Tuesday, April 12, 2016

Tenang Seafood 1 Simpang Tokku

Malam ni kami makan kat restoren tenang seafood..

Meh nak bagi review sket.. hehe..

Masa sampai dan kami duduk kat meja, terus ada staf yang datang bawak menu. Siap sedia nak ambik ode. Akak nak try sup jambo. Tapi kemudian staf tu datang balik bagitau jumbo tak de. Begitu sopan mintak maaf. Jadi sup tanpa jumbo la jadinya..

Mesti ada yang tertanya-tanya.. jumbo tu apa ye.. haha.. kira macam accessories la.. haha.. ada sosej.. ada fish ball..dan sebagainya yang seangkatan dengannya la.. itulah jumbonya..haha..

Tapi setakat ni.. bab sup ni.. masih lagi tak boleh lawan sup kat kedai makan selera timur jalan hiliran.. setakat ni terbaek la bagi akak.. memang kena ngan tekak akak la..

So untuk staf yang ambik ode tu.. perkhidmatannya akak bagi 9.5 dari 10 (0.5 simpan sebab no one is perfect kan.. hehe).

Tapi untuk sup ngan keropok tadi.. akak bagi 6 je.. sebab jauh sket ngan selera akak.. hehe..

Lepas ni kena datang lagi utk try tomyam lak.. ngan nasi goreng.. nampak cam menarik je dari gambo dia tu.. jadi macam abe nik.. sekali tu kat satu kedai ni.. masa ambik ode, abe nik kabo kat adik tu, "saya nak nasi goreng seafood. Sama macam dalam gambo tu.."sambil ditunjukkan ke arah gambar menu nasi goreng yang terpampang kat sudut tepi kedai tu..tapi alhamdulillah.. bila sampai memang sebijik sama..rasa pun sedap. Tu kat papa zack restoren rasanya.. ok ok..

Dari sudut keceriaan dan suasana ketenangan kedai.. kedai makan ni memang tenangkan jiwa.. sebab tu la namanya Tenang kot.. hehe...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!