Wednesday, July 26, 2017

Apa dah jadi ngan biskut Jacobs weetameal

Pagi ni makan biskut dulu sebelum gi kerja. Buat lapik perut.. sebelum belasah nasi lemak kat ofis nanti. Haha.

Biasanya memang ambik Belvita atau Jacobs weetameal.

Tapi ari ni bila bulak pek biskutnya tengok tengok dah lemau.

Dalam pek tu biasanya ada 4 keping biskut.

Bukak pek baru.. lemau jugak. Tapi yg musykilnya... dianya kedudukan kepingan biskut tu.. berlawan arah.. macam dah sengaja diletakkan begitu. Patutnya sekeping sekeping bertindan.

Bukak lagi pek baru. Lemau jugak. Tapi yang ni ada 4 keping biskut lemau dan tambahan cebisan biskut kat sebelahnya.

Hmm... tak tahu la apa yang berlakunya.

Sebelum ni tak pernah jadi macam ni.

Sooo... sebab Jacobs weetameal ni dah kira menipu pengguna, jadinya sebagai pengguna, selayaknya akak boikot dari membeli produk ni.

Yelah.. mende dok dalam kotak kot.. bukan boleh tengok ke rasa ke dulu.. bila dah beli.. ha.. tak ke dah rugi.

Bai bai biskut Jacobs weetameal!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!