Semalam ada sorang pelajar akak ni.. masa nak mula kelas pelajar ni datang ke depan bagitau nak ke tandas.. oklah..
Kemudian masa habis kelas dan akak pun dah nak keluar, pelajar ni datang bagitau malamnya nanti tak dapat datang ambik ujian dan masa kelas tadi pun dia tak dapat bagi tumpuan...
Katanya ayahnya baru sahaja meninggal. Pagi tadi dapat tahu..
Yang akak musykilnya kelas akak petang.. dia datang jugak.. patutnya dia tak datang.. terus ke pejabat hep untuk minta bantuan pengangkutan balik ke kampung.. itulah yang akak bagitau kepada pelajar tu..
Tapi dari nadanya.. akak rasa macam pelajar ni kurang rasa sedihnya.. sebab apa? Sebab kata pelajar ni.. ayahnya tidak pernah dia kenal.. ayahnya dah bercerai dengan ibunya.. dan dia tak pernah kenal ayahnya... oooo... kisahnya...
No comments:
Post a Comment