Saturday, January 18, 2014

Citer Durra - Hidung berdarah

Hari ke 4 di imtiaz kemaman, tengaharinya durra tepon mintak hantar barang keperluan alatulis.. nak pensil kaler ngan jangkalukis.. 

ok.. 

sebab dekat je kan tak sampai 1 jam je so abe nik kata oklah... nanti papa datang.

 so petang tu kami pergi ke imtiaz kemana.. kemudian dalam lebih kurang 5 minit je nak sampai, tepon bunyi.. sebab dalam phone dah set no kat imtiaz akak pun terus angkat dan cakap,

"ello sayang, jap agi mami sampai.. dekat dah ni.."

tapi rupanya bukan durra yang cakap.. kawan dia. kata kawannya,

"makcik, hidung durra berdarah.. berketul-ketul darah keluar.."

oh tidak... sebab sebelum ni dah pernah berlaku hidung berdarah ni, akak bgtau kawan durra tu,

"ada tissu tak? tolong bagi kat durra dulu ye.. mintak tolong temankan durra pergi basuh kat bilik air boleh tak?"

akak dah boleh agak dah.. kalau berketul mesti macam ni rupanya..

 

sebenarnya kami dah pun bawak durra jumpa pakar kat hospital pakar KT Specialist. dan doktor banyak menerangkan tentang langkah pencegahan dan kita akui memang ada kaitannya dengan resdung. durra ada gak resdung.

pengamal perubatan berkenaan resdung yang kami temui pun ada bgtau, resdung ni sebenarnya ulat-ulat.. bila ulat2 ni dah banyak dan tak dapat dikeluarkan, maka ulat2 ini akan berkumpul dan jadi berketul-ketul... jadi darah la tu kan..

Cuma kalau melihat kepada ketulan darah tu memang ngeri lah..

so, sampainya akak kat sana, terus je akak meluru ke arah durra.. aduiii... habis bajunya..


 

bila keadaan dah reda dan durra pun dah tenang, akak mintak durra naik ke dorm dan tukar pakaian. akak bawak balik baju yg kena darah tu.. adoii.. dugaan.. dugaan..

tarik nafas.. hembus.. tarik nafas .. hembus.. apa yang terjadi ada hikmahnya, dan mengikut penilaian Allah, inilah yang terbaik bagi kita. Mungkin Allah nak bersihkan darah kotor yang ada kat hidung, hanya Allah yang Tahu. Mohon yang terbaik dariMu ya Allah.

Sebenarnya sejak pertengahan bulan dis 2013, durra ambik vitamin c shaklee.


jadinya bila dah masuk asrama ni akak bekalkan juga durra dengan vitamin c shaklee. Semoga apa yang dialami oleh durra sekarang adalah proses pemulihan secara semulajadi. InsyaAllah.

Bagi yang inginkan maklumat lanjut mengenai hidung berdarah ni, boleh baca di Harian Metro.

Antara puncanya ialah:

  • Kecederaan kecil dan kecederaan besar seperti mengorek hidung, kecederaan pada hidung dan muka yang disebabkan terjatuh, terkena pintu, kemalangan atau ditumbuk seseorang. 

  • Trauma kecil iaitu luka di dalam hidung apabila mengorek menggunakan kuku atau objek tajam misalnya, kanak-kanak suka memasukkan sesuatu ke dalam hidung mereka menyebabkan luka dan berlaku pendarahan.

  • Jangkitan seperti jang­kitan saluran pernafasan atas (URTI) dan sinusitis.

  • Keradangan seperti masalah alahan hidung yang tidak terkawal atau selalu bersin.

  • Terdedah kepada persekitaran panas yang akan menyebabkan kanak-kanak mudah berhingus serta gatal.

  • Bendasing dalam hidung juga boleh menyebab­kan pendarahan hidung dan selalunya dikaitkan dengan masalah hidung busuk.

Pakar Perunding Jabatan Otorinolaringologi Hospital Selayang Dr Mohd Sazafi Mohd Saad memberikan panduan berikut:
  • ibu bapa atau penjaga hendaklah sentiasa tenang dan jangan panik sekiranya anak mengalami hidung berdarah.
  • Rawatan segera atau lang­kah pertama yang boleh dilakukan di rumah adalah melalui kaedah trotter. Pastikan pesakit dalam keadaan duduk dan sedikit tunduk ke hadapan.
  • Lakukan tekanan yang berterusan ke atas hidung yang berdarah selama lima hingga 10 minit dan bernafas melalui mulut.
  • Letakkan ketulan ais di atas dahi untuk mengurangkan pendarahan. Ais sejuk dan berkumur boleh dilakukan. Kiub ais diletakkan ke dalam mulut sehingga cair.

Namun amat penting untuk mengetahui bahawa



Antara kesilapan yang sering dilakukan ibu bapa adalah 
  • dengan menyuruh pesakit baring untuk me­ngurangkan pendarahan hidung, 

Kenapa?
  •  ini akan menyebab­kan darah mengalir masuk ke dalam tekak dan seterusnya ditelan pesakit. 

Apapun, apa yang berlaku di dalam badan kita hanya Allah yang Maha Mengetahui. 

"Ya Allah, Kau sembuhkanlah anakku durra dengan sembuhanMu, sembuh yang tiada meninggalkan kesan buruk. Sesungguhnya Engkau Maha Penyembuh ya Allah. Amin."


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!