Tuesday, November 6, 2007

Ada Apa Pada Nama....

Salah seorang jiranku baru melahirkan anak. Memandangkan ini adalah bayi sulung bagi kedua-dua keluarga, jadi dalam pencarian nama tu, banyaklah dapat nama-nama cadangan.. semuanya cantik dan molek.. akhirnya, pasangan ini dapatlah nama yang diidamkan.. bukan 1, bukan 2 tapi 4 nama yang diberikan kepada anak ini. Terbelit jugalah lidah nak menyebutnya satu persatu dengan lancar. Nama anakku pun boleh tahan panjang, tapi yang ni lagi panjaaang nama.

Aku berkesempatan bercerita kepada orang tuaku pasal jiranku ini. Satu komen daripada ayahku membuatkan aku terdiam. Katanya, 'Nama ni biarlah yang baik dan mudah disebut. Janganlah panjang sangat dan susah disebut, nanti kesian orang nanti nak sebut nama kita masa nak baca TALKIN.....'

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!