Thursday, January 30, 2014

Apa hebatnya vitamin C Shaklee? Orang lepas operate boleh makan ke?


Selepas operation buang batu karang abe nik, maka bermulalah sesi berpantang makan abe nik.

Mungkin ramai antara kita yang tertanya-tanya selepas pembedahan apa makanan yang boleh di makan oleh pesakit yang baru saja lepas operate ye? Ada banyak, nanti akak share kan ye. Tapi salah satu yang penting ialah vitamin c. Jadi akak bagi abe nik makan vitamin C Shaklee. 

Kenapa vitamin C?

(sumber)


Walaupun badan kita mampu melakukan banyak perkara, badan tidak mampu untuk membuat atau menyimpan vitamin C. Badan kita perlukan vitamin C bagi membantu
  • kesihatan tulang, tulang rawan, gigi dan gusi
  • pembentukan tisu perantara 
  • penyembuhan luka

Jadi bagi mereka yang baru je lepas menjalani pembedahan, sangatlah elok untuk ambil vitamin C. Ramai doktor yang sarankan ambik vitamin C ni (doktor1, doktor2, doktor3, doktor4, doktor5). Dr Hamid Arshat juga turut berikan vitamin c kepada pesakit beliau selepas pembedahan.

Malah satu journal hasil penyelidikan Fukushima dan Yamazaki (2010) telah mengesahkan kepentingan vitamin c kepada pesakit yang menjalani pembedahan.

Menurut doktor, semasa pembedahan banyak tisu-tisu penghubung yang rosak. Jadi selepas pembedahan, badan perlu membina semua tisu-tisu penghubung yang rosak ketika pembedahan tersebut. Oleh itu, vitamin c diperlukan untuk menguatkan kulit, otot dan saluran darah bagi mempercepatkan penyembuhan luka. Vitamin c adalah antioksidan yang kuat yang turut menyokong tindakbalas imun. Kekurangan vitamin c boleh melambatkan proses penyembuhan.



Mana nak dapatkan vitamin C?
(sumber)
 
Sumber-sumber vitamin c datangnya dari pengambilan buah-buahan sitrus seperti:
  • buah oren
  • buah lemon
  • rosehips









Apa yang penting pasal buah-buahan sitrus ni?
(sumber)
Di dalam kulit buah-buahan sitrus terdapat bioflavonoids iaitu agen penyembuhan.
Rosehips mengandungi sehingga 6,977 mg. Vitamin C per 100 gram. Oren mengandungi hanya 49 mg. setiap 100 gram.



Kenapa pilih vitamin C Shaklee?

Satu (1) Shaklee Vitamin C tablet bersamaan dengan 4 buah oren. (sumber)  
Pengambilan 2 tablet vita-C 500 Sustained Release Shaklee  mengandungi vitamin C yang terdapat di dalam lebih 7 biji buah oren!





Memandangkan Vitamin C tidak boleh disimpan dalam badan, badan yang normal menggunakan 100 mg. vitamin c setiap 3 jam. Namun demikian, setiap orang memerlukan jumlah vitamin c yang berbeza, bergantung kepada tekanan kerja, emosi dan kesihatan.Untuk mendapatkan manfaat vitamin c sepenuhnya, buah-buahan sitrus mestilah ditanam secara organik dan bukannya sintetik hasil pemprosesan. Vitamin c yang sintetik adalah bertoksik jika diambil dalam tempoh masa yang panjang. Suplemen Shaklee adalah berasaskan organik sepenuhnya.



Shaklee Vita-C Sustained Release melepaskan vitamin C secara perlahan-lahan dan berterusan bagi keperluan badan setiap jam. 

 

Dos pengambilan vita-C

1 tablet setiap hari setiap pagi.


Untuk mengetahui keberkesanan Vita-C Shaklee ini, anda perlulah mencuba dan merasainya sendiri.

Nak cuba? Boleh hubungi akak - 019 9695787.

Harga? RM 92.50 

Satu botol Vita-C mengandungi 180 biji tablet vitamin C yang boleh tahan selama 3 bulan. Sangat2 berbaloi bukan?



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!