Adoii lah.. jerebu nye penangan.. sakit tekak.. demam.. lelah.. semua datang..
Takpe.. takpe.. Semuanya penyakit datang dari Allah.. Allah nak uji je.. sabo sabo..
Adoii lah.. jerebu nye penangan.. sakit tekak.. demam.. lelah.. semua datang..
Takpe.. takpe.. Semuanya penyakit datang dari Allah.. Allah nak uji je.. sabo sabo..
Pelik bukan.. lelaki boleh ada kanser payudara.. apa lak peliknya.. lelaki pun ada payudara kan.. cuma jarang kita dengar lelaki kena kanser payudara.. haa.. jarang dengar bukan bermaksud tak pernah ada kes..
So lelaki.. boleh lah g check
Apa lagi cara nak ubati penyakit hidung berdarah.. kadang tu sampai keluar berketul2 macam lintah lak..
Apa cara tradisional yg boleh dicuba ye.. aduuiii..
Sebagai manusia kita dituntut utk mengingati mati supaya kita tidak lupa dan alpa akan tujuan kita berada di bumi Allah ini..
Ajal maut di tangan Tuhan. Manusia tidak diberi maklumat tentang kematian.. namun orang berilmu dan beriman tahu bila mereka akan meninggalkan dunia ini utk kembali kepada Tuhan.
Semoga kita beroleh pengajaran dari apa yang dipaparkan dia sini. Semoga Allah memanggil kita pulang dalam keadaan yang baik dan dalam keadaan sempat mengucap 2 kalimah shahadat.
Tak taulah apa nak cakap.. setiap tahun mende sama je... jerebu ni kira dah jadi acara dunia.. macam hari raya.. setahun sekali kita raya.. macam tu la jugak jerebu.. tak de noktahnya...
Tu kira peristiwa penting yg membawa kpd implikasi pencemaran dunia.. nak cari solution xde masalah kalau rakyat malaysia menyokong dgn tidak lakukan pembakaran terbuka.. tapi yg sepatutnya kena bertindak mencari penyelesaian ialah Pak Menteri di negara jiran. Sebab yg menyebabkan berlakunya pembakaran terbuka ialah di negara mereka.. dilakukan oleh rakyat negara mereka.. jadi sewajarnya negara jiran melakukan sesuatu yg drastik tentang perkara ni..
Sumber: Majalah Mastika, Jun 2013
Pendedahan dari seorang penggali kubur:
"Mayat perempuan lebih sempurna dari mayat lelaki yang lebih terseksa"
Kata beliau lagi, ada mayat yang walau dah bertahun dikebumikan tapi masih elok kain kapannya.. tapi ada yang dah tinggal tulang dan kedudukan tulang pulak tidak sempurna.. ada yg sangat berbau busuk.. ada yg sangat wangi..
Refleksinya.. itu adalah bahagian masing2 kat dalam alam barzakh nanti. Bahagian yang ditentukan oleh keimanan dan amal ibadah kita. Semoga kita termasuk dalam golongan mereka yang dirahmati Allah bukan yang dilaknati Allah. Nauzubillah.
Kisah yang dipaparkan adalah utk pengajaran kepada kita yang hidup ni. Semoga kita sentiasa diberi ruang dan peluang beserta hidayah dari Allah untuk memperbaiki diri dengan amal ibadah yang diterima Allah buat bekalan di sana nanti. Amin.
Akak tujukan kepada pembaca blog akak:
Sekiranya pembaca mempunyai kisah teladan yang berdasarkan kepada kisah benar tak kisahlah kisah sendiri ke.. kisah saudara terdekat ke.. kisah yang anda dengar dari orang lain ke.. tapi kisah benar .. fakta bukan auta..
Kalau ada kisah2 teladan dan ingin berkongsi dgn pembaca lain dengan niat untuk sama2 mendapat pengajaran dan memberikan hidayah kesedaran kepada kita semua, akak persilakan pembaca semua untuk emelkan cerita tersebut ke emel akak:
izangganu@gmail.com
Nanti akak salurkan kisah2 tersebut dalam blog akak. Ini adalah usaha sukarela kita bersama untuk sama2 mendidik dan mengajak diri ke arah menginsafi dan muhasabah diri ke arah kebaikan.. refleksi dari kisah orang lain. Semoga Allah memberkati usaha kecil kita.
Kisah2 yang diutamakan ialah yang berkisar tentang kehidupan manusia.. dan balasan dari apa yang dilakukan.. supaya menjadi pedoman buat kita.
Sekiranya ada pembaca yg ingin memberi komen silalah join as member ye. Sebab akak nak jadikan blog ni satu platform yang ekslusif utk kita dan pada masa yg sama dunia mendengar kisah pengajaran yg cuba disampaikan.
Sebagai seorang Islam sememangnya wajib bagi kita menjaga akidah kita dengan memberi perhatian kepada perbuatan dan percakapan kita..
Teringat filem Isi Neraka lakonan Salleh Kamil.. dalam filem tu ada 2 dialog yg akak rasa sangat bahaya bila diucapkan oleh seorang Islam. Dalam filem tu Salleh Kamil berdialog
1. " aku nak kau cakap yang agama Islam ni KARUT"
2. "MANA TUHAN?"
(Sejurus diucapkan.. Salleh Kamil tenggelam ditelan bumi.. dalam citer ni la..)
Bagi akak.. sebagai seorang Islam sepatutnya tak boleh kita melafazkan dialog sedemikian rupa dengan penuh penghayatan pulak tu.. boleh tergelincir akidah..
Dan kesan daripada tu difahamkan selepas dari insiden tu Salleh Kamil kena strok.. alhamdulilah beliau sempat bertaubat..
Kadang2 tanpa sedar kita boleh berbuat dosa kan.. waima kita sediakan 1001 alasan pun.. bila bab ketuhanan ni janganlah main2. Takut nanti bila gelincir akidah boleh sebabkan kita terkeluar dari keislaman kita. Kalau dah keluar dari Islam makanya kita dah murtad.. dah kafir kan.. bila kita meninggal nanti macamana ye.. orang kafir tak masuk syurga. Nauzibillah.
Akak bukanlah orang yang selayaknya utk memberi nasihat sebab akak sendiri pun banyak dosa. Kita manusia kan. Semestinya tak lari dari berbuat kesilapan samada kita sedar ataupun tidak sedar. Tapi Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.
Semoga masa depan kita lebih terarah kepada jalan yang dirahmati Allah. Sama2 kita nasihat menasihati.
Alhamdulillah.. banyak produk kt pasaran sekrg ni dah ke arah perubatan Islam yg menggunakan ayat2 quran..tapi sebagai umat islam kita kena jugak ambil cakna ye perkara2 yg mungkin kita tak sedar tapi maha penting utk kita jaga..
Secara logiknya bilaa dah beli produk dan dah habis guna kotak dan botol ru dibuang ke dlm tong sampah kan.. chop... cuba tengok betul2.. kan ada ayat quran kat botol dan kotak tu.. mana boleh dibuang ke dlm tong sampah macam campak puntung rokok je? Ayat quran tu kan.. kena hormat la.. so kena kumpulkan dan bakar..
So didik diri kita akan tanggungjawab ni.. kena ambik tahu perkara ni.. jangan ambik mudah.
Yg buat packaging tu takkanlah tak sedar perkara ni.. kalau orang islam mesti tau.. Melainkan BUKAN ORANG ISLAM..
Harian Metro: 21 Jun 2013
Tak sudah2 lagu negaraku malaysia dipersenda.. yang peliknya.. sebelum ni pun dah ada kes macm ni tapi mungkin sebab tak pernah lagi yang kena tangkap so macam tak de yg kisah je.. kalau kat negara lain memang dah kena penjara dah kot..
Menghormati undang2 dan perlembagaan negara adalah satu simbolik penghormatan kpd negara sendiri.. patutnya kalau dah tak suka dok mesia.. kita buang la kerakyatan dia ni.. mintak dia cari kerakyatan kat negara lain yg lagi bagus undang2nya.. yelah kan.. negara mesia kita ni kan semua undang2 tak bagus kan.. sebab tu semua org asyik nak protes.. demonstrasi situ sini... reformasi la.. pegi la dok kat negara lain yg aman bahgia kan... kalau perangai tak pernah nak menghormati..memang selamanya la asyik dok mengutuk je kerjanya..
Kita pulak memang asyik cakap je.. budak ni kurang ajar la.. apa la.. cuba la kasi ajar sket.. supaya dia ni sedar.. dan supaya jadi pengajaran kat orang lain.. kita kan kononnya bangsa lemah lembut.. tapi janganla sampai kena pijak kepala pulak kan.. bertegas la.. ini tak sudah2... kalau dah nama Tuhan pun dah dipersenda.. boleh rosak akidah tu kan..
Dah umur meningkat ni kematangan pemikiran pun perlulah seiring dengan pertambahan masa yang Allah bagi. Kena ada lebih kesedaran...
Terpana dan begitu terkesan dgn respon yg diberikan oleh Tuan Guru Nik Aziz sewaktu ditanya mengenai desas desus pengunduran beliau dari jawatan Menteri Besar... kata tuan guru (lebih kurang) "saya tetap akan mengajar agama.. itulah bekal yang nk dibawa ke akhirat esok"..
Tengoklah jawapan orang alim yg bijak pandai kan.. sentiasa ingat akhirat.. teramatlah tersangatlah jauh ... tersangatlah kerdil akak rasa... masa utk terus menerus mendidik diri utk mengingati kehidupan di sana... bagaimana agaknya nasib kita di sana nanti ye...
Sama2 kita mencari ruang memperbaiki diri dan muhasabah diri..
Besarnya pahala kepada mereka yg berusaha menganjurkan majlis ilmu seperti ni..
Marilah kita sama2 mengajak diri mendekati alQuran.. satu hari nanti Allah akan angkat alQuran dari mukabumi ni naik ke langit.. dah tak de tulisan alQuran nanti.. masa tu kalau kita baru nak cari kitab Quran memang dah terlambat dah..
Ya Allah.. dekatkanlah hati kami kepadaMu. Janganlah Kau palingkan kami dari rahmatMu walaupun sesaat.
Petang tadi ada kisah teladan dari makhluk Allah berspesies kambing..
Akak jadi heran la jugak bila kambing2 tu bising x habis2.. rupanya anak kambing jatuh kat longkang.. dan akak tengok ibu kambing ni dah tak keruan.. dok mundar-mandir kat tepi longkang tu.. bila tengok akak keluar pagar je ibu kambing tu tengok akak.. akak tengok ibu kambing tu.. macam boleh baca pulak pikiran kambing tu.. lebih kurang macam "tolong keluarkan anakku dari longkang tu.." dia punye renungan pun aduhai.. buat akak syahdu je bila pikirkan pasal renungan tajam ibu kambing tu..
Nasib akak ada hero akak masa tu.. so abe nik pun tolong carikan kayu letak kat dalam longkang tu.. dan akhirnya anak kambing tu berjaya naik..
Dan ibu kambing tu masih setia di tepi longkang.. bila anaknya dah selamat naik dicium kepala anaknya.. walaupun anaknya dah bau longkang kan...
Tengoklah dunia.. ibu kambing pun tak sanggup tinggalkan anaknya dalam longkang... korang pulak lepas beranak je terus baling kat tingkap.. buang kat longkang.. kat tong sampah.. flush kat toilet...
Hospital Dungun tak habis2 dengan citer kontroversi.. orang2 sekitar Dungun kalau dengar pasal sepital Dungun memang ramai la geleng kepala.. paling banyak kisah staf yang tak mesra alam lah.. pesakit kena herdik tu perkara biasa.. itu mungkin antara pengalaman mereka yg pernah berada dalam situasi sebegini.. mungkin setengah yg lain ok je.. tak de masalah pun.. lagi tiptop servis ada la..
Yelah.. kita manusia kan.. ada hari2 kita diuji dengan pelbagai permasalahan hidup kan.. dan mungkin pada hari itu berlaku pertembungan di titik silang pertemuan.. so jadilah situasi dengan pengalaman penuh kurang seronok tadi..
Pakar psikologi kata manusia boleh control 90% dr apa yg berlaku.. tp tak boleh control hanya 10% je.. so kalu kita boleh kuasai banyak perkara.. boleh tak kita kuasai perasaan kita?
Hakikatnya manusia suka akan kepada perkara2 yang bagus.. yang menyenangkan.. kalau orang senyum kat kita kita rasa gembira kan.. yelah.. dah namanya senyum tu sedekah kan.. dah orang sedekahkan kat kita.. kita sedekahkan je la senyum balik kat dia kan.. jadinya kalau orang masam muka ngan kita sambil bersikap kurang ajar ngan kita.. kita pun rasa sakit hati kan.. sebab aura negatif ni mudah je masuk kan..
Orang bijak pandai bagitau.. kalau nak orang hormat kat kita.. kita kena la hormat orang dulu kan..
Sooo bos bos semua.. ketua2 semua.. staf2 semua samada yg betul atau yg perasan.. termasuk kita semua.ni..pk pk kan..
Tadi akak layan Thr Gegar Pantai Timur.. dengar lagu dari Kumpulan Rabbani dinyanyikan oleh arwah ustaz Asri. Masa dengar lagu "Pergi Tak Kembali" ni rasa betul2 sayu dan sedih.. tambah2 lagi bila mengenangkan arwah sudah tiada.. semoga Allah menempatkan arwah di kalangan orang2 yg beriman dan beramal soleh. Sememangnya arwah meninggalkan sesuatu yg berharga yg balasannya jauh lebih baik.. mengingatkan manusia ke arah kebaikan..
Dan yg paling tersentuh hati bila bait2 lagu anak isteri.. masa kita djemput Tuhan nanti adakah anak2 akan mendoakan kita?.ya Allah.. berilah kami kesudahan yang baik di sana nanti. AMIN.
Ya. Kisah bayi lagi.. kisah bayi yg ditinggalkan di mana2 saja.... manusia mudah lupa.. dan alpa tentang balasan dunia.. setiap perbuatan dibalas jua.. kalau tak masa skrg.. masa tua esok2..
Masa tu nyesal keluar air mata darah pun tak guna kan.. masa terima balasan je..
Kadang2 manusia pun kena belajar jugak dari makhluk Allah yang lain..
12 Jun 2013 (Rabu)
Ramai sungguh orang kat tepi pantai sura hujung.. memberi sokongan kpd pihak berkuasa menjalankan tanggungjawab mencari mayat seorang lagi remaja..
Difahamkan mereka bertiga. Seorang selamat sorang lagi selamat dikebumikan.. sorang yg msih lagi hilang di laut.
Semoga operasi mencari dapat mengesan mayat remaja yg hilang tu secepat mungkin. Amin.
Sabtu lepas baru je seorang pelajar Tahun 2 yang lemas di pantai sura hujung. Cuaca sekarang ni memang tak dapat jangka. Ombak kuat.. jadi mintak kita semua berhati-hati.
Harian Metro 10 Jun 2013
Satu artikel yang menarik perhatian pembaca seluruh dunia.. kemunculan jin dari tempat persembunyian.. dan jin yang mahir teknologi.. sehingga dapat menjejaki semua pengguna internet...
Dalam satu buku akak baca.. diberitakan bahawa dajjal berusaha untuk kuasai manusia di bumi ini melalui teknologi.. dasat tu kan..
Jadi apa kita nak buat ye skrg ni? Kita dekatkan diri kepada Allah. Mohon perlindungan Allah. Segala-galanya milik Allah.