Friday, September 30, 2016

Two sweeties..hehe..

Share gambar je.. hehe

Lawat anakanda di hostel

Dua hari lepas anaknda call dari hostel maklumkan kurang sihat. Demam. Tapi bila mami tanya nak mami datang ambik ke anaknda bgtau x payah datang.. dah beransur baik.. tapi akak tau.. anaknda tak nak susahkan mami ngan papa sebab jarak perjalanan yang jauh.. huhu..

Kata anaknda ramai yang demam selepas balik dari kem motivasi.. tu yang jadi jangkit jangkit.  Hmmm..

Tapi yang paling mami sedih bila anaknda bgtau tak dapat gi kelas dan berehat kat dalam dorm je.. dalam keadaan tak sihat anaknda hanya memanggil nama mami dan papa.. aduhai.. siannya.. mengalir air mata mami..

Bila mami bagitau nak datang minggu ni anaknda bagitau ada kelas tambahan.. schedule penuh.. kelas pagi sampai petang dari hari Jumaat hingga Ahad..aduhai..

Tengahari tadi anaknda telefon bagitau yang kelas dah habis.. petang tak de kelas. Jadi apa lagi.. mami dan papa pun terus pergi ke Kijal.

Dan boleh outing.

Jadi kami ke Mesra Mall.

Makan mee tarik.. dah lama tak makan..fuh.. best  nye..

Dan mami belanja kawan-kawan sedorm donut big apple sebagai ucapan terima kasih kerana prihatin dengan durra yang kurang sihat masa tu. Terharu mami bila ada kawan yang sanggup naik hantarkan makanan kat bilik.. sanggup letakkan tuala basah kat kepala.. alhamdulillah.. bersyukur kerana anaknda mendapat kawan-kawan yang begitu cakna dan prihatin. Terima kasih.

Balik dari outing.

Gambar minggu lepas.

Thursday, September 29, 2016

Tugasan menjahit langsir yang senteng

Kisahnya langsir yang akak tempah ngan Kamdar ituhari.. dia nye langsir pintu singkat.. salah akak jugak kot. Sebab tak ukur dengan kain langsir tu.. sebabnya G dah ikut ukuran sama dah masa nak pasang kayu langsir tu.. langsir tingkap pun ok.. langsir pintu sliding pun cantik dah.. jadi ukuran G ambik sama la.. rupanya ukuran pintu kena letak kain langsir dulu... baru pasang kayu... huhu..jadilah langsir tu senteng..

Inilah langsir pintu bilik yang dah dipasang.. singkat...

Jadi akak terpaksa la buka balik jahitan langsir.. mujurlah memang basi nya banyak lagi kat bawah..

Kemudian akak sematkan ngan jarum peniti untuk dapatkan labuh yang akak nak.

Dan mujo lah ada meja bergerak ni.. mudah je kerja akak.. boleh letak mesin jahit.


tak perlu cabut langsir.. boleh terus jahit kat depan pintu.. hehe..


hasilnya.. walla.. langsir dah tak senteng lagi..


Wednesday, September 28, 2016

Perniagaan perkhidmatan lebih hebat kat kampung

Dah 2 minggu dah akak secara rasmi berpindah duduk kat kampung. Agak jauh la dari tempat kerja tapi yelah.. duduk kat kampung.. sapa tak nak kan.. suasana kampung memang terbaek lah!

Dan bercakap pasal perkhidmatan yang ada kat kampung, kampung akak ni dah kira hebat tau.

Hebat apanya?

Kat kampung akak ada orang kampung yang berjaya buat bisnes cuci kereta. Buat kat tepi rumah je.. setiap hari kereta berderet.. tak menang tangan.

Dan yang bestnya.. akak boleh call je mintak datang ambik kereta untuk dicuci. Siap cuci mereka datang hantar kereta kat rumah.. ha.. cuba cari kat tempat mana korang boleh buat gitu.. takde nya.. yang ada ialah korang kena tunggu kat situ kan.. ha.. ni memang kelebihan yang kira hebat la bagi akak.. hehe..

Satu lagi.. perkhidmatan gosok baju. Kalau kat tempat sebelum ni akak kena hantar sendiri kat kedai lepas tu bila dah siap pergi sendiri ambil.. sekarang tidak lagi.. hehe.. call je mereka datang ambik baju yang nak digosok. Siap gosok mereka hantar kat rumah.. caj nye pun lebih murah dari kedai biasa.

Jadi.. dipendekkan citer... memang berbaloi la.. tambah lagi kita sekampung. Kena la bagi sokongan kepada penduduk kampung kita. Kan.

Tuesday, September 27, 2016

Speed trap kat ngan kedai Zuki Maju Kuala Berang

Huhuhu... tadi rasanya confirm kena saman sebab melebihi had laju.. lepas je jambatan dekat ngan sekolah memandu PSM tu.. ada la nampak baju putih.. duduk kat semak kat ngan kedai Zuki Maju...dengan teropong ajaibnya..

Huhuhu.. akak dah cuak dah.. terus tengok meter.. 100.. huhu.. confirm la tuh..

Kebetulan hari ni lepas keje akak ngan abe nik singgah kat rumah kat cendering sebab nak clearkan barang yang masih ada.. so abe nik follow kat belakang..  dalam hati akak mesti abe nik marah ni bila sampai rumah.. bawak laju lagi.. huhu..

Memang la.. sampai je rumah.. statement pertama abe nik ialah "confirm la kena saman bulan ni.. bawak kemain laju... tengok depan dan lesap dah..hmm.. kan dah pesan.. kalau kat jambatan tu kena slow.. bawak 70.. memang ada speed trap kat situ" huhu.. sakit telinga wo.. diam aje la.. dah tau salah kan... huhu..

Lepas ni memang kena beringat..

Monday, September 26, 2016

Deko di dapur - ruangan simpan sudu

Rasa macam banyak sangat sudu dan garpu.. yg belum pakai pun ada.. huhu.. perempuan..perempuan.. penyayang betul..hihi..

Jadinya... kat kabinet satu ni akak simpan kat dalam laci... atas kabinet almari tu akak letak cawan dan gelas.. ada heater.. ada milo nescafe dan teh.. ala ala mini bar gitu.. hehe..

So nak buat air bukak je laci tu dan ambik sudu.. nampak la kemas sket.

Ni tempat simpan alatan memasak dan sudu selepas basuh.


Dan nanti sudu sudu disimpan di sini.
yang dalam plastik tu masih belum terusik.. beli kat Langkawi dah 3 tahun dah.. huhu..

Sunday, September 25, 2016

Hiasan kulit kayu manis

Melihat dekorasi ruang tamu rumah di dalam blog dan juga majalah, akak sedikit teruja apabila ternampak hiasan kulit kayu manis. Akak tertanya-tanya jugak la apa kelebihan kulit kayu manis ni.

Carian akak melalui pertolongan pakcik google telah membuahkan hasil. Dimaklumkan bahawa kayu kayu
1) dapat memberikan bau yang wangi.. (wangi ke..hmm..)
2) dapat menghalau binatang-binatang yang mengeluarkan najis.. seperti cicak..

Hmm... ok.. menarik tu.. boleh menghalau cicak.. so takkan ada tahi cicak..ok ok.. bagus..like like like.

So... apa lagi.. akak pun dengan penuh bersemangat bagitau la kat abe nik petua utk halau binatang yang buat tahi er.. yang mengeluarkan najis ni ialah dengan meletakkan kulit kayu manis dalam rumah.

Abe nik tanya kat mana nak beli?

Terus akak bagitau, "Kat Pasar Payang!"

Apa lagi.. esoknya kami terus ke pasar payang lah.. hehe..

Kami pergi dalam pukul 9 gitu..

Dan tau tak? Masa tu ada penggambaran.. video shoot.. nak tau sapa? Zizan Razak u olls... kami lalu je la.. tak de nak interframe pun.. hehehe..

Kami terus mencari kedai menjual rempah.. kat satu kedai ni akak tanya ada jual kulit kayu manis yang panjang tak? Kata pakcik tu dah tak jual..katanya lagi dulu dia jual $12 inggit sekilo..  masa tu kurang permintaan. Sekarang ada kat kedai satu lagi yang jual.. sangat mahal katanya.. alahai pakcik.. ko dah tak jual.. ko komen pulak orang yang jual.. hihi.

Tapi pakcik tu tetap bagitau kat kedai mana yang kami boleh cari kayu manis tu.

Sampai kat kedai tu memang banyak la kelihatan batang kayu manis tu..

Bila ditanya berapa harga sekilo, jawab adik tu, "$35 sekilo".

Wah.. banyak mahal wo...

Abe nik dah cuak dah..hehe..siap abe nik tanya akak nak berapa banyak.. hehe.  Kalau ikutkan akak nak je 2 kilo.. baru puas hati tengok kayu manis dalam pasu..hehe.. tapi tengok abe nik dah cuak semacam je.. akak tukar fikiran.. ambik setengah kilo je dulu.. hehe.. memang mahal kan..

Entah entah sebab kat pasar payang tu dia je kot yang jual.. kemain lagi ko letak harga ek..

Tapi oklah dulu.. setengah kilo dapatlah jugak 5 batang... huhu.. lepas ni nak gi cari pasu lak.


so kalau ada yanh berkenan nak mintak belikan kulit kayu manis untuk dibuat hiasan, boleh je akak tolong belikan...tapi kena charge tambahan la ye. parking banyak susah situ wo..


Saturday, September 24, 2016

Hiasan bagi gril dapur

Puas hati akak bila dapat pasang gril kat dapur.. gril yang boleh diletakkan hiasan peralatan dan kelengkapan dapur.. hehe..

Inilah dia gril yang dipasang di dapur.  Beli je cangkuk S dan letakkan je kat batang gril tu...banyak pun tak pe.. the more the merrier.. hehehe..


Kat sinki.. dah boleh gantung macam-macam.. apa je yang rasa boleh gantung.. gunakan je khidmat cangkuk S dan walla... 

Friday, September 23, 2016

Bertukar kpd gula stevia

Masa gi tengok makteh mak sedara akak itu hari, makteh ada bagitau suruh kurangkan pengambilan gula... sama seperti yang pakar pemakanan syorkan sejak sekian lama.

Kata pakar, gula berlebihan akan jadi racun.

Hmm.. dah kita ni pun dah sakit sana sini jadinya akak sekarang ning pun dah bertukar kepada gula stevia dah.. kalau minum teh.. hehe.. teh pun dah teh hijau sekarang.. kalau minum teh letak setitik je gula stevia ni dah cukup dah.

Thursday, September 22, 2016

Keropok lekor Gaung

Ada satu tempat kat Gaung, Kuala Berang yang jual keropok lekor.. ngan keropok keping.. nama masih juga keropok Losong.. haha.. memang la kan.. kalau dah keropok memang tak dapat dipisahkan ngan Losong.. trademark gitu.

Sedap tak?

Pencinta-pencinta keropok silalah cuba. Hehe..

Monday, September 19, 2016

Tahi lalat kutil

Sebelum ni abe nik pernah gi buat rawatan laser untuk buang tahi lalat kutil kat pipi sebelah kiri.

Tapi dah bertahun dah.. tahi lalat tu dah membesar semula..

Ditambah lagi dengan rutin seharian abe nik yang suka membelai-belai tahi lalat tu.. apa lagi.. memang membesar bagai johan la.. hehe..

Jadi kali ni abe nik guna rawatan konvensional.. beli itu ini.. semata-mata nak buang tahi lalat tu.. macam-macam lah yang dah dicubanya... cuka epal la..sampai kepada ubat kutil hurix kat farmasi..

Jadinya.. banyak la transformasi kulit kat bahagian tahi lalat tu..

Tapi sebab orang-orang yang sabar pasti diberi kemenangan kan... alhamdulillah.. tahi lalat yang besar tu dah hilang...

Sunday, September 18, 2016

Majlis tunang adik

Hari Rabu 14/9/2016 yg lepas kami ada majlis pertunangan adik lelaki, zuang.

Kami pergi ke rumah pihak perempuan selepas zohor. Dalam pukul 3 sampai. Dekat je pun sebenarnya... hehe.. kami bertolak dalam kul 2.30 pm gitu..yelah.. nak gi berkonvoi kan.. kena la tunggu semua ada dulu.

Rombongan kami dalam 7 biji kereta gitu. Tak de la ramai mana.. hehe.. dalam kereta akak tolong bawakkan belas dulang berisi buah. Tapi sampai sana akak bawak sirih junjung. Mengepalai rombongan membawa dulang hehe..

Alhamdulillah urusan majlis dipermudahkan Allah. Kita jadikan majlis tu seringkas mungkin. Sebarang perbincangan terperinci akan dilakukan oleh kedua-dua pihak lelaki dan perempuan dan akan dimaklumkan kepada ahli keluarga nanti. Senang gitu kan.. hehe.. Sebab kalau nak bincang itu ini begitu begini nanti majlis jadi panjangggg sangat.. kan.. so ringkaskan... hehe..

Selesai majlis kami dijamu dengan nasi minyak gulai ayam pencen. Memey sedap la. Terima kasih tuan rumah.

Selamat bertunang zuang dan ju.




Saturday, September 17, 2016

Mop mop lantai ku... demi lantai yang bersih dan tidak berdebu

Dah mop lantai kan.. kalau dah kering lantai mesti ada terasa kesat dan berdebu lagi lantai kan..

Sebab tu kena ada jugak mop lantai yang macam kain microfibre tu akan sapu debu debu yang tinggal. Memang nampak debu debu yang melekat kat kain mop tu.

Dan untuk lebih menjimatkan masa, kena la juga ada spray mop.

Semua daku ada.. haha.. so kena la rajin rajinkan diri mengemop lantai.. hehe..

Mop lantai dari Lazada

Akhirnya dah sampai mop lantai yang di ode dari Lazada.

Tengah tunggu satu lagi mop lantai yang spray tu..

Friday, September 16, 2016

Skynet di Kuala Berang perlu transformasi segera!

Setakat ni kan.. dalam urusan penerimaan barang, Pos Laju memang tidak pernah mengecewakan akak.

Selain dari tu.. macam GDex ke.. memang aduhai... memang menjadi maki hamun orang ramai la.

Beberapa hari lepas akak ada ode dari Lazada. Dan satu barang dihantar melalui Skynet.

Jadi akak dapat mesej dari agen Skynet yang jual kad kawin tepi Kedai Roti Selasih kat Kuala Berang mengatakan barang dah sampai.

Tapi bila petang tu akak pergi nak ambik, kedai tu tutup. Padahal baru pukul 3 petang.

Hari Sabtu abe nik pergi lagi.. pukul 10 pagi.. kedai belum bukak.. aduhai.. ni memang budaya kerja orang malas ni.. suka hati buka tutup pukul berapa yang dia suka.

Dan memang akak ada tanya juga pukul berapa kedai buka pukul berapa kedai tutup..

Nak tau jawapannya?

"Tak tentu."

Hah.. kan dah cakap.. budaya kerja suka hati.. kan.. camana pelanggan berpuas hati kalau macam ni..

So kepada Skynet... kami para pelanggan mohon supaya Skynet dapat mewujudkan tempat operasi lain yang lebih cekap bagi kepuasan pelanggan.

Tolong ngemas sampai demam

Pindah itu hari memang banyak la barang-barang.. banyak la debu-debunya.. aduhai..

Cik de datang menolong.. malamnya cik de dah selsema dan demam.

Hari ni masih lagi demam. Kesian cik de.

Mami selsema juga tapi tak dang sampai demam. Terus minum nutriferon. Cuma selsema la..

Thursday, September 15, 2016

Mesin basuh baru - LG

Selasa lepas kami beli mesin basuh baru. Jenama LG yang kami percayai. Sama seperti jenama mesin basuh kami yang kami tinggalkan kat rumah di Dungun. Cadangnya rumah tu nanti nak buat homestay, itu yang tinggalkan mesin basuh tu.. kisahnyer.. hehe..

Ok. Back to mesin basuh.

Sebenarnya kat kedai tu kami tengok kalu 8 kg harganya $899. Tapi kalu 9 kg harganya $950.  Tambah $51 inggit je. So... kami terus pilih yg 9 kg.

Macam biasa la.. mesin basuh automatik.. penuh dengan touch board nye.. tapi canggih la jugak mesin ni.. sebab mesin ni akan buat ukuran banyak mana air nak guna secara automatik. Dia timbang berat dulu kot.. akak rasa canggih la kan.. sebab mesin sebelum ni tak de la pulak kemampuan buat weight  measurement nih..hehe..

Wednesday, September 14, 2016

Kisah mop lantai

Sementara tunggu mop lantai dari lazada sampai, akak guna mop yang akak beli kat Happy Homes dulu..

Cemerlang la jugak mop ni membuang debu debu kat atas lantai.. debu yang tidak tertangkap oleh mop lantai biasa...

Kisah kembara mat dang Teganung

Best pulak tengok kembara mat dang ngan pu amin.

Hok best nye sebab mat dang cakap dalam bahasa teganung..

Memang best la..

Dapur gas strom go shop - di mana grater nya?

Dah bukak kotak dapur strom go shop.. bila check.. ada item missing.. dia nye grater x de..  grater tu tungku la... pelik la pulak.. dalam manual kata ada..

Hmm.. check review kat web.. ada jugak kes sama yang tak dapat grater..

Bila abe nik check.. rupanya.. grater tu ada kat bahagian bawah dapur tu.. oooh.. kisahnya...

Kok ye pun.. bagitau la ada kat mana letaknya.. kan.. ni nak mintak pembeli main teka teki lak.. aduhai..

Tuesday, September 13, 2016

Sesi mencari siaran astro

Tadi dah ambik astro dari rumah kat cendering.

Sebab dah pindah tempat kan.. jadi kena la setting semula astro ni..

So bermula la sesi adjust meng adjust...

Ayah teh, ayah wan tolong cari siaran.. dari atas atap ayah teh dok pusing piring astro... dan alhamdulillah.. berjaya mendapat siaran astro seperti sediakala.

Masih lagi dalam usaha mendapatkan siaran

Dibantu oleh matpiq dan abg adam

Kedai perabut Amir

Akhirnya dah tukar dah tilam.. yang mereka silap hantar tu..

Rupanya memang akak dapat harga murah.. sampai staf yg hantar perabut tu pun bagitau kat abe nik, "biasa orang beli set ni $1400 bang".. oh ye ke... rezeki kami la.. kan..

Dan rupanya set bilik tidur yang sama juga dibeli oleh adik akak kat kedai Maruzen.. mereka beli ngan harga $1399. Jadi akak beli satu set tu dengan harga $1200 memang berbaloi la kan.

Lepas ni nampaknya kena beli ngan Amir perabut lagi la..

Monday, September 12, 2016

Dapur strom go shop

Dah dapat dah dapur strom.

Sebelum ni akak memang dah cakap tak nak dapur kaca... tapi go shop nye promosi kaw kaw nye pasal strom ni menyebabkan akak beralah..

Sudahnya.. ode jugak satu.. hihihi..

Sunday, September 11, 2016

Panduan mengemas rumah baru

Bagi yang akan mula menduduki rumah baru, akak ada sedikit nasihat sebagai panduan bersama.

Setelah rumah siap dicat, mula fikirkan lubang-lubang di dinding yang perlu ditebuk untuk menggantung gambar, ayat Quran, jam dinding serta cermin dinding.

Kenapa?

Sebab nanti bila tebuk menebuk drill mendrill banyak habuk habuk dan debu simen  berterbangan. Sebab tu tak sesuai kalau ada barang-barang. Nanti semua barang berdebu.

Setelkan juga urusan pemasangan gril. Sebab itu pun nanti akan menyebabkan habuk simen yang agak banyak.

Kemudian setelkan urusan pemasangan langsir. Ini pun boleh tahan la kerja drill mendrill nya. Memang banyak sangat debu nya  nanti.

Dah siap semua tu, dah kemas dah mop lantai, barulah pasang kipas. Baru kipas bersih . Kalu pasang kipas dulu dan kerja drill mendrill ni dibuat kemudian, alamatnya berdebu la kipas. Satu kerja la pulak nak bersihkan kipas.

Lepas ada kipas, barulah bawak masuk barang-barang lain ke dalam rumah. Barulah boleh susun atur perabut dengan lebih kemas. Tak perlu nak alih sana sini lagi. Jimat masa.

Friday, September 9, 2016

Pasang langsir eyelet

Ari ni pasang langsir jenis eyelet. First time pakai langsir jenis ni.. sebelum ni kat rumah dungun pakai langsir rel tu je. Yang kena masukkan cangkuk besi tu..

Kadang tu tempat gantung langsir yang warnaputih kat rel tu mudah benar patah. Sudahnya langsir jadi lendut ke bawah.. dan lagi kadang tu masa pasang langsir tu nak kena betul betul letak cangkuk besi tu.. kalau tak nanti tak sama panjang antara cangkuk tu.Nanti tak cantik.

Jadi kali ni kat rumah baru ni akak nak guna langsir eyelet yang guna kayu je. Dan eyelet tu dimasukkan kayu.. jom tengok kisah langsir ari ni.

Ni kayu yang akan digunakan untuk memegang langsir. Akak beli kat DM Pemborong. Ada banyak jenis kat situ. Pilih aje mana berkenan. Hehe.


Ni langsir yang dah siap yang ditempah kat Kamdar itu hari. Memang 3 minggu siap seperti dijanjikan.


Akak guna warna yang berbeza untuk setiap bilik. Tapi kain dari jenis yang sama.

G tengah menebuk lubang untuk pasang kayu langsir.

Dibantu oleh abe ni.

akhirnya siap.. tapi... macam tak cantik la pulak.. huhuhu..

rupa-rupanya.. silap pasang langsir daaa.. so.. apa lagi.. terpaksa la pasang semula.. baru nampak cantik mata memandang. Yang kat tepi tu patutnya menghala ke dalam.. rupanya...adoyai..


Esok sambung lagi pasang langsir.


Pasang langsir baru.. eyelet..

Ari ni pasang langsir baru.. jenis eyelet.. rak pernah la pulak akak ada langsir jenis ni.. hehe.. tukar angin la pulak kali ni.
Langsir kami tempah kat Kamdar KT.
Batang kayu kami beli kat DM je..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!