Saturday, January 1, 2011

Tahun 2011 yang penuh dengan harapan

Hari ni 1 hb Januari 2011. Hari pertama tahun baru. Dah namanya BARU maka semestinya semua yg berkaitan dengan kehidupan kita kenalah jugak diPERBAHARUI... jadinya, ada AZAM BARU.. azam, kehendak, iltizam, keinginan untuk mencapai apa yg dicitakan.. macam driving license.. setiap tahun kena renew.. sama ke.. eh, mana leh sama.. x sama lah.. ok, dah tak dpt cari contoh yg lebih mudah..

so, hari pertama tahun 2011 ni aku, hubby dan durra menghabiskan masa bersama keluarga kat kampung - Kuala Berang dan Losong.. memang betul2 terapi minda lah.. alhamdulillah, bersyukur sangat sebab berpeluang menghabiskan waktu bersama emak dan adik-beradik, semoga ikatan kekeluargaan kami akan sentiasa diberkati Tuhan.. dan tadi kami singgah ke Losong berjumpa ngan mak ayah. Sebelum balik ke Losong kami ge Giant dulu, shopping untuk bekalan barangan keperluan rumah bagi bulan Jan ni.. pastu baru balik Losong..

sampai2 je kat Losong mak tengah masak.. wah, kami sentiasa melangkah kaki kanan kalau balik ke Losong.. mak Losong rajin masak.. kalau anak cucu (eh tertinggal lak....dibaca: anak menantu cucu) balik, memang x menang tangan le mak duk kat dapur.. jadi kami suka suka suka suka sgt makan makan makan hahaha..

dah makan, leh tido lak tu.. ni si durra lah ajak tido.." mami, meh nle teman adik tido.." ai.. lomah aku dongar nyo.. so apa lagi.. tumpang tido gak lah.. kul 6 lebih baru bertolak balik Dungun..

dah tido tu bila bangun nyesal le jugak.. sebab ye lah, lepas makan ko tido, dah tentu bela badan.. SEDANGKAN salah 1 azam tahun ni ialah nak KURUSKAN BADAN..

x pe.. x pe.. baru first day of 2011.. hehehe. ada 364 ari lagi.. kakakaka

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!