Friday, April 8, 2016

Tanpa guru siapalah kita.. ye ke..

Bila membaca tulisan tulisan yang maksudnya memenangkan guru seperti "tanpa guru siapalah kita" saya jadi terpikir..

Terutamanya bila tiba hari guru.. maka betapa penghormatan yang sangat tinggi diberikan kepada guru semua..

Dan guru guru yang disanjung yang paling ketara adalah guru sekolah rendah dan menengah.

Dan lagi.. pengiktirafan yang diberi sangat banyak ditujukan kepada para pendidik di sekolah rendah dan menengah.. naik gaji la.. naik gred la.. hmm..

Tapikan..

Mana pergi sanjungan untuk para guru tadika yang bertungkus lumus dan berhempas pulas mengajar kanak-kanak membaca dan menulis? Cikgu cikgu tadika seperti Kemas sangat komited dalam usaha mereka memastikan kanak kanak dapat membaca sebelum masuk darjah satu di sekolah rendah.

Tapi tak ada pun pengiktirafan dari pihak kerajaan kan..

Para pensyarah pula.. yang mengajar  remaja dan memberikan sokongan penuh kepada hala tuju ke arah pembangunan kerjaya pelajar... juga tiada pengiktirafannya kan...

Sudah sampai waktunya..

Hari GURU diganti dengan

Hari PENDIDIK.

sebab bukan guru sekolah rendah dan menengah sahaja yang bertanggungjawab menjadikan pelajar itu cemerlang akademiknya demi masa depan yang gemilang, malah usaha mendidik dimainkan peranan sama hebat oleh para guru tadika.. para pensyarah.. serta paling hebat ialah ibubapa sendiri.

Kan.

Jangan la kata saya berat sebelah.. atau saya jeles ngan cikgu sekolah ke.. oh tidak sama sekali..

Saya cukup menyanjung guru sekolah saya.. dan saya juga sayang guru tadika saya.. serta saya sangat berterima kasih kepada semua pensyarah saya semasa di universiti.

Paling penting saya sangat sangat terhutang budi dan kasih sayang yang tidak terbalas kepada kedua ibubapa saya. Tanpa kedua ibubapa saya.. siapalah saya..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!