Wednesday, September 28, 2016

Perniagaan perkhidmatan lebih hebat kat kampung

Dah 2 minggu dah akak secara rasmi berpindah duduk kat kampung. Agak jauh la dari tempat kerja tapi yelah.. duduk kat kampung.. sapa tak nak kan.. suasana kampung memang terbaek lah!

Dan bercakap pasal perkhidmatan yang ada kat kampung, kampung akak ni dah kira hebat tau.

Hebat apanya?

Kat kampung akak ada orang kampung yang berjaya buat bisnes cuci kereta. Buat kat tepi rumah je.. setiap hari kereta berderet.. tak menang tangan.

Dan yang bestnya.. akak boleh call je mintak datang ambik kereta untuk dicuci. Siap cuci mereka datang hantar kereta kat rumah.. ha.. cuba cari kat tempat mana korang boleh buat gitu.. takde nya.. yang ada ialah korang kena tunggu kat situ kan.. ha.. ni memang kelebihan yang kira hebat la bagi akak.. hehe..

Satu lagi.. perkhidmatan gosok baju. Kalau kat tempat sebelum ni akak kena hantar sendiri kat kedai lepas tu bila dah siap pergi sendiri ambil.. sekarang tidak lagi.. hehe.. call je mereka datang ambik baju yang nak digosok. Siap gosok mereka hantar kat rumah.. caj nye pun lebih murah dari kedai biasa.

Jadi.. dipendekkan citer... memang berbaloi la.. tambah lagi kita sekampung. Kena la bagi sokongan kepada penduduk kampung kita. Kan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!