Sunday, February 14, 2016

Appointment fisioterapi

Ari ni akak ada temujanji ngan pakar fisioterapi kat Klinik Kesihatan Alur Tembesu Dungun.

Menarik jugak kaedah kaedah rawatannya.

Yang akak teruja sangat ialah bila kena celup tangan ke dalam lilin yang suhunya suam suam panas.. mula-mula tu rasa cuak jugak.. macam-macam perasaan ada.. takut panas la katakan.. tapi sebenarnya masa mula-mula je rasa panas.. lepas celup kali ke 2 sehingga ke 6 memang tak de la rasa panas sangat pun.. manja je terlebih kita ni.. haha..

Lepas celup tangan kemudiannya tangan kita akan dibungkus ngan plastik yang dibalut kain macam sarung bantal gitu.. kemudian diikat kemas kat lengan. Dalam 30 minit la akak duduk dan berada dalam keadaan tangan berbungkus. Dan kat leher akak diletakkan lapisan lain yang hangat... aduhai.. sangat relaxing rasanya..

Kemudian akak diajar buat senaman tarik tali getah yang diikat kat gril (atau kat mana-mana la.. tiang ke.. janji tak bergerak bila ditarik kuat).. siap diberi bawak balik tali getah tu.. rasanya memang kena ikat kat gril la..

Dan staf fisioterapi tadi memang sangat helpful. Thank you very much.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!