Monday, June 26, 2017

Alahai.. lain kali cakna la sket dik ooiii

Ari ni hari raya aidil fitri yg ke 2.

Mami  nak citer nih.

Hari ni kami berkonvoi 4 buah kereta pergi menziarah mak sedara dan pak sedara.

Last stop kami ke Kuala Por.

Nak dijadikan cerita, sampai je kami kat rumah mak sedara tu (kami panggil wan - bahas panggilan utk anak-anak kami kpada mak sedara tu), kami bagi salam. Yang keluar cucu wan. Katanya "wan tak de..pergi bandar"

Hmmm...

Budak buleh keluar...

Abe nik terus tanya budak tu, "mak ayah awak ada?"

Katanya, "mama ada. Papa tak de"

Dan papanya adalah sepupu akak.

Terus abe nik mintak budak tu panggil mama  nya.

Barulah keluar.

Hmmm... engko boleh plak suruh anak ko cakap ngan tetamu yang datang dari jauh.. kok ye pun ko keluar le cakap sendiri.. kan...

Tak  belajar sivik betul lah..

Abe nik pun tanya, "awak kenal tak sapa kami ni?"

Dia boleh kata tak kenal..

Aduhai... bayangkan..

Punyalah dia tak cakna..

Ko bukan baru kawin 4 bulan.. anak sulung dan umur 6 tahun kot..

Bukan tak biasa jumpa..

Memang la perempuan tu tak cakna langsung..

Abe nik terus cakap, "ni sepupu laki awak."

Akak pun sambung, "kirim salam la kt wan"

Lepas tu kami blah.

Dan jangan harap la mami nak bagi muka kat dia lagi. Tak nak dah bagi duit raya kat anak-anak dia... dah orang tak kenal kan.. buat apa ko nak buat baik kan... buat biasa dah la kan...

Lepas ni kalu jumpa wan memang nak mintak la wan bagitau kat menantu dia.. belajar la kenal-kenal saudara kan.. jangan duduk macam katak bawah tempurung je kan... cuba la bersilatulrahim. Dapat la jugak pahala.

Hmm..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!