Di kampung saya ada seorang pelajar ni, A. Keluarganya bukanlah berada, dan A adalah anak sulung. Menariknya, A ni tak pergi pun tuisyen kat luar ataupun kat sekolah sebab biasanya kalau kat sekolah tuisyen sebalah malam, dah rumahnya memang jauh nun di hujung kampung. Nak dihantar diambil, bapanya tidak mempunyai kenderaan.
Jadi setiap pagi A berjalan kaki lebih kurang 2 km utk ke sekolah. Dan setiap pagi itulah juga A tidak berkesempatan untuk diberi duit belanja sebagaimana pelajar lain disebabkan kesempitan hidup keluarganya. Pernah diceritakan oleh A yang ibunya menangis sambil berkata, "Mak mintak maaf hari ni kerana tak dapat beri duit belanja sekolah..". Tapi A tetap cemerlang di sekolah. Peperiksaan percubaan beliau dapat 5A dan UPSR betul dapat 5A. Pada saya, A memang anak pintar. Cuma saya terkilan sekiranya kepintaran A tidak dipertajamkan ke peringkat yang lebih tinggi melalui persekitaran elite dan bestari dek kerana ketidakmampuan beliau mempersiapkan keperluan untuk ke sekolah sebegitu..
Ibunya pula saya lihat sentiasa tabah dan pasrah. Tidak pernah meninggi cakap, sentiasa merendah diri dan kelihatan tenang. Saya sentiasa terfikir, mungkin ketenangan itulah kekuatan A dan ibunya.
Tujuan saya menulis coretan ini hanyalah untuk muhasabah diri sendiri. Kadang-kadang ada ketikanya kita alpa dengan kehidupan kita.. dan dengan membuka mata dan memerhatikan perjalanan hidup orang lain ada ketikanya di kala itu kita tersedar.. kita mungkin dapat belajar sesuatu dari mereka.
No comments:
Post a Comment