25/12/2017
Ari ni majlis sambutan ulangtahun kelahiran Durra.
Cik De dan Cik Ayu sponsor kek special.. memang cantik dan sedap sangat.
25/12/2017
Ari ni majlis sambutan ulangtahun kelahiran Durra.
Cik De dan Cik Ayu sponsor kek special.. memang cantik dan sedap sangat.
Aduhai..
Betapa tabahnya dia ni..
Luahan hati seorang rakan..
Pasangannya sudah 3 tahun kena strok.. dia yg jaga.. terpaksa berkejar antara kerja dan hospital.. dan rumah..
Dan sorang anaknya sedang bergelut dengan leukimia sampai kena kimo hampir sebulan setiap kali...
Sekarang dia diuji dengan sorang lagi anaknya.. suspected talasemia..
Dan beliau pasrah.. di tengah-tengah pandangan negatif dan kurang sokongan dari keluarga pasangannya..
Dia sangat tabah..
Demi anak-anak dia sanggup harungi umpat keji keluarga..
Katanya... dah tertulis.. inilah jalan ceritanya... dia redha..
Semoga Allah memberikan kekuatan dan kemudahan kepada beliau.. digantikan kesulitannya dengan kesenangan. Amin.
Aduhai...
Banyak-banyak bank yang ada kat mesia ni napalah aku rasa bsn lah bank paling lembap servis kpd pelanggan..
Dari urusan nak tukar kad bank baru hingga lah urusan nak ganti kad hilang.. penantiannya.. dan urusan nya sangatlah mencabar emosi dan kewarasan minda...
Aduhai..
Masa banyak terbuang gitu je.. berjam tunggu.. fuh..
Sabarkan aku ya Allah..
Sabtu 29/9/2017
Ari ni Durra outing. So mami ngan papa gi ambik kat hostel. Dalam 9.30 gitu kami sampai. Pakcik guard macam heran la.. sebab awal sangat outing nye.. biasa kul 11 mula outing.. ooo ye ke.. Durra tak cakap pun.. dia mintak kita ambik kul 9 ada la.. hihi..
So outing ke mana?
Hihi..
Balik rumah..
Durra gosok baju.. sebab katanya nak try iron baru.. haha..
Dan... layan citer "Duda Pujaan Dara" yang dah dirakam.. aduhai..
Lepas Asar baru gi anto hostel.. hehe.
Mak ai.. gedabak besar seterika ni..
Beli jugak.. hehe.. testimoni hebat giler.. jadi terpengaruh pulak daku..
Yelah.. ironing time la paling daku berkira.. tambah-tambah bila kemeja kain kapas.. aduyai.. kat setengah jam juga la masa nak habiskan proses menyerika dengan sempurnanya..
Tu tak masuk lagi time nak mensterika kain sutera.. memang menahan rasa la.. hihi..
So.. dah ode dah seterika terhebat alaf baru nih..
Dah sampai kat rumah dah ari ni..
Dan... haruslah tak sabar nak guna.. haha..
31 Ogos 2017
Pagi ni awal-awal lagi ai dah duduk ngadap tv.. memang takkan lepaskan peluang la..
Hari ulangtahun kemerdekaan negara Malaysia.
Apa yang paling seronok sangat?
Haruslah nyanyi lagu patriotik! Hihihi..
Dan menghayati persembahan hebat rakyat Malaysia yang mengambil bahagian.
Sangat sangat hebat! Cemerlang! 10 bintang ai bagi.
Bermula dengan drama anti komunis.. gerakan kemerdekaan.. sangat sangat menyentuh hati dan perasaan..
Ya.. bagaimana semuanya bermula.. sehingga kita mendapat kemerdekaan. Hasilnya.. hari ini.. apa yang telah kita kecapi. Nikmat kemerdekaan yang Allah kurniakan kepada kita semua rakyat Malaysia.
Sayangi Malaysia Cintai Malaysia!
Inilah tanahair kita! Tanahair generasi kita! Tanahair anak anak kita!
Hargai kebebasan yang ada! Ayuh! Berjuang bersama demi kejayaan Malaysia kita!
A friend raised her concern on what seems to be as a language abuse - making everything in acronyms! And in Emojis!
I kind of agree with her 100%... however.. still.. in this fast-paced tech-world.. to me.. as long as we understand the message, that is what matters most. I agree though.. in official letters.. academic essays.. in schools.. govt agencies.. all must always be reminded to use full and complete sentences when writing their messages.
The thing is... kids in school have started to write in acronyms.. as in what we write in Whatsapp... Not becomes 'x'.. By the way becomes 'btw'.. have becomes 'hv'.. and the list goes endless.
The concern is real.. really happening in our society.. so we ask,"what damage can it bring if we still do this language abuse?"
Well.. for one... we may be going back to the era where the Egyptians deliver their messages across only in emojis. Till today... we are still trying to understand their codes...
Hmm... what a dilemma..
Dah musim durian ni kan.. haruslah bagi penghargaan kat pokok durian kan.. hehe..
Kebetulan famili adik ipar ada dusun durian jadi semalam kami ode buah durian $100. Cadangnya nak bawak ke ofis Ahad ni.
Ari ni kami buat pengat durian sebiji... abe nik nak makan sangat. Lepas hajat makan pengat durian.. hehe.
Ni pun kebetulan cik de datang.. kami masak sama-sama.
MUTIARA KATA HUJJATUL ISLAM IMAM AL GHAZALI
1. Barangsiapa yang duduk bersama orang-orang kaya, Allah akan menambahkan cinta kepada dunia & semangat untuk mendapatkan dunia.
2. Barangsiapa yang duduk bersama orang-orang miskin, Allah akan menambahkan perasaan syukur & redha atas pemberian Allah.
3. Barangsiapa yang duduk dengan para pemimpin/raja, Allah akan menambahkan perasaan sombong & kerasnya hati.
4. Barangsiapa yang duduk dengan perempuan, Allah akan menambahkan kebodohan & syahwat.
5. Barangsiapa yang duduk dengan anak-anak kecil, Allah akan menambahkan lalai & gurau senda.
6. Barangsiapa yang duduk dengan orang-orang fasik, Allah akan menambahkan berani berbuat dosa & kemaksiatan serta mendorongkan diri untuk berbuat maksiat kemudian menunda-nunda akan taubat.
7. Barangsiapa yang duduk dengan orang-orang soleh, Allah akan menambahkan perasaan cinta kepada amalan-amalan ketaatan.
8. Barangsiapa yang duduk dengan para ulama', Allah akan menambahkan ilmu & perasaan tidak cintakan dunia.
Copy paste dengan izin Lan.
Rasanya kan.. elok sangatlah kita guna storage box untuk kelihatan lebih kemas.. tuala.. kain cadar.. kain gebar.. telekung solat.. cantik sangatlah letak dalam storage box ni..
Hasilnya.. almari pakaian nampak lebih tersusun...
Sedap je mata memandang.. hehe..
Ari ni 12/8/2017 kami gi kenduri kawin kat Gong Badak. Rumah 2 pupu abe nik.
Kami suami isteri pergi sekali ngan mak dan ayah.
Kebetulan MB dan isteri datang.. ha.. apa lagi.. bergambo la.
Sebenarnya MB suami isteri memang dah kenal lama ngan famili abe nik.
Akhirnya dah khatam dah novel nih..
What can I say...
Ini adalah naskhah Anjell yang I think.. is the best!
Gaya penulisan yang kreatif dan penuh dengan kiasan jenaka menyebabkan akak asyik ketawa sendiri.. banyak kali jugak lah.. sampai abe nik boleh pandang akak dengan angkat kening ziana zain.. dah kenapa bini dia ni.. ketawa sorang-sorang.. haha..
Two thumbs up!
Ni kalau buat cerita kat TV nanti.. hero ngan heroin memang kena yang hensem ngan yang cun tahap dunia la.. haha..
Tapi biasanya baca novel lagi best dari nonton kat TV.. sebab? Tak yah layan iklan kat TV.. haha.
Semalam anaknda ada kat Kajang. Ambil bahagian dalam acara memanah.
Syabas dan tahniah sayang. Mami doakan terus cemerlang.
Live from Nanjing, China. Channel ASSP4 HD.. China lawan Netherlands .. memang tak senang duduk bila menonton.. hebat bangat..
Kami memang suka tengok volleyball.. hehe..
Tengah layan novel Dr Alpha Male ni...
Tak habis habis rasa nak gelak.. aduhai..
Memang u ni novelis berbakat luarbiasa la Anjell.
Keep writing dear.
Dah dapat dah novel terkini dalam koleksi ai.. beli kat mana?
Kat Lazada la.. hihi..
Dr. Alpha Male dari novelis Anjell dan
Be My Wife dari novelis Nurul Ain Syuhada.
Suka suka suka... suka sangat tengok daun pokok tin yang dulu hidup segan segan je..
Akhirnya... Lazada juga yang dicari.. hehe..
Dah terima dah semalam. Pos laju. Terus pasang.. kemain lagi misteri caner nak dipasang.. tapi alhamdulillah. Berjaya.
So inilah dia.. tara..
Pagi ni makan biskut dulu sebelum gi kerja. Buat lapik perut.. sebelum belasah nasi lemak kat ofis nanti. Haha.
Biasanya memang ambik Belvita atau Jacobs weetameal.
Tapi ari ni bila bulak pek biskutnya tengok tengok dah lemau.
Dalam pek tu biasanya ada 4 keping biskut.
Bukak pek baru.. lemau jugak. Tapi yg musykilnya... dianya kedudukan kepingan biskut tu.. berlawan arah.. macam dah sengaja diletakkan begitu. Patutnya sekeping sekeping bertindan.
Bukak lagi pek baru. Lemau jugak. Tapi yang ni ada 4 keping biskut lemau dan tambahan cebisan biskut kat sebelahnya.
Hmm... tak tahu la apa yang berlakunya.
Sebelum ni tak pernah jadi macam ni.
Sooo... sebab Jacobs weetameal ni dah kira menipu pengguna, jadinya sebagai pengguna, selayaknya akak boikot dari membeli produk ni.
Yelah.. mende dok dalam kotak kot.. bukan boleh tengok ke rasa ke dulu.. bila dah beli.. ha.. tak ke dah rugi.
Bai bai biskut Jacobs weetameal!
Minggu lepas kami ke kedai buku SMO Gong Badak. Durra ada nak beli alatulis.
Dan maminya pun macam biasalah.. meninjau novel lah.. hihi..
Sudahnya.. satu novel dibeli.
Kalau ada yang mencari-cari kedai makan yang selesa dan sedap bolehlah consider kedai makan Laila yg terletak di batu 23 jalan besar menghala ke pekan kuala berang.. bersebelahan dengan stesen minyak petronas.
Setakat ni.. setakat yang akak biasa makan lah kan.. memang tidak mengecewakan.
Sangat direkomenkan.
Sampai mat saleh pun makan kat situ. Minggu lepas masa akak makan kat situ, kat meja belakang akak tu ada minah saleh 2 orang.
Tau apa mereka ode?
NASI GORENG KAMPUNG!
Tanpa pelat pun!
Haha.
Beberapa bulan lepas kak lela ada bagi pokok tin.. seronok sgt..
Pokok tin tu pulak sangat la rimbun.. suka sangat..
Tapi mungkin ai tak reti jaga kot..
Sekarang pokok tin tu dah macam hilang semangat nak hidup.. kering..
Ni kalu kak lela tahu ni maunya merajuk ngan ai ni..
Huhu..
Tapi tadi abe nik dah letak baja dah. Baja spesel abe nik beli.
Kita tengok nanti hasilnya.
Tak dinafikan ramai di kalangan wanita yang bergelut dengan kesakita bila tiba waktu datang bulan.
Sakit senggugut.. period pain... sakitnya Tuhan je yg tahu. Dan hanya mereka yg mengalaminya saja yang faham betapa mereka perlukan segala bentuk penyelesaian yg dapat melegakan sakit yang ditanggung.
Akak kalau sakit time ni memang kena pakai tungku.. tungku moden tu yang elektrik tu.. rechargeable.
Ni ada maklumat tambahan yg baru akak baca.
Minum lah susu setiap hari. Minum susu dapat melegakan dan mengurangkan sakit senggugut nanti.
Jom cuba.
Tengah cari losyen lembutkan tangan.
Tangan dah macam kurang lembut.. hihi.. banyak guna tenaga tangan masa berkebun.. dah kasar tangan i.. huhu.
Letak minyak zaitun ngan lotion mcm tak cukup soft.
Tu yang kena cari losyen lagi power.. hehe..
Tanya google.. keluar la pasal Eucerin ni..
Nanti nak gi beli.
Kamis lepas Durra balik.
Ari ni kira dalam sejarah la sebab datang awal.. sebab Durra ada kursus pasal memanah.. tapi bukan praktikal..teori kot..
Kata Durra.. kursus tu start kul 9.
Tapi kami sampai Sester kat kul 10. Hihi..
Yelah... pergi breakfast dulu..hihi.
Hihi..
Papa nyanyi.. lagu raya..
Kenapa lagu raya?
Sebab kat majlis jamuan raya kemas.. hihii.. kakaka..
Alahai.. nak upload video.. tak leh pulak dari phone.. huhu..
So ambik screenshot je la.
Ari ni jamuan raya kat kampus.
Macam biasa la.. i ni suka la buat-buat sibuk.. hihi.. ke situ ke sini..sembang situ sini..
Sampailah...
"Kak izan! Kak izan!"
Rakan-rakan satu jabatan memanggil..
I pun pusing la sambil berjalan menuju ke tempat mereka..
Sampai je kat situ.. i nampak... i nampak..
OH MAI GOD!
Baju sama warna.. sama corak.. sama segala..
Oh no..
Oh tidak....
I terus tutup muka.. kami semua ketawa tak henti... haha..
Kain sama pulak ngan Za.
Nasib la kain mahal. . Beli kat Gulatis.. sama pun ok la.. kan..
Haha..
Ari ni kami ke kedai makan Kufa corner Kuala Berang.
Setakat ni banyak kali jugak la kami makan kat situ.. boleh tahan la masakannya.. nasi goreng kampungnya memang kena la ngan selera akak.
Tapi ari ni...
Aduhai..
Dah la apa yang kami ode banyak yang tak de...udang tak de... daging merah tak de.. nasi goreng kampung tak de..haish..
Oklah.. kami ode jugaklah.. dah malas nak cari tempat lain.
Tapi..
Dah dekat sejam tunggu.. tak sampai-sampai..
Air dah sejuk dah..
Bila tanya.. dah dekat sejam tapi tak buat pun lagi.. tak masak pun lagi.. tak de la ramai sangat pun customer.
Ooohh..
Apa lagi.. hilang sabo la weh..
Nak buat apa tunggu.. sebagai customer kita perlu buat pilihan yang lebih baik.
Pilihannya ialah..
Kami bangun dan bayar harga minuman je.
Kalau kami tunggu lagi sampai maghrib la jawabnya... entah.. belum tentu sampai kot makanan..
Hmm...
Kepada pemilik kedai makan..
Kalau belum bersedia nak buka kedai
Itu tak ada ini tak ada..
Ko tak payah la bukak kedai ko lagi..
Nanti percuma je kena maki ngan pelanggan..
Bila kena maki ngan pelanggan
Bila pelanggan tak puas hati..
Itu lah salah satu sebab kedai makan lingkup.
Walau sesedap mana food kat kedai ko..
Kan..
Kesian..
Ari ni anto Durra balik asrama.. sebelum balik macam biasa lah.. ada je request..hehe..
Durra nak ke McDonald.. jd papa bawak ke McD kat Giant KT tu..
Tapi.. aduhai.. dia nye drive thru tu jam giler la pulak.. jeng ngguh..
So.. sebab tak nak buang masa beratur nak masuk kat McD tu.. dan sebab tak nak menambah kesesakan kat situ, kami buat keputusan ke A&W kat Batu Buruk.
Tapi...
Aduhai..
Pada kami.. A&W ni gah pada nama je..
Food quality memang OUT lah!
Kenapa?
Sebabnya
1) hampir semua ayam gorengnya jadi hitam.. goreng terlebih garing sampai hampir jadi hangit.
2) waffle terlalu kering.. dan rasanya mesin waffle tu dah sedekad usianya kot .
Kesimpulannya.. memang kena pikir 3-4 kali la kalau nak spend duit kat A&W kat situ.. tak berbaloi.
Sebagai pengguna yang bijak, kita kena mula memilih apa yang terbaik untuk kita. Hanya yang terbaek!
Ari ni hari raya aidil fitri yg ke 2.
Mami nak citer nih.
Hari ni kami berkonvoi 4 buah kereta pergi menziarah mak sedara dan pak sedara.
Last stop kami ke Kuala Por.
Nak dijadikan cerita, sampai je kami kat rumah mak sedara tu (kami panggil wan - bahas panggilan utk anak-anak kami kpada mak sedara tu), kami bagi salam. Yang keluar cucu wan. Katanya "wan tak de..pergi bandar"
Hmmm...
Budak buleh keluar...
Abe nik terus tanya budak tu, "mak ayah awak ada?"
Katanya, "mama ada. Papa tak de"
Dan papanya adalah sepupu akak.
Terus abe nik mintak budak tu panggil mama nya.
Barulah keluar.
Hmmm... engko boleh plak suruh anak ko cakap ngan tetamu yang datang dari jauh.. kok ye pun ko keluar le cakap sendiri.. kan...
Tak belajar sivik betul lah..
Abe nik pun tanya, "awak kenal tak sapa kami ni?"
Dia boleh kata tak kenal..
Aduhai... bayangkan..
Punyalah dia tak cakna..
Ko bukan baru kawin 4 bulan.. anak sulung dan umur 6 tahun kot..
Bukan tak biasa jumpa..
Memang la perempuan tu tak cakna langsung..
Abe nik terus cakap, "ni sepupu laki awak."
Akak pun sambung, "kirim salam la kt wan"
Lepas tu kami blah.
Dan jangan harap la mami nak bagi muka kat dia lagi. Tak nak dah bagi duit raya kat anak-anak dia... dah orang tak kenal kan.. buat apa ko nak buat baik kan... buat biasa dah la kan...
Lepas ni kalu jumpa wan memang nak mintak la wan bagitau kat menantu dia.. belajar la kenal-kenal saudara kan.. jangan duduk macam katak bawah tempurung je kan... cuba la bersilatulrahim. Dapat la jugak pahala.
Hmm..
Ari ni abe nik bawak balik hamper.. sumbangan dari YB.. dapat sorang kat ofis..
Cantik packagingnya.. cantik beg..
Ada biskut raya..
Dan yang mahal tu.. ada ferrero rochelle.. haha.. kan..
Best jadi YB kan.. ada bajet raya macam ni..
Hai.. bila la giliran kita nak merasa jadi YB ye.. kakakaka..
Huhuhu...
Semalam durra called.. bagitau sakit perut..
So kami mintak durra dapatkan bantuan warden dulu untuk hantar ke hospital. Kalau nak tunggu kami pergi sana memang lambat lah.. jauh jugak..
Terima kasih cikgu Azri kerana hantarkan Durra ke hospital besar HSNZ. Terima kasih juga kepada Aini kerana temankan Durra.
Sampai kat sana Durra update status terkini.. katanya tengah tunggu doktor buat pemeriksaan.
Kami nak pergi HSNZ tapi Durra kata tak perlu pergi.. mungkin mengingatkan jarak perjalanan yang jauh..
So esoknya mami pergi jumpa Durra kat hostel.. aduhai.. kesian anak mami.. sampai nangis-nangis cerita..rupanya patutnya doktor nak masukkan kat wad tapi Durra tak nak.. kami tunggu jugak update seterusnya malam tu.. tapi Durra tak call semula..
Aduhai.. sebak jugak mami dengar.. jadi mami mintak kebenaran warden untuk bawak balik sebab esoknya nak bawak gi klinik. Nak get second opinion.
Ari ni abe nik pasang lampu liplap..
Simple je lampu nye.. lampu hadiah dari kedai jual cat Bina Paint.. setiap kali beli kami dapat free 1 kotak lampu.. hehe..
Aduhai... termiss makan ubat hormon tiroksin... 2 hari lak tu... rupanya bekalan dah habis..
Dan jadinya.. memang mengganggu metabolisme lah..rasa letih.. tangan pun menggeletar je.. huhu..
So lepas ni kena buat checkup.. nak tahu paras hormon TSH..
Hari ni kami berbuka puasa beramai-ramai satu keluarga.
Menu utama ialah ikan patin masak tempoyak.
Kata Durra, ikan patin hari ni adalah yang paling sedap.. wah..