Friday, June 21, 2013

Akibat persendakan Tuhan

Sebagai seorang Islam sememangnya wajib bagi kita menjaga akidah kita dengan memberi perhatian kepada perbuatan dan percakapan kita..

Teringat filem Isi Neraka lakonan Salleh Kamil.. dalam filem tu ada 2 dialog yg akak rasa sangat bahaya bila diucapkan oleh seorang Islam. Dalam filem tu Salleh Kamil berdialog

1. " aku nak kau cakap yang agama Islam ni KARUT"

2. "MANA TUHAN?"
(Sejurus diucapkan.. Salleh Kamil tenggelam ditelan bumi.. dalam citer ni la..)

Bagi akak.. sebagai seorang Islam sepatutnya tak boleh kita melafazkan dialog sedemikian rupa dengan penuh penghayatan pulak tu.. boleh tergelincir akidah..

Dan kesan daripada tu difahamkan selepas dari insiden tu Salleh Kamil kena strok.. alhamdulilah beliau sempat bertaubat..

Kadang2 tanpa sedar kita boleh berbuat dosa kan.. waima kita sediakan 1001 alasan pun.. bila bab ketuhanan ni janganlah main2. Takut nanti bila gelincir akidah boleh sebabkan kita terkeluar dari keislaman kita. Kalau dah keluar dari Islam makanya kita dah murtad.. dah kafir kan.. bila kita meninggal nanti macamana ye.. orang kafir tak masuk syurga. Nauzibillah.

Akak bukanlah orang yang selayaknya utk memberi nasihat sebab akak sendiri pun banyak dosa. Kita manusia kan. Semestinya tak lari dari berbuat kesilapan samada kita sedar ataupun tidak sedar. Tapi Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.

Semoga masa depan kita lebih terarah kepada jalan yang dirahmati Allah. Sama2 kita nasihat menasihati.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!