Sunday, November 1, 2015

Sakit gigi weh...aduiii...

Hari Jumaat lepas balik dari Mood Republik tu akak singgah kat Losong. Makan tengahari kat Losong. Mil masak ikan singgang pedas.. delicious marvelous semua ada. Adik adik cakap pun sedap sangat.

Mil memang sangattt pandai masak. Dan mak masak kejap je.. orang penuh pengalaman. Kadang tu baru je lepas makan tengahari, nasi belumpun natuj ke perut, dah ditanya nak makan pau ke tak.. huhu.. memey lah.. boleh naik badan.. tapi tulah.. masakan sedap wo...hehe..

Ok so akak sambung citer.

Lepas makan tu akak sakit gigi... adui... gigi berlubang.. dah uzur dah gigi..huhu..

Malam nya pun sakit jugak.. susah nak tido. Rasa macam nak mintak doktor cabut time time tu..huhu..

Esoknya Sabtu ada kenduri.. tapi akak tak pergi sebab sakit gigi.. yelah.. gi kenduri nak la jugak makan.. dah sakit gigi caner nak makan..

So semalam dah makan ubat tahan sakit dan antibiotik yang dibeli kat klinik gigi kt kuala berang.

Hari ni Ahad akak ambik cuti. Kebetulan kelas takde ari ni. So akak pergi la klinik gigi jumpa doktor kat dungun. Doktor check. Bila doktor ketuk ketuk kat gigi yang sakit tu doktor tanya sakit tak.. akak bagitau sakit sket.. doktor siap terangkan,
" sakit gigi ni dalam 3 hari memang sakit. Jadi dalam 3 hari kalau cabut memang akan sakit. Jadi dinasihatkan makan antibiotik dulu dalam 5 hari kemudian barulah datang kembali untuk cabut"

Oo.. ok. Kena ikut cakap doktor. Yelah. Taknak la tanggung risiko kan.. jadi kena makan antibiotik dan ubat tahan sakit la dulu.

1 comment:

  1. doktor juga bagi antibiotik yg sama pabila dah cabut gg graham.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!