Friday, September 9, 2016

Pasang langsir eyelet

Ari ni pasang langsir jenis eyelet. First time pakai langsir jenis ni.. sebelum ni kat rumah dungun pakai langsir rel tu je. Yang kena masukkan cangkuk besi tu..

Kadang tu tempat gantung langsir yang warnaputih kat rel tu mudah benar patah. Sudahnya langsir jadi lendut ke bawah.. dan lagi kadang tu masa pasang langsir tu nak kena betul betul letak cangkuk besi tu.. kalau tak nanti tak sama panjang antara cangkuk tu.Nanti tak cantik.

Jadi kali ni kat rumah baru ni akak nak guna langsir eyelet yang guna kayu je. Dan eyelet tu dimasukkan kayu.. jom tengok kisah langsir ari ni.

Ni kayu yang akan digunakan untuk memegang langsir. Akak beli kat DM Pemborong. Ada banyak jenis kat situ. Pilih aje mana berkenan. Hehe.


Ni langsir yang dah siap yang ditempah kat Kamdar itu hari. Memang 3 minggu siap seperti dijanjikan.


Akak guna warna yang berbeza untuk setiap bilik. Tapi kain dari jenis yang sama.

G tengah menebuk lubang untuk pasang kayu langsir.

Dibantu oleh abe ni.

akhirnya siap.. tapi... macam tak cantik la pulak.. huhuhu..

rupa-rupanya.. silap pasang langsir daaa.. so.. apa lagi.. terpaksa la pasang semula.. baru nampak cantik mata memandang. Yang kat tepi tu patutnya menghala ke dalam.. rupanya...adoyai..


Esok sambung lagi pasang langsir.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!