Saturday, January 4, 2014

Rupanya foodcourt ni dah naiktaraf sistem bayar dan makan

Dah lama tak gi makan kat foodcourt east coast mall ni. So kali ni kami pergi naik ke tingkat 3, nak makan kat foodcourt.. oh ye.. nama foodcourt ni Tropicana.

So macam biasa, sistem yg akak gunapakai ialah, kami pilih meja, akak duduk tunggu.. pastu abe nik dan durra akan pegi ke mana2 stall la beli makanan.

Kali ni durra x ikut sekali ngan abe nik. Durra pegi beli pretzel. So abe nik la pegi cari makanan. Kejap lepas tu abe nik datang kat akak.. muka bengang giles je.. brasap semacam je ko..


Rupanya sistem kat foodcourt tu guna kad.. sebelum beli makanan kt stall situ kena gi topup dulu duit dlm kad tu.  Pastu barulah boleh gi beli guna kad tu kat mana-mana stall. Kalau time nak beli tu duit dlm kad tu x cukup makanya kena topup la dulu kat kaunter depan nun. Bila dah habis makan bawak kad gi kat kaunter dan akan dapat duit baki dari kad tu.. ooh.. 


betulx10 cerewet gituhh..patut le abe nik bengang giles.. Kata abe ni, lepas ni jangan harap la dia datang makan kat tempat ni lagi.. nyusahkan.. alahai.. Tapi kan.. ada kemungkinan sistem yg sama akan diguna pakai di tempat lain.. sebab mungkin pengurusan duit lebih efisyen kot bagi foodcourt nih.. ntah lah.. transformasi foodcourt.. lama-lama nanti org kita dah boleh terima la kan..

dan akak nasihatkan sebelum masuk ke mana2 restaurant atau food court, baca dulu arahan..mungkin prosedur nya berbeza dari kelaziman kita kan.. masalahnya, arahan dok kat belakang dan tepi tiang.. time pelanggan nak kuar mungkin la nampak.. kalu pelanggan masuk ke dalam food court mana nak nampak... ish ish ish..



kesian abe nik.. dan kesihan kat kami jugak.. lepas ni dah tak boleh makan kat foodcourt tropicana lagi dah..



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!