Saturday, July 19, 2014

Sekiranya ingin membantu keluarga arwah..

Akak bersama kumpulan kecil akak Kumpulan Cakna Komuniti mengalu-alukan sebarang bentuk bantuan daripada pembaca-pembaca yang ingin menyumbang kepada keluarga arwah.

Untuk pengetahuan, arwah merupakan salah seorang pelajar di bawah tanggungjawab akak di mana akak adalah Penasihat Akademik beliau... dan sepanjang mengenali arwah, beliau merupakan seorang yang ceria dan mudah berkerjasama.. pendek kata semua yang mengenali beliau akan memberikan pendapat yang positif mengenai arwah... masyaAllah...pencapaian akademik arwah juga sangat membanggakan.. 

dan untuk pengetahuan semua juga, keluarga arwah tinggal di PPRT (Projek Perumahan Rakyat Miskin Tegar) di Kemaman dan kedua ibubapanya menoreh getah untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka sekeluarga. Kedua ibubapa arwah menaruh harapan yang sangat tinggi kepada arwah kerana arwah adalah satu-satunya anak mereka yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.. dan kini mereka tidak dapat berharap lagi..

Andai ada pembaca di luar sana yang ingin membantu keluarga arwah, boleh hubungi akak. Sekiranya ingin menderma boleh bankin ke dalam akaun akak di bawah, letakkan rujukan arwah Azurawani untuk rujukan akak.


Jumlah yang terkumpul akan diberikan kepada keluarga arwah. InsyaAllah. Semoga Allah memberkati usaha kecil ini.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!