Lepas doktor A check doktor tulis slip ubat. Masa tu doktor B yang duduk berhadapan dengan doktor A tanya pasal preskripsi ubat yang doktor A bagi. Doktor B tanya doktor A dan mereka berkomunikasi dalam bahasa doktor..
Kemudian doktor B datang kat akak dan buat ujian...ujian genggam tangan, tolak tangan, tarik lengan dan angkat bahu.. doktor B nak tengok kekuatan otot kot.. kemudian akak dengar doktor B bagitau doktor A 'about 5..'.. maksudnya tahap kekuatan ujian tadi ialah 5 la tu kot..
Doktor syorkan jugak fisioterapi dan akak bagitau 15/2 ni akak dah start buat fisio.
Lepas dapat slip tu akak bawak ke unit farmasi hospital dan dalam 10 minit dah dapat ubat.. tapi aduhai.. punyalah banyak ubatnya.. vitamin dan ubat sapu.. vitamin tu la yg banyak..
Walaupun memang ramai pesakit tadi.. akak hanya meluangkan masa dalam 1 jam setengah je.. kira dah tahap menunggu yang sangat boleh dibanggakan.. jumpa pakar tu..
Berbanding kalau pergi ke unit pesakit luar untuk jumpa pegawai perubatan.. kadang tu kena tunggu 4 jam.. aduhai.. jumpa nya pulak tak sampai 5 minit.. huhuhu..
No comments:
Post a Comment