Tuesday, July 22, 2014

Citer kuih raya.. tipah tertipu..

Hmm.. nak citer pasal kuih raya.. tipah tertipu tertipu tipu tertipah...huhu...

Kisahnya masa kat bazar tu akak ada beli kerepek pedas.. memang feberet akak la.... 20 hinggit.. x kisah la kann.. dah nk makan.. tapi yg sakit hati jiwa dan raganya kan.. bila nk makan kerepek tu dah liuk..dah tak crunchy.. dah langsung tak rangup.. rupanya dah masuk angin.huhu..

Nasib betul la.. so akak dah doakan bisnes budak pompuan tu lingkup.. kejam x kejam x?

Jadi moralnya ialah
1. Jgn beli kuih raya kat bazar?
2. Sblm jual barang, penjual kena pastikan yg produk jualan dlm keadaan baik.

Monday, July 21, 2014

Cuci periuk

Hehehe.. sempat snap gambo pengantin tengah basuh periuk..  memang dah tradisi kan.. cuci bersih2 ye.. lepas cuci periuk jangan lupa cari kayu api. Hehe...

selamat pengantin baru ye noreen.


Sunday, July 20, 2014

Tauhu sumbat paling best dan terbaikkk..dari chef nik


Hari ni abe nik wak tauhu sumbat special.. kenapa special? sebab tauhu sumbat ni lain dari yang lain.. tak sama ngan tauhu sumbat yang ada jual kat bazar tuh.. yang letak taugeh tuh.. no no no..

ni special.. letak isi ikang ngan tauhu..

so so caner nak buat? cecece.. tak sabo ye..

meh akak tunjuk step by step dia.. nanti korang cuba buat ye.. kalu sedap bagitau.. kalu tak sedap pun bagitau..

Cara-caranya:
  1. bersihkan tauhu. dan potong tiga segi. goreng tauhu.
  2. belah tengah-tengah tauhu tadi dan keluarkan sedikit isi tauhu. kenapa? sebab nanti nak sumbat isi ikan..
  3. pastu isi ikang dan tauhu ditumbuk bersama-sama. letakkan sedikit garam dan kalu suka letak la serbuk perasa.
  4. pastu sumbat isi ikan yg dah ditumbuk tadi dalam tauhu tu.
  5. kemudian goreng.
  6. siap untuk dimakan.Nak lebih sedap cicah lah ngan sos ye.







Cubalah.. dijamin Sedap!

Saturday, July 19, 2014

Sekiranya ingin membantu keluarga arwah..

Akak bersama kumpulan kecil akak Kumpulan Cakna Komuniti mengalu-alukan sebarang bentuk bantuan daripada pembaca-pembaca yang ingin menyumbang kepada keluarga arwah.

Untuk pengetahuan, arwah merupakan salah seorang pelajar di bawah tanggungjawab akak di mana akak adalah Penasihat Akademik beliau... dan sepanjang mengenali arwah, beliau merupakan seorang yang ceria dan mudah berkerjasama.. pendek kata semua yang mengenali beliau akan memberikan pendapat yang positif mengenai arwah... masyaAllah...pencapaian akademik arwah juga sangat membanggakan.. 

dan untuk pengetahuan semua juga, keluarga arwah tinggal di PPRT (Projek Perumahan Rakyat Miskin Tegar) di Kemaman dan kedua ibubapanya menoreh getah untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka sekeluarga. Kedua ibubapa arwah menaruh harapan yang sangat tinggi kepada arwah kerana arwah adalah satu-satunya anak mereka yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.. dan kini mereka tidak dapat berharap lagi..

Andai ada pembaca di luar sana yang ingin membantu keluarga arwah, boleh hubungi akak. Sekiranya ingin menderma boleh bankin ke dalam akaun akak di bawah, letakkan rujukan arwah Azurawani untuk rujukan akak.


Jumlah yang terkumpul akan diberikan kepada keluarga arwah. InsyaAllah. Semoga Allah memberkati usaha kecil ini.


Friday, July 18, 2014

Kisah kematian dan petanda mimpi.... perkongsian dari ibubapa arwah..

Kak nak berkongsi dengan pembaca semua pasal petanda kepada kematian.. jangan salah sangka pulak ye.. anggap lah perkongsian ini sebagai satu aspek ilmu pengetahuan..tak lebih dari itu.. lagi pula semua ilmu yang ada kat dunia ni milik Allah, dan Allah Maha Berkuasa dalam memberikan petunjuk dan hidayah kepada sesiapa sahaja yang Allah kehendaki.

kata orang, kalau kita bermimpi gigi patah, maka alamatnya ada keluarga terdekat yang akan pergi meninggalkan kita. Walaupun mimpi tu hanyalah mainan tidur, tetapi petunjuk yang diberikan kepada kita tidak kira masa, masa kita terjaga.. masa kita tidur.. bila-bila masa Allah boleh bagi petunjuk..


cuma dah katanya mainan tidur, jadi antara percaya dengan tidak je la kan..

tapi kan, rasanya bukan sorang je yang ada mimpi gigi patah yang membawa kepada berita kematian, ada ramai lagi antara kita yang pernah bermimpi perkara yang sama dan tak lama kemudian kita mula percaya kepada kebenarannya.. mula menerimanya sebagai satu petanda yang hampir pasti.

Semasa pergi melawat keluarga arwah, ibubapa arwah bercerita tentang petanda-petanda yang ada pada arwah, juga petanda yang mereka alami sebelum pemergian arwah.

Menurut kedua ibubapa arwah, arwah merupakan seorang anak yang baik. dan ibunya perasan yang kebelakangan ni, bila lepas sembahyang, arwah akan duduk berdoa lebih lama. dan arwah juga sentiasa berpesan kepada ahli keluarganya mengenai pentingnya menjaga solat... Allahu Akbar.

Mengenai mimpi pula, 

  • adik arwah bermimpi keluar ulat dari mulutnya..
  • ayah arwah bermimpi giginya patah
Manakala ibu arwah bermimpi 2 perkara:
  • beliau bermimpi arwah berkahwin di mana arwah dan pasangannya memakai baju serba putih.. masyaAllah.
  • beliau juga bermimpi menarik baju suaminya dengan orang lain. baju itu merupakan baju kesayangan suaminya iaitu ayah arwah.. di dalam mimpi tersebut, walaupun beliau mencuba merebut kembali baju tersebut namun akhirnya baju itu terlepas juga dari pegangannya.. rupanya itu petanda beliau suami isteri akan kehilangan anak yang paling disayangi...

Memang mimpi itu mainan tidur... tapi sama-sama kita ambil iktibar buat renungan bersama.. setiap apa yang terjadi itu ada hikmahnya.. Allah Maha Berkuasa.




Thursday, July 17, 2014

Budak mati dipukul ibu tanpa henti

HarianMetro 28 Mei 2014

Terasa sedih yang amat bila membaca berita pasal kanak-kanak berumur 6 tahun yang meninggal akibat kesan deraan ibu kandung. MasyaAllah. Apabila kasih sayang sudah tiada lagi ibu kandung pun sanggup membunuh anak...

Monday, July 14, 2014

Kuda berlumba ngan kereta.. teka sapa menang..

On the way ke Mesra Mall bila sampai kat Kertih jalan sesak kejap.. ingatkan apa..rupanya nun di sana ada 2 ekor kuda terlepas.. berlari-lari ke sana ke mari macam kat padang lak.. aisey... macam jalan dia la plok.

Kuda sapa ni weii.. memang membahayakan betul la.. especially kat penunggang motor.. sian diaorang..

Sunday, July 13, 2014

Menziarahi keluarga arwah azurawani

Hari ni 13 Jul 2014, akak ditemani oleh rakan seperjuangan, kaksu dan echah pergi menziarahi keluarga arwah untuk bertanya khabar dan menyampaikan sedikit sumbangan.

Sebelum sampai ke rumah arwah akak dah tepon dulu ibu arwah utk confirmkan direction. Allah mempermudahkan urusan kami, akhirnya sampai kami ke rumah keluarga arwah.

Mendengar kisah2 arwah melalui kedua orang tuanya membuatkan hati akak begitu pilu. Akak tahankan airmata janganlah meluncur jatuh.. cepat2 je akak cari tisu.. kesat airmata yang bertakung di hujung mata... yg hanya menunggu masa je nak gugur..huhuhu.. sedih.. melihat ayah arwah yang tertunduk menahan sedih apabila berbicara pasal arwah.. tambahan pula arwah adalah anak sulungnya yg sangat rapat dengannya....

Kata ibunya, arwah anak yg sentiasa senyum dan ringan tulang.. semua orang sukakannya.. dan mereka suami isteri masih lagi sentiasa terkenangkan arwah.. untuk memujuk hati, mereka lebih senang menganggap arwah sedang belajar di kampus.. akak faham perasaan mereka.

Dan kedua ibubapa arwah masih lagi tidak dapat membayangkan bagaimana nanti suasana pada hari raya nanti.. mengingatinya sudah menggambarkan kesedihan teramat kedua ibu bapa arwah.

Semoga Allah memberikan kekuatan mental yang bukan calang2 kepada keluarga arwah dan semoga Allah menempatkan arwah ke dalam golongan mereka yang beriman dan beramal soleh. Amin.

Saturday, July 12, 2014

Makan-makan terbaik bila berkursus

hmm.. terbaik! setakat ni memang kursus yang akak pernah hadirkan diri, inilah yang terbaik. yes, walaupun kursus nye lama sket 24-30 Jun, tapi kami sangat seronokkk..

semua terbaik lah.. tenaga pengajar terbaik, geng-geng peserta pun terbaik.. dan makan pun terbaik. apa taknye, sepanjang berkursus kami berjaya mengadakan dua special event - barbecue dan steamboat.. hah, ce citer, mana lagi tempat yang boleh bagi 2-2 gitus? hehe.. terbaik! dan terima kasih buat kaksu yang berjaya menjadikan special events tu jadi kenyataan.

Ni gambo masa steamboat

Ni gambo time barbecue

Friday, July 11, 2014

Menu makan masa berkursus.. memang besttt

Lagi pasal menu makan.. kali ni kita makan mi kari.. tengok caner caterer ni dah siapkan mangkuk bercover plastik.. bagus.. bagus..

Caterer terbaik!

Thursday, July 10, 2014

Bekalan bulan puasa - Shaklee

Bulan puasa ni akak sediakan bekalan makanan tambahan yang secukupnya. ada ESP, ada Meal Shake, ada performance drink, ada vitamin E, ada Omega, ada AJHT, ada Herblax.. ha, memang lengkap gitus..

 


 

Dan ternyata, ada perbezaan ketara.. waktu siang akak tak la moyok semacam je..  dan time bangun untuk sahur, cepat je boleh bangun.. sebelum ni kalau time nak bangun dari katil tu, alahai mak ai.. memang kalah la kalau race ngan kura-kura... confirm kura-kura menang dulu..hehe.. ibaratnya lah kan..

yes, jom sihat cara Shaklee!

 

Wednesday, July 9, 2014

AlFatihah buat pelajarku - Azura

Pada 2 Julai lepas akak dikejutkan dengan berita pemergian salah seorang pelajar diploma akak. Innalillah.. arwah kemalangan dalam perjalanan pulang ke rumah beliau.

Sampai sekarang ni akak masih teringatkan arwah. Orangnya cukup baik, lemah lembut dan bertanggungjawab.

 

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah dan ditempatkan di dalam golongan mereka yang beriman dan beramal soleh. Amin.

Tuesday, July 8, 2014

Bila ada teknologi 360..

Memang canggih betul teknologi sekarang ni.. muka jerawat pun leh jadi licin.. kulit hitam pun leh jadi putih.. kulit kasar pun leh jadi licin..jadi cantik gebus mulus gitus..

 
 yang gambar atas ni akak guna 360, tak la banyak ngat nampak jerawat hehe

Jadinya kadang-kadang ketara betul bila orang-orang dok promo produk kecantikan, konon sebelum dan selepas.. tapi yang selepas tu memang sah dia guna teknologi 360. memang la nampak cantik sangattt.. jadi jangan tertipu tertipu tipah... cek betul-betul ye adik-adik..

thanks to 360. 

Monday, July 7, 2014

Menu masa bengkel - makaroni bakar

Masa bengkel ituhari (24-30 Jun 2014), memang saat yang dinanti-nantikan ialah 'makan time'. Apa taknye, mesti semua orang cam tak sabo nak tau apa menu hari tu.. mesti full of surprises. Yelah, tak pernah-pernah kita nya menu gempak gitus kan..

semuanya sebab FnB manager kita kaksu yang begitu komited mempelbagaikan menu.. siap ada ketupat sotong, ccellupp tepung, kuih tradisional.. ha.. meleleh air liur.. tau tak pe..

ni makan pagi, makaroni bakar... yum yum..


 

Tapi jangan la pulak ada yang tanya pasal berat badan.. memang saja cari pasal la tuuuuu..
 

Sunday, July 6, 2014

Betul ke Hang Tuah wujud? Kalau ye di mana keturunannya?

Hang Tuah.. benarkah Hang Tuah wujud? Akak pernah menulis artikel mengenai Hang Tuah iaitu A Reality Check on Hang Tuah: Seeing is Believing (Buletin dalaman - sila emelkan akak kalu nak baca) dan di sini.

Sekali lagi pertanyaan akak, ye ke Hang Tuah tu wujud? 

Ramai yang ragu-ragu dengan status kewujudan Hang Tuah. Yelah, kalau betul Hang Tuah ada, napa sekarang ni tak de pun orang yang namanya mula ngan nama Hang? Patutnya Hang tu kira macam nama keturunan la kan.. hmmm. 

Tup-tup ada pulak yang ngaku waris keturunan Hang Tuah.. camana tu? Caner nak sahkan.. mende dah jadi sejarah dah.. dah tak de orang yang dapat sahkan perkara ni..hmm..

Sumber imej: Metro Ahad, 24 Feb 2013


Saturday, July 5, 2014

Baik buruk Facebook: Apa Kesudahannya...

facebook.. fesbuk... sapa tak tau fesbuk? hakikatnya hampir sumer rakyat mesia tahu apa itu fesbuk. fenomena kewujudan fesbuk telah menyebabkan pengguna2 fesbuk begitu sibuk dan asyik dengan kemudahan teknologi tersebut sampai akhirnya ada yang membawa kepada keburukan.

artikel dalam majalah iSihat melaporkan bahawa mereka yang terlalu asyik dan taksub ngan fesbuk cenderung untuk mengalami kemurungan dan bagi pasangan yang berkahwin pula boleh menyebabkan perceraian.
 
Sumber: Majalah iSihat Jul 2014

 

Dan penemuan kajian tersebut yang paling kontroversi bagi akak ialah apabila penyelidik melaporkan "pengguna yang taksub fesbuk adalah LEBIH BODOH!"

hmmm... jangan marah akak.. marah kat artikel tu..

agaknya kenapa pengguna yang taksub fesbuk jadi lebih bodoh? rasanya sebab mereka tidak berkomunikasi dalam dunia sebenar dan tidak berada di alam realiti, seterusnya menjadikan mereka ini golongan yang hilang perasaan.. hmmmmm.
 
 

Wednesday, July 2, 2014

Menu berbuka hari ni - special dari chef nik

Ni dia..
Kerabu Segala-galanya

Nampak delicious marvellous kau memang deboom..

Untung akak kan.. ada cik abe pandai masak.. hehe.. alhamdulillah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!