Sunday, September 18, 2016

Majlis tunang adik

Hari Rabu 14/9/2016 yg lepas kami ada majlis pertunangan adik lelaki, zuang.

Kami pergi ke rumah pihak perempuan selepas zohor. Dalam pukul 3 sampai. Dekat je pun sebenarnya... hehe.. kami bertolak dalam kul 2.30 pm gitu..yelah.. nak gi berkonvoi kan.. kena la tunggu semua ada dulu.

Rombongan kami dalam 7 biji kereta gitu. Tak de la ramai mana.. hehe.. dalam kereta akak tolong bawakkan belas dulang berisi buah. Tapi sampai sana akak bawak sirih junjung. Mengepalai rombongan membawa dulang hehe..

Alhamdulillah urusan majlis dipermudahkan Allah. Kita jadikan majlis tu seringkas mungkin. Sebarang perbincangan terperinci akan dilakukan oleh kedua-dua pihak lelaki dan perempuan dan akan dimaklumkan kepada ahli keluarga nanti. Senang gitu kan.. hehe.. Sebab kalau nak bincang itu ini begitu begini nanti majlis jadi panjangggg sangat.. kan.. so ringkaskan... hehe..

Selesai majlis kami dijamu dengan nasi minyak gulai ayam pencen. Memey sedap la. Terima kasih tuan rumah.

Selamat bertunang zuang dan ju.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!