Thursday, November 10, 2016

Kenaikan harga dan pesta kaut untung...

Hmmm...

Isu kenaikan harga barang memang senantiasa berlaku.. bukan hanya di Malaysia tapi di luar negara pun sama.

Kita maklum dan akur.. sebagai rakyat... terpaksa la kan...

Tapi apabila ada agenda jahat menipu rakyat dan membebankan pengguna, makanya kita sebagai rakyat haruslah rasa sakit hati kan.

Bayangkan kalau barang untuk rakyat malaysia diseludup kepada negara jiran. Kesannya rakyat kita sendiri terkesan dengan kekurangan bekalan... apabila bekalan kurang, sedangkan permintaan tinggi, naiklah harga barang tu kan...

Dan ada pulak peniaga tak jujur yang sembunyikan bekalan dengan niat untuk kaut untung lebih..

Apa pun, kita diberi akal fikiran oleh Allah Taala untuk membuat pilihan yang terbaik untuk diri dan keluarga.

Cuma kita nak la kerajaan dan orang suruhan kerajaan yang bekerja untuk kerajaan yang ditugaskan untuk membantu rakyat dapat la melakukan kerja dengan betul.. dengan penuh tanggungjawab.. dengan penuh amanah.

Jangan lah disebabkan gelap mata dengan wang yang disogokkan sebagai balasan menyalahguna kuasa yang diberi, ada yang tak kisah jadi penguatkuasa yang korup dan tidak beramanah.

Yang jelas, kita kena beringat.. apa yang kita buat akan dibalas. Walau sekecik kecik perbuatan.. walau sekecik kecik niat.

Ingat Allah. Ingat pahala. Ingat dosa. Ingat syurga. Ingat neraka.

Sama-sama muhasabah diri.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!