Wednesday, November 7, 2007

Satu Transformasi Digital

Menjelang raya puasa yang lepas, banyak jugalah kiriman ucapan selamat hari raya melalui telefon yang diterima.. antara banyak-banyak tu ada jugak yang tak leh dibaca.. kenapa? sebab ada yg hantar MMS, ada attachment lah, image lah.. students lah yang kebanyakannya hantar MMS, yelah handphone diaorg pun lebih canggih dari kita..

Bila terima msg dan tak dapat baca mestilah terkedu gak.. terpikir jugak, selama ni ingatkan guna handphone untuk setakat dapat buat panggilan dan terima pangilan tu dah memadai dah, tapi skrg ni satu keperluan lak handphone yang ada 'xtra functions'.. perlu jugak nak hantar gambar, bunyi dan video.. perlu jugak ada handphone yang ada 'camera', boleh ambik gambar dan video. Perlu juga nak rakam suara.. Perlu juga ada MP3, MP4 player..Perlu juga ada access ke Internet, ada Bluetooth, ada GPRS, boleh guna 3G.. keperluannya ada.. paling penting, semua keperluan ni boleh didapati hanya dalam satu handphone..

Jadi, pada pendapat peribadi saya, sudah tiba masanya untuk kita sama-sama mendapat manfaat daripada kecanggihan teknologi sedia ada. Dan kemajuan teknologi ni pulak adalah hasil daripada 'research and development' penyelidik-penyelidik hebat yang sentiasa melakukan misi penambahbaikan dari masa ke semasa. Bukan kemahiran menggunakan alat ni sebenarnya yang kita nakkan, tapi lebih kepada usaha untuk merapatkan jurang digital dan perkongsian ilmu digital.

Harga hp? hmm, tepuk dada tanya selera... lebih canggih lebih mahal.. bergantung kepada banyak aspek contohnya berapa megapixel untuk kamera, berapa 'memory storage' dan banyak lagi lah..

** Artikel ini bukanlah untuk tujuan promosi, hanya perkongsian pengalaman sahaja **

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!