Sunday, February 28, 2016

Ke Mydin KT

Ari ni akak dan abe nik ke mydin kuala terengganu... beli barang keperluan.. bila  dah sewa kat sini ada je la keperluan lain yang nak kena disediakan.. nasib baik la akak mintak ngan tuan rumah kalau dia ada mesin basuh dan peti dan kipas dan dapur... syukur alhamdulillah.. ada semua tu.. yelah.. takkan nak diangkut barang-barang tu dari rumah kat dungun...sebab bila balik sana kena guna jugak...

Dan sebenarnya lepas ke mydin, kami ke mr diy, lepas tu cari kettle, iron dan ironing board.. lepas makan kat Selera Timur (ingatkan ada sup jumbo.. takde... huhu..) sempat la singgah kat losong.. kebetulan ayah nak ambik ubat kat sepital.. sempat la pulak kami temankan gi ambik ubat..

Sebelah malamnya kami dinner kat restoran D Rahsia..  abe nik makan chicken chop dan akak makan pasta carbonara ngan tuna sandwich.. air pulak special.. kami ode air drebar lori ngan air android.... ada air candy crush lagi... haha.. pelik kan... cuba la...

Saturday, February 27, 2016

Kenapa orang cina tak nak kawin 2

Mesti ada yang tertanya-tanya... kenapa? Orang cina tak de ke yang kawin 2?

Ada.. bukan tak de..

Cuma akak nak citer ni..

Tadi akak teman abe nik gi duplicate kunci rumah sewa. Kat kedai cina. Pakcik tokei kedai tu umurnya dah 73 tahun dah.. ye lah.. sambil sambil tunggu siap kunci kami sembang la dulu... akak ni kan peramah gitusss.. haha..

Ada satu soklan tu abe nik tanya pakcik tokei ni, "uncle, orang cina boleh kawin 2 ke?"

Kata pakcik ni, "Boleh. Nak kawin berapa pun boleh."

Tapi kenapa jarang jugak dengar lelaki cina kawin lebih dari satu tapi banyak yang ada affair je?

Kata pakcik ni, "sebab lelaki mesti rasa malu dengan isteri.. malu dengan anak.. lagi-lagi kalau mau kawin dengan perempuan muda yang sebaya umur anak.. mesti rasa malu.."

Ha.. kalaulah orang lelaki melayu pun ada perasaan malu dengan isteri malu dengan anak.. kemungkinan kurang la kadar kawin lebih dari satu kat malaysia ni kan.

Tapi yelah..

Itu hanyalah satu daripada banyak aspek pertimbangan kan... masing-masing nya pemikiran kan..

Sama sama kita belajar tentang kehidupan dan sama sama menghargai kehidupan bersama orang yang kita sayang.

Friday, February 26, 2016

Bersih umah sewa

Memandangkan akak dah pindah kerja kat UiTM Kampus Kuala Terengganu, jadinya akak dah pun ambik inisiatif uruskan rumah kat kampung. Dari kampung akak ke kampus dalam 30-45 minit gitulah.. bergantung kepada tahap rempit Sumacher.. hehe..

So disebabkan rumah yang sedang dibaikpulih belum lagi siap ketika ini, jadinya akak cari la dulu rumah sewa... senang sket berulang-alik buat masa ni. Alhamdulillah.. dapat la rumah.. rumah teres.. kira oklah.. janji ada tandas duduk.. hehe.. itulah keutamaan masa pergi tengok rumah..hehe.

Ari ni plan nya nak bersihkan umah sewa.. akak mintak tolong adik datang menolong.. mak akak pun datang sekali nak tengok rumah.

Dan anak sedara pun ada datang jugak sebab durra dah pesan suruh bawak baby dhia.. rindu katanya.. lama tak tengok..

Menangis nangis si kecik tu..

Wednesday, February 24, 2016

Hari terakhir di ofis dungun...

Akhirnya... masanya sudah tiba untuk akak tinggalkan ofis dungun...dan meneruskan perjuangan dan kesinambungan usaha yang sentiasa meruap-ruap dalam arena pendidikan.. hanya di lokasi berbeza...

Bohonglah kalau akak kata akak tak sedih sebab terpaksa meninggalkan ofis yanh sudah sekian lama menjadi sahabat baik kan..

Tapi atas dasar kesetiaan kepada organisasi.. keikhlasan niat dalam mendidik generasi kini... segalanya diterima dengan berlapang dada.. apa jua cabaran seboleh mungkin ditukar menjadi peluang.. berlapang dada.. berfikiran positif...

Dan paling penting...

BERSYUKUR..

sekurang-kurangnya kita berpindah dalam negeri sama...

Rakan-rakan yang terpaksa berpindah ke negeri luar.. lagi lah terasa..

Anyway..

Saja la nak tunjuk aktiviti mengemas ofis... sedia untuk berpindah... dari bilik yang sangat selesa...

Hmm....

Saturday, February 20, 2016

Kenduri kawin sepupu

20/2/2016
Sabtu

Ari ni kenduri kawin sepupu akak kat Kedai Buluh.

Akak gi bersama ngan mak, adik beradik dan anak sedara. Sampai kat sana meriah la pulak jumpa mak sedara pak sedara..

Friday, February 19, 2016

Visit anakanda kat asrama

Hari ni akak pergi lawat anakanda kat hostel.. mcm biasa lah.. nak pergi tu ada la pesanan pesanan penaja.. beli biskut la.. kfc la..

So tadi on the way ke kijal kami berenti kat mesra mall beli roti boy..  sambil sambil tu kami makan dalam kereta.. huh.. roti boy buttermilk.. sedap ngguh..  yumm yumm..  beli banyak sket buat kawan kawan durra sekali dalam dorm tu.

Kemudian akak dan abe nik berenti kat kfc kijal.. kami makan kat situ.. dan beli bungkus jugak untuk durra.. hehe..

Dah jumpa anak.. aduhai.. hilang rindu..

Sunday, February 14, 2016

Appointment fisioterapi

Ari ni akak ada temujanji ngan pakar fisioterapi kat Klinik Kesihatan Alur Tembesu Dungun.

Menarik jugak kaedah kaedah rawatannya.

Yang akak teruja sangat ialah bila kena celup tangan ke dalam lilin yang suhunya suam suam panas.. mula-mula tu rasa cuak jugak.. macam-macam perasaan ada.. takut panas la katakan.. tapi sebenarnya masa mula-mula je rasa panas.. lepas celup kali ke 2 sehingga ke 6 memang tak de la rasa panas sangat pun.. manja je terlebih kita ni.. haha..

Lepas celup tangan kemudiannya tangan kita akan dibungkus ngan plastik yang dibalut kain macam sarung bantal gitu.. kemudian diikat kemas kat lengan. Dalam 30 minit la akak duduk dan berada dalam keadaan tangan berbungkus. Dan kat leher akak diletakkan lapisan lain yang hangat... aduhai.. sangat relaxing rasanya..

Kemudian akak diajar buat senaman tarik tali getah yang diikat kat gril (atau kat mana-mana la.. tiang ke.. janji tak bergerak bila ditarik kuat).. siap diberi bawak balik tali getah tu.. rasanya memang kena ikat kat gril la..

Dan staf fisioterapi tadi memang sangat helpful. Thank you very much.

Saturday, February 13, 2016

Latest Book! Computer Problem Solving in Structured Programming using C++

At last...

Here is our book titled

Computer Problem Solving in Structured Programming using C++

This book is targeted at individuals who are new to the world of programming and intend to learn programming in a systematic way. It offers the readers the fundamental coverage that must be understood prior to writing a program.

You may get the book from the nearest bookstore  OR you may call or email us to inquire about the book.


AUTHORS: Norizan Mohamad, Azlin Dahlan, Zawawi Ismail@Abdul Wahab and Suhana Sulong
PUBLISHER: Pearson Malaysia
YEAR: 2016
ISBN: 978-967-349-702-7

You may also take a look at the Table of Contents.











Wednesday, February 10, 2016

Wah banyak betul doktor bagi ubat...

Lepas doktor A check doktor tulis slip ubat. Masa tu doktor B yang duduk berhadapan dengan doktor A tanya pasal preskripsi ubat yang doktor A bagi. Doktor B tanya doktor A dan mereka berkomunikasi dalam bahasa doktor..

Kemudian doktor B datang kat akak dan buat ujian...ujian genggam tangan, tolak tangan, tarik lengan dan angkat bahu.. doktor B nak tengok kekuatan otot kot.. kemudian akak dengar doktor B bagitau doktor A 'about 5..'.. maksudnya tahap kekuatan ujian tadi ialah 5 la tu kot..

Doktor syorkan jugak fisioterapi dan akak bagitau 15/2 ni akak dah start buat fisio.

Lepas dapat slip tu  akak bawak ke unit farmasi hospital dan dalam 10 minit dah dapat ubat.. tapi aduhai.. punyalah banyak ubatnya.. vitamin dan ubat sapu.. vitamin tu la yg banyak..

Walaupun memang ramai pesakit tadi.. akak hanya meluangkan masa dalam 1 jam setengah je.. kira dah tahap menunggu yang sangat boleh dibanggakan.. jumpa pakar tu..

Berbanding kalau pergi ke unit pesakit luar untuk jumpa pegawai perubatan.. kadang tu kena tunggu 4 jam.. aduhai.. jumpa nya pulak tak sampai 5 minit.. huhuhu..

Appointment ngan doktor pakar orthopedic

Pagi ni akak datang ke hospital dungun sebab ada apppointment.

Akak datang sorang sebab abe nik tak leh teman. Ada hal lain kat ofc.. huhuhu..

Akak belum pernah datang kat sini jadi kena la tanya orang kat mana bilik pakar ortho.. rupanya sebelah je ngan kafeteria hospital.. o..

So skrg akak kat ruang menunggu la.. tengah tunggu giliran.. punya le ramai orang...

Bersabar menunggu.

Saturday, February 6, 2016

Perkara perlu dibuat... ToDo List..

Kadang kadang kita ni sangat la kononnya organized orangnya kan.. kena ada to do  list bagai.. barulah boleh buat kerja dan siapkan kerja..

Tapi banyak kali jugak terjadi yang todo list tinggal todo list jugak.. dah jadi neverdone list...

Dan sebenarnya... untuk siapkan kerja kena ada strategi jugak.. contohnya getting things done strategy... bacalah.. sangat simple strategy 3 minute rule..

Thursday, February 4, 2016

Maggi ketam resepi sendiri.. beh woo..

Itu ari makan maggi ketam kat kedai... fuyooo.. $20 gitu.. ketam sekor je pun..

So kali ni kami buat maggi ketam sendiri.. senang bangat. Ni cara kami buat:

Langkah 1: Hiris bawang besar dan ketuk bawang putih. Tumiskan dalam kuali.

Langkah 2: 

1. Rebus ketam dalam periuk dan tunggu hingga mendidih.

2. Letak perencah maggi. Biarkan mendidih.

3. Angkat ketam dan asingkan
4. Pecahkan telur dalam periuk. Campurkan bawang tumis.
5. Masukkan maggi dan biarkan masak.
7. Jgn lupa ketam tadi.. hehe..
8. Siap untuk dimakan.

Sedap bangat.. hehe..

Monday, February 1, 2016

Kalau ibu jari kaki tak dapat bergerak aktif.. petanda...

Ari ni akak pergi jumpa kak Na yang ada pengalaman frozen neck.. kami sembang punya sembang punyalah banyak..

Kak Na pun kena frozen neck.. tangan kebas... dah buat fisio.. dah buat MRI.. dah buat akupuntur dah..

Dan kak Na bagitau.. doktor ada buat test.. simple test. Kalau kita boleh gerakkan ibu jari kaki kita dengan mudah.. maknanya ibu jari kaki kita tu boleh digerakkan dibengkokkan.. boleh kepit barang kalau jatuh kat kaki ke.. maknanya bahagian badan kita dari pinggang ke bawah oklah.. insyaAllah tak de masalah.

Kalau sebaliknya.. maknanya ada la masalah tertentu..

Ha.. cuba check sekarang...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!