Tuesday, November 15, 2016

Wira terbuang.. perjuangan yang dipandang sepi...

Semua tahu negara kita Tanah Melayu pernah dijajah. Oleh penjajah British.. dan banyak juga ancaman dari dalam seperti ancaman komunis.

Ketika itu ramai rakyat yang bangkit menentang penjajahan.. menentang pemberontakan.... orang kampung.. orang bandar.. petani.. polis.. mereka bangkit atas semangat nasionalisme...

Mereka sanggup menggadai nyawa mempertahankan kedaulatan tanahair.. ada yang meninggal dunia.. tak kurang yang hilang upaya...

Itu dulu...

Sekarang.. pejuang seperti mereka ada yang sudah pergi meninggalkan kita.. dan ada yang masih berada dengan kita.. cumanya.. kehidupan mereka perlukan pembelaan ketika ini..

Merekalah yang sepatutnya disanjung..

Patutnya mereka ini yang perlu diberi tanah... rumah.. untuk mereka habiskan baki kehidupan dengan selesa...

Ini tidak...

Menang satu pingat olimpik dah dapat segala-gala dah... kannnn...

Besar ke jasa mereka? Berbanding dengan pejuang kemerdekaan dulu yang putus tangan putus kaki..

Apa pun.. kita akur.. semua ada sumbangannya..

Tapi janganlah melampau-lampau kan.. meluat pulak rasanya..

Buka mata.. selami jiwa..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!