Wednesday, June 14, 2017

Aduhai.. anakndaku.. suspected ada problem apendiks

Huhuhu...

Semalam durra called.. bagitau sakit perut..

So kami mintak durra dapatkan bantuan warden dulu untuk hantar ke hospital. Kalau nak tunggu kami pergi sana memang lambat lah.. jauh jugak..

Terima kasih cikgu Azri kerana hantarkan Durra ke hospital besar HSNZ. Terima kasih juga kepada Aini kerana temankan Durra.

Sampai kat sana Durra update status terkini.. katanya tengah tunggu doktor buat pemeriksaan.

Kami nak pergi HSNZ tapi Durra kata tak perlu pergi.. mungkin mengingatkan jarak perjalanan yang jauh..

So esoknya mami pergi jumpa Durra kat hostel.. aduhai.. kesian anak mami.. sampai nangis-nangis cerita..rupanya patutnya doktor nak masukkan kat wad tapi Durra tak nak.. kami tunggu jugak update seterusnya malam tu.. tapi Durra tak call semula..

Aduhai.. sebak jugak mami dengar.. jadi mami mintak kebenaran warden untuk bawak balik sebab esoknya nak bawak gi klinik. Nak get second opinion.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!