatif, cuba makan FIBROVAN atau SERRACOR. Beliau juga sarankan pengambilan jus perahan lemon setiap pagi.
 
 
Dr Hamid juga nasihatkan wanita ambil suplemen untuk mencegah fibroid iaitu
  • vitamin E
  • vitamin C
  • kalsium
  • fish oil @ omega
 
 
 
 Shaklee ada rangkaian produk suplemen yang mampu membantu permasalahan fibroid ini.





Terdapat juga banyak testimoni pengguna yang menggunakan suplemen Shaklee secara berterusan dan akhirnya mampu mengecutkan fibroid iaitu GLA. Lihat testimoni 1, 2, 3, 4, 5


Harga? Maklumat lanjut? Hubungi  akak.


oppps.... lupa lak.. sebenarnya masa awal entry ni nak share 1 info nih...

kawan akak farah tu bagitau, kakaknya pergi berubat kat satu tempat ni dengan seorang pengamal perubatan. Memang ramai yang pergi berubat kat situ dan kebanyakannya dalam kes fibroid ni ramai wanita yang berjaya mengelakkan diri dari menjalani pembedahan buang fibroid nih.
 
Kalau sapa yang berminat nak cuba pergi berubat kat tempat ni boleh la pm akak ye. Kat mana? Kat Terengganu, dekat dengan kampung akak.

 
 
 
Sumber info:
 
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!