kata orang, kalau kita bermimpi gigi patah, maka alamatnya ada keluarga terdekat yang akan pergi meninggalkan kita. Walaupun mimpi tu hanyalah mainan tidur, tetapi petunjuk yang diberikan kepada kita tidak kira masa, masa kita terjaga.. masa kita tidur.. bila-bila masa Allah boleh bagi petunjuk..
cuma dah katanya mainan tidur, jadi antara percaya dengan tidak je la kan..
tapi kan, rasanya bukan sorang je yang ada mimpi gigi patah yang membawa kepada berita kematian, ada ramai lagi antara kita yang pernah bermimpi perkara yang sama dan tak lama kemudian kita mula percaya kepada kebenarannya.. mula menerimanya sebagai satu petanda yang hampir pasti.
Semasa pergi melawat keluarga arwah, ibubapa arwah bercerita tentang petanda-petanda yang ada pada arwah, juga petanda yang mereka alami sebelum pemergian arwah.
Menurut kedua ibubapa arwah, arwah merupakan seorang anak yang baik. dan ibunya perasan yang kebelakangan ni, bila lepas sembahyang, arwah akan duduk berdoa lebih lama. dan arwah juga sentiasa berpesan kepada ahli keluarganya mengenai pentingnya menjaga solat... Allahu Akbar.
Mengenai mimpi pula,
- adik arwah bermimpi keluar ulat dari mulutnya..
- ayah arwah bermimpi giginya patah
- beliau bermimpi arwah berkahwin di mana arwah dan pasangannya memakai baju serba putih.. masyaAllah.
- beliau juga bermimpi menarik baju suaminya dengan orang lain. baju itu merupakan baju kesayangan suaminya iaitu ayah arwah.. di dalam mimpi tersebut, walaupun beliau mencuba merebut kembali baju tersebut namun akhirnya baju itu terlepas juga dari pegangannya.. rupanya itu petanda beliau suami isteri akan kehilangan anak yang paling disayangi...
Memang mimpi itu mainan tidur... tapi sama-sama kita ambil iktibar buat renungan bersama.. setiap apa yang terjadi itu ada hikmahnya.. Allah Maha Berkuasa.
No comments:
Post a Comment