Sunday, February 28, 2016

Ke Mydin KT

Ari ni akak dan abe nik ke mydin kuala terengganu... beli barang keperluan.. bila  dah sewa kat sini ada je la keperluan lain yang nak kena disediakan.. nasib baik la akak mintak ngan tuan rumah kalau dia ada mesin basuh dan peti dan kipas dan dapur... syukur alhamdulillah.. ada semua tu.. yelah.. takkan nak diangkut barang-barang tu dari rumah kat dungun...sebab bila balik sana kena guna jugak...

Dan sebenarnya lepas ke mydin, kami ke mr diy, lepas tu cari kettle, iron dan ironing board.. lepas makan kat Selera Timur (ingatkan ada sup jumbo.. takde... huhu..) sempat la singgah kat losong.. kebetulan ayah nak ambik ubat kat sepital.. sempat la pulak kami temankan gi ambik ubat..

Sebelah malamnya kami dinner kat restoran D Rahsia..  abe nik makan chicken chop dan akak makan pasta carbonara ngan tuna sandwich.. air pulak special.. kami ode air drebar lori ngan air android.... ada air candy crush lagi... haha.. pelik kan... cuba la...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!