Friday, September 2, 2016

Beli set katil kat Amir Perabot Bukit Payung.. janji lain..bila sampai.. lain..huhu

Itu hari akak pergi ke kedai perabut, Amir Perabut kat Bukit Payung.. nak cari set bilik tidur untuk anaknda.

Tinjau nye tinjau.. bincang ngan bincang.. tawar nye tawar dapat la satu set bilik tidur sekali tilam dengan harga $1200. Katil divan. Tilam tu pulak memang tilam tebal la.. akak nampak macam tilam tu stok lama je.. dah nampak la sket kekuningan nya.. tapi memang tilam cantik la.. tak kisah la.. janji tilam baru.

Seperti dijanjikan, hari Kamis bila kami dah ada kat rumah baru kami pun call la.. mintak datang hantar.

Bila sampai, tilam tu tak sama pulak ngan tilam yang dijanjikan pada mulanya masa kami tengok kat kedai tu.

Abe nik tak perasan pasal tilam tu. Bila akak tengok memang lain. Bukan tilam sepertimana yang dijanjikan.

Tilam yang diberi adalah tilam span.. bila lama guna nanti tilam tu akan kemek di tengah.. kami dah guna dah tilam jenis tu..

Abe nik akan pergi ke kedai Amir Perabut tu nak mntak tukar...hmm.. mau menyesal diaorg nanti bila abe nik dah bising.. 

Apa yang dijanjikan kena le ditepati. Dan kita dah bayar kan.. hak kita perlu dipertahankan.

Apa yang boleh akak cakap ialah.. setiap masa akan ada manusia yang tak ikhlas dalam berniaga.. walau sejuta kali mereka bagitau mereka telus dalam berniaga.. yang cakap banyak puji diri sendiri memang tak berapa boleh dipercayai kot.. kan..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!