Sunday, July 13, 2014

Menziarahi keluarga arwah azurawani

Hari ni 13 Jul 2014, akak ditemani oleh rakan seperjuangan, kaksu dan echah pergi menziarahi keluarga arwah untuk bertanya khabar dan menyampaikan sedikit sumbangan.

Sebelum sampai ke rumah arwah akak dah tepon dulu ibu arwah utk confirmkan direction. Allah mempermudahkan urusan kami, akhirnya sampai kami ke rumah keluarga arwah.

Mendengar kisah2 arwah melalui kedua orang tuanya membuatkan hati akak begitu pilu. Akak tahankan airmata janganlah meluncur jatuh.. cepat2 je akak cari tisu.. kesat airmata yang bertakung di hujung mata... yg hanya menunggu masa je nak gugur..huhuhu.. sedih.. melihat ayah arwah yang tertunduk menahan sedih apabila berbicara pasal arwah.. tambahan pula arwah adalah anak sulungnya yg sangat rapat dengannya....

Kata ibunya, arwah anak yg sentiasa senyum dan ringan tulang.. semua orang sukakannya.. dan mereka suami isteri masih lagi sentiasa terkenangkan arwah.. untuk memujuk hati, mereka lebih senang menganggap arwah sedang belajar di kampus.. akak faham perasaan mereka.

Dan kedua ibubapa arwah masih lagi tidak dapat membayangkan bagaimana nanti suasana pada hari raya nanti.. mengingatinya sudah menggambarkan kesedihan teramat kedua ibu bapa arwah.

Semoga Allah memberikan kekuatan mental yang bukan calang2 kepada keluarga arwah dan semoga Allah menempatkan arwah ke dalam golongan mereka yang beriman dan beramal soleh. Amin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!