Saturday, November 12, 2016

Mahu ke Melayu mengemis di tanahair sendiri?

Tentulah jawapannya tidak!. Tidak sama sekali.

Tapi percaya tak? Apa yang berlaku ketika ini di dalam dunia melayu kita sangat tidak selari dengan apa yang kita mahukan.

Kita mahukan bangsa Melayu yang kuat dari segala segi. Agama, sosio-ekonomi, politik dan segalanya. Kita mahukan Melayu yang berjaya dengan sumbangan yang dapat diiktiraf oleh anak bangsa.

Tapi apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya. Perpecahan disebabkan perbezaan ideologi politik.. perselisihan faham disebabkan perkara remeh... dan banyak lagi faktor lain yang kita orang Melayu boleh pikir sama-sama.

Jangan nanti kita asyik terleka.. hingga menyebabkan kita Melayu tertinggal ke belakang.

Bila Melayu dan juga Bumiputera jauh ke belakang... apa akan jadi? Bangsa lain menguasai... natijahnya? Kita diperintah.. dijajah... mau ke kita?

Tepuk dada tanya selera!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!