Sunday, April 10, 2016

Kisah tempahan baju raya yang dah diTUTUP.. huhuhu

Sejak tailor akak buat hal.. jadinya akak dah takde tailor.. well.. tailor ramai je.. tapi yang betul.betul akak puashati dan yang sedap pakai la.. dah takde..

Jadi sekarang ni akak cuma try je mana mana tailor yang direkomen oleh rakanrakan. Kalau akak tengok kawan akak pakai baju cantik je mesti akak tanya kat mana diaorang hantar jahit. Pastu akak kirimkan kain ngan baju yang sedap pakai.. tengok caner...

Tapi sekarang ni kan.. semua orang berebut-rebut hantar baju untuk pakai masa hari raya.. jadinya.. tak banyak jugak la pilihan tailor yang akak boleh try.. kena try lepas raya jugak la nampaknya..

Tapi untuk raya tetap kena hantar kan..

Ramai tailor yang dah tak terima tempahan.. walaupun nampak mereka buka kedai tapi kan bila kita sampai kat kedai rupanya dah siap tampal dah kat luar tu.. tempahan untuk raya dah ditutup.. huhuhu..

Memandangkan akak ada beli 3 kain sutera itu hari... 2 kat pasar payang dan 1 beli ngan student.. so akak kena la pastikan hantar kat tailor yang berkualiti..

1 kain akak hantar kat SirDolly bawah pasar payang.. lepas beli kain terus pergi hantar. Haha..

1 lagi bagi kat mak.. untuk raya.. anak yang baik kan.. kan.. hehe..

So semalam pergi hantar tailor kat kampung Tapu. Memang tailor tu terkenal ngan jahitan yang kemas dan sedap pakai..

Bawak mak pergi sekali.. sebenarnya kami dah pernah tempah jahit ngan tailor tu.. dulu dulu.. so bila pergi tailor masih lagi kenal.. cuma katanya dah tak aktif menjahit dah.. macam dah keberatan nak terima tempahan.. masalahnya.. ramai jugak masih hantar kat beliau..

Pujuk nye pujuk.. alhamdulillah.. selesai baju raya mak ngan akak.. hehe..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!