Wednesday, November 18, 2015

Buat semua para pendidik

Sharing from other group...

Kenapa MURID  saya tak pandai
Kenapa MURID saya degil
Kenapa MURID saya tak jd spt yg saya nak

��MURID2 buah hati kita. Jangan bandingkan di antara mereka. Yang pandai jangan terlalu dipuji, yang lemah janganlah kita keji.

��MURID baik, MURID cerdik; cuma ujian. ALLAH nak tengok kita demand ke tidak, ltk syarat ke tidak, kerja kuat ke tidak, sabar ke tidak.

��MURID2 biasa-biasa, tak berapa pandai; itu hadiah ALLAH. Di mata manusia mereka biasa saja, tapi siapa tahu kekurangan mereka ASBAB kita masuk syurga. Tak perlu kecewa hasil kita tak seberapa. Mana tahu kalau asyik cemerlang, kita riak menjaja bangga.

��MURID yang biasa2 ini vmungkin menjadikan kita tidak leka dengan kerjaya & rencahnya. Jangan lukai hati mereka. Terimalah pemberian ALLAH dengan redha. Sayangi mereka sama rata. Doakan yang terbaik untuk mereka tak kira di mana. Maaf dan ampunkan mereka penuh tulus tanpa berbeza kasih.

��MURID2 kita mentah, jiwa mereka rapuh. Yang salah kita, terlebih menghukum dr membina. Terlebih menyumpah dr  membimbing. Terlebih marah dr nasihat. Terimalah mereka penuh amanah.

��MURID2 ini dipinjamkan buat kita untuk dijadikan ummat Muhammad yang hebat. Bukan membesar untuk dinobat. Jangan bezakan MURID2 kita, kerana di luar sana ramai lagi yang tak merasa jadi CIKGU..... belajarlah malu pada ALLAH, DIA yang sebegitu hebat tak pernah bezakan hamba-hambaNya tapi kenapa kita seorang hamba sangat suka beza-membeza.

��MURID2 kita juga punya hati dan jiwa. Mana tahu ada yang terasa dan kecewa.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!