Monday, November 30, 2015

Jerawat hilang.. sebelum dan selepas..

Ni kisah benar dan sahih.

Kisah adik akak sendiri, amir.

Amir ni beberapa bulan lepas memang ada masalah jerawat kronik.. entah.. mungkin asyik tukar menukar pencuci muka kot.. sudahnya kemain lagi jerawat keluar.. sampai amir ni pun nak keluar rumah pun malu..

Sekarang tidak lagi.. dia dah bangga sekarang.. sebab jerawat dah hilang..

Guna apa?

Macam-macam.. guna green tea.. last guna mary kay.

Nak tahu dengan lebih lanjut boleh pm akak. Nanti akak pas kat amir.

Saturday, November 28, 2015

Alahai.. leloh la plok ari ni..

Semalam dah mula perit tekak dah..

Memang tak selesa la.. ambik strepsil.. sobenz.. ada la kurang.. tapi bila dah batuk.. berkahak pulak.. memang perit giles..

Last-last kul 4.30 pagi tadi pergi cari madu kat dapur.. rupanya madu kelulut.. tak kisah la. Hihi.. janji kurang sket perit ni..

Pagi ni abe nik temankan g klinik.. kena la sedut gas nebulizer jap.. alhamdulillah.. lega...

Ni nak kena makan ubat segala bagai... memang tak termakan la.  Pilih-pilih je.. hehe..

Tuesday, November 24, 2015

Makan-makan d-Ariana Dungun

Ari ni abe nik ada jamuan makan tengahari ngan cikgu cikgu kemas dun sura. Abe nik ajak akak ngan durra ikut sekali... hehehe.. bab makan memang la kita suka ikut.. hehe..

Makan kat dAriana. Tempah kat situ. Menu hari ni
- ayam goreng
- sayur
- tempoyak
- ulam ulaman
- tempe goreng kentang
- ikang pateng masok ppoyokk..

Ikang pateng masok ppoyokk memang feberet abe nik la..

Terima kasih daun keladi
Ajak makan lagi
Lagi kita sudi..

Hehe.. pantun 3 kerat.

Saturday, November 21, 2015

Ibu kuat berleter?

Mak kuat berleter? Ala.. biasa la tu..

Akak yang dah jadi mak pun hmm. Berleter jugak.. mak berleter kat akak.. akak berleter kat anak.. hehe.. nak wak caner kan.. dah memang fitrah manusia dah..hehe

Thursday, November 19, 2015

Jem di Rusila setiap Jumaat

Kalau nak menghala ke Kuala Terengganu hari Jumaat pagi memang kena ada perancangan rapi la..

Sebab?

Kalau agak-agak nak sampai KT dalam sejam memang tak dapat la... kena extend masa..

Kenapa?

Sebab kat Masjid Rusila time pagi dalam kul 10 tu jam teruk jugak kat situ..

Walaupun ada lampu isyarat tapi dah namanya manusia kan.. ada yang hilang sabar.. lampu merah pun tibai..

Tu satu..

Satu lagi yg jadi jam nya sebab ada pulak mereka yang kurang bertanggungjawab yang park kereta kat tengah jalan.. sudahnya.. jalan yang ada 2 lorong jadi 1 lorong..

Kesian la kat pengguna jalanraya yang lain.. terpaksa bersesak-sesak kan..

Kalaulah semua orang boleh bertimbangrasa... kan..

Kalaulah..

Wednesday, November 18, 2015

Buat semua para pendidik

Sharing from other group...

Kenapa MURID  saya tak pandai
Kenapa MURID saya degil
Kenapa MURID saya tak jd spt yg saya nak

��MURID2 buah hati kita. Jangan bandingkan di antara mereka. Yang pandai jangan terlalu dipuji, yang lemah janganlah kita keji.

��MURID baik, MURID cerdik; cuma ujian. ALLAH nak tengok kita demand ke tidak, ltk syarat ke tidak, kerja kuat ke tidak, sabar ke tidak.

��MURID2 biasa-biasa, tak berapa pandai; itu hadiah ALLAH. Di mata manusia mereka biasa saja, tapi siapa tahu kekurangan mereka ASBAB kita masuk syurga. Tak perlu kecewa hasil kita tak seberapa. Mana tahu kalau asyik cemerlang, kita riak menjaja bangga.

��MURID yang biasa2 ini vmungkin menjadikan kita tidak leka dengan kerjaya & rencahnya. Jangan lukai hati mereka. Terimalah pemberian ALLAH dengan redha. Sayangi mereka sama rata. Doakan yang terbaik untuk mereka tak kira di mana. Maaf dan ampunkan mereka penuh tulus tanpa berbeza kasih.

��MURID2 kita mentah, jiwa mereka rapuh. Yang salah kita, terlebih menghukum dr membina. Terlebih menyumpah dr  membimbing. Terlebih marah dr nasihat. Terimalah mereka penuh amanah.

��MURID2 ini dipinjamkan buat kita untuk dijadikan ummat Muhammad yang hebat. Bukan membesar untuk dinobat. Jangan bezakan MURID2 kita, kerana di luar sana ramai lagi yang tak merasa jadi CIKGU..... belajarlah malu pada ALLAH, DIA yang sebegitu hebat tak pernah bezakan hamba-hambaNya tapi kenapa kita seorang hamba sangat suka beza-membeza.

��MURID2 kita juga punya hati dan jiwa. Mana tahu ada yang terasa dan kecewa.

Monday, November 16, 2015

Kita punya atau Tuhan yang punya?

Untuk renungan bersama.. mesej disalin dari rakan akak yang sentiasa ingat mengingatkan.. tq Lan.

TAZKIYAH AN-NAFS:

Mana milik kita?
Tidak ada milik kita,
Semua yg ada Tuhan yg punya,
Tidak ada kita punya,
Kita hanya mengusahakan saja,
Apa yg kita dapat,
Tuhan sudah sediakanya,
Kita Tuhan punya,
Langit dan bumi ciptaan-Nya,
Milikilah apa saja,
Tapi tidak terlepas dari ciptaan-Nya,
Mana kita punya,
Tidak ada kepunyaan kita,
Kita hanya mengusahakan apa yg telah ada,
Mengapa kita sombong,
Memiliki Tuhan punya,
Mengapa tidak malu kepada Tuhan yg Empunya,
Patut bersyukur kpd Tuhan,
Yg memberi segalanya,
Malulah kita kpd Tuhan,
Kerana milik kita Dia yg punya,
Janganlah berbangga dgn apa yg ada pada kita,
Kalau Tuhan tidak beri,
Kita tidak punya apa-apa,
Janganlah mengungkit-ngungkit jasa kita,
Jasa kita di sisi-Nya semuanya Tuhan yg punya,
Marilah kita bersyukur,  bukan berbangga,
Bersyukur kpd Tuhan, bukan mengungkit jasa,
Gunakanlah nikmat Tuhan,
Untuk berkhidmat kpd-Nya,
Selepas itu lupakan saja khidmat kita,
Agar kita tidak mengungkit jasa kita.

Friday, November 13, 2015

Ais krim semalaysia...

Ari ni akak nak citer pasal ais krim se malaysia ni.

Kisahnya.. mak akak memang buat dan jual ais krim ni kat kedai runcit kat kampung... kedai kecik je.. hehe..

ada banyak perisa.. banyak kaler.. berwarna-warni.. ada perasa pisang, nangka.. sarsi, laici, milo, ada asam masin.. dan yang paling mendapat perhatian ialah ais krim kacang hijau.. tak tau? Ala.. bubur kacang hijau tu...

Sedap tak? Huh... apa nye soalan... of course sedap.. terbaek! Selalu sold out!

Semalam akak balik kampung... jadi.. kebetulan mak buat ais krim kacang.. so akak tolong la bungkus... sakit tangan wo... kena pulas memulas plastik ais krim tu.. hehe..

Thursday, November 12, 2015

Masyarakat pemandu yang bertimbang rasa dan bekerjasama...

Masa balik kampung melalui hiway memang satu perkara yang mengujakan apabila melihat sebelah jalan sana ada kenderaan yang liplap liplap lampunya.. kenapa? Biasanya nak maklumkan kepada pengguna jalanraya lain yang ada sesuatu kat depan..

Kemungkinan paling besar ialah ada speedtrap..

Memang betul la..

Kang bagus ada masyarakat prihatin macam ni.. tolong menolong bekerjasama.. kan.. kan..

Monday, November 9, 2015

Acara kacau sura....

Berpeluang melihat kemuafakatan masyarakat setempat dalam melaksanakan acara mengacau bubur asyura.. ataupun orrang ganu kata sura.

Dan perkara ni memang biasa bila berada bulan muharram.

Kalau kat bandar besar mungkin jarang la kita lihat kan.

Sebab tu akak sukaaa duduk kat kampung.. hehe. Suasana aman damai menenangkan jiwa raga... dok kat bandar fuh... bizi memanjang...

Hehe..

Sunday, November 8, 2015

Akhirnya... cabut gigi..

Ari ni gi klinik gigi. Objektifnya

1) nak cabut gigi yang sakit minggu lepas

2) atau nak tampal gigi depan yang dah nampak besar jurangnya.. huhu..

So sampai kat klinik gigi ada sorang je patient..

Dan tak sampai 5 minit nama akak dipanggil... bila masuk, jumpa doktor akak bersembang la dulu ngan doktor. Akak bagitau akak tak sempat habiskan antibiotik yang akak ambik minggu lepas... memang seperti yang dijangka, doktor bagitau sepatutnya kena habiskan antibiotik tu.. huhu

So bila doktor check dan ketuk gigi akak tak de la rasa sakit.. so on je la cabut gigi..

Plan akak, kalau x leh cabut gigi akak nak tampal gigi depan.. doktor bagitau tampal tu dalam masa sejam diperlukan sebab nak buat kelongsong gigi.. gigi depan akak akan dipotong separuh... teknologi pergigian kan.. hehe..

So moral of the story,

JAGA GIGI SEBAIK BAIKNYA!

Friday, November 6, 2015

Lawat anaknda kat imtiaz

Hari Sabtu lepas akak g melawat anaknda kat hostel. Sebenarnya sebelum tu dah bagitau durra kalau akak sempat akak datang..

So sampai kat hostel akak kena la panjat tangga.. ke tingkat 3 tu.. huhu..
Sampai mengah mengah akak..

Sampai kat bilik durra akak ketuk pintu dan bagi salam.. memang terkejut la muka durra..hehe.. terus durra datang peluk akak.. hilang lelah mengah akak.. hehe..

Macam biasalah.. setiap kali datang.. selfie.. hehe..

Thursday, November 5, 2015

Ayah yang tidak pernah dikenali... apabila ayah meninggal dunia..

Semalam ada sorang pelajar akak ni.. masa nak mula kelas pelajar ni datang ke depan bagitau nak ke tandas.. oklah..

Kemudian masa habis kelas dan akak pun dah nak keluar, pelajar ni datang bagitau malamnya nanti tak dapat datang ambik ujian dan masa kelas tadi pun dia tak dapat bagi tumpuan...

Katanya ayahnya baru sahaja meninggal. Pagi tadi dapat tahu..

Yang akak musykilnya kelas akak petang.. dia datang jugak.. patutnya dia tak datang.. terus ke pejabat hep untuk minta bantuan pengangkutan balik ke kampung.. itulah yang akak bagitau kepada pelajar tu..

Tapi dari nadanya.. akak rasa macam pelajar ni kurang rasa sedihnya.. sebab apa? Sebab kata pelajar ni.. ayahnya tidak pernah dia kenal.. ayahnya dah bercerai dengan ibunya.. dan dia tak pernah kenal ayahnya... oooo... kisahnya...

Tuesday, November 3, 2015

Hari Potensi Kanak-kanak KEMAS 2015 Sura, Dungun

Ari ni akak berpeluang melihat persediaan cikgu cikgu tabika melaksanakan kerja-kerja urusan hari potensi kanak-kanak tabika.

Memang cemerlang lah semua cikgu cikgu kemas ni. Tak berkira. Cuti ke tak cuti... hujung minggu.. ke mana mana.. di mana mana.. bila bila pun.. sanggup berkorban demi Kemas.

Jadi memang wajarlah cikgu cikgu kemas mendapat pengiktirafan sewajarnya dari kerajaan.

Dan lihatlah wajah ceria kanak-kanak kemas.. pemimpin masa depan.. dan faktor modal insan bagi kelangsungan kemajuan negara kita...

Semoga Kemas terus maju!

Sunday, November 1, 2015

Sakit gigi weh...aduiii...

Hari Jumaat lepas balik dari Mood Republik tu akak singgah kat Losong. Makan tengahari kat Losong. Mil masak ikan singgang pedas.. delicious marvelous semua ada. Adik adik cakap pun sedap sangat.

Mil memang sangattt pandai masak. Dan mak masak kejap je.. orang penuh pengalaman. Kadang tu baru je lepas makan tengahari, nasi belumpun natuj ke perut, dah ditanya nak makan pau ke tak.. huhu.. memey lah.. boleh naik badan.. tapi tulah.. masakan sedap wo...hehe..

Ok so akak sambung citer.

Lepas makan tu akak sakit gigi... adui... gigi berlubang.. dah uzur dah gigi..huhu..

Malam nya pun sakit jugak.. susah nak tido. Rasa macam nak mintak doktor cabut time time tu..huhu..

Esoknya Sabtu ada kenduri.. tapi akak tak pergi sebab sakit gigi.. yelah.. gi kenduri nak la jugak makan.. dah sakit gigi caner nak makan..

So semalam dah makan ubat tahan sakit dan antibiotik yang dibeli kat klinik gigi kt kuala berang.

Hari ni Ahad akak ambik cuti. Kebetulan kelas takde ari ni. So akak pergi la klinik gigi jumpa doktor kat dungun. Doktor check. Bila doktor ketuk ketuk kat gigi yang sakit tu doktor tanya sakit tak.. akak bagitau sakit sket.. doktor siap terangkan,
" sakit gigi ni dalam 3 hari memang sakit. Jadi dalam 3 hari kalau cabut memang akan sakit. Jadi dinasihatkan makan antibiotik dulu dalam 5 hari kemudian barulah datang kembali untuk cabut"

Oo.. ok. Kena ikut cakap doktor. Yelah. Taknak la tanggung risiko kan.. jadi kena makan antibiotik dan ubat tahan sakit la dulu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!