Kalau ditanya apa yg penting kat dunia ni pasti hampir semua orang akan bagitau kepentingan
- duit, wang, pitih
- keluarga
- rumah
- kereta
Itu semua dalam bentuk fizikal.. kalau dalam bentuk spiritual mungkin x ramai yang akan memberi jawapan akan kepentingan
- berkat
- pahala
Sebelum ni akak rasa syahdu sangat bila dengar pelakon zamarul hisham bagitau "saya nak bawak mak ayah saya masuk SYURGA".
Berapa keratkah dari kita yang teringat momen sedemikian?
Akak pun sekarang ni sedang berusaha untuk memperhalusi diri.. muhasabah diri.. merenung kelemahan diri.. seterusnya mencari kekuatan diri untuk terus mengumpul pahala dan keberkatan hidup sebagai bekalan di akhirat esok..
Dan bagi entri kali ini akak nak mengajak pembaca semua.. adik2 semua... nak kumpul pahala ni mudah je.. ikhlas hati..
Dan salah satu cara utk dapat pahala berpanjangan ialah dengan membantu mereka yang berjuang untuk mendapatkan ilmu pengetahuan.. sekiranya pelajar2 ini dalam kesulitan.. memerlukan bantuan utk meneruskan perjuangan mencari ilmu maka ikhlaskan hati membantu mereka ini.. InsyaAllah.. kita permudahkan mereka Allah akan permudahkan urusan kita. Percaya dan yakin dengan bantuan Allah.
Ingat.. hidup ini adalah sementara je.. tak percaya sementara je? Yelah.. kita hidup.. lepas tu kita mati.. pernah x terpikir lepas tu kita pergi ke mana? TERUS KE SYURGA? PASTI?
Sama2lah kita ingat mengingati ye..
No comments:
Post a Comment