Ari ni on the way nak hantar durra ke imtiaz kami berenti makan dulu kat McD.. McD kat mana? hehe.. biarlah rahsia.. ala... ok ok... nak tau jugak? hmm... kat dungun la..
selepas selesai urusan ode kat kaunter bawah kami terus nak ke tingkat 1. tapi punya la terkejut bila tengok keadaan kat situ macam tongkang pecah je... dengan kerusi berterabur.. dengan sisa makanan yang pelanggan tinggal belum dikemas... dengan air yang tumpah kat lantai... hmmm... memang terkejut tahap tengok dinasor la..
semua meja tak dibersihkan.
last-last kami pilih satu meja yang agak kurang kotor. lepas tu akak pergi basuh tangan kat sinki.. aduhai... sinki pun kotor.. siap ada kulit ayam lagi kat sink tu..
kemudian abe nik nak gi ambik sos cili... kosong tempat letak sos cili tu.. takde langsung sos diletakkan kat situ.. abe nik dah bengang.. ye lah.. kena turun ambik sos cili kat bawah..
terpaksa la abe nik turun.. sempat jugak la abe nik sound staf kat situ bagitau keadaan kat tingkat atas yang tak terurus..
lepas tu dalam beberapa minit staf perempuan datang kemaskan meja.. berdentung dentang bunyinya... abe nik siap tanya, "tak cukup staf ke?"
salah satu sebab kenapa sesetengah restoren makin kurang pelanggan - keadaan kedai yang tidak bersih!
ada banyak sebab lagi la. antaranya
- kualiti makanan
- layanan staf
- cepat lambat service diberikan.
sebab tu la kena belajar aspek:
- hospitality
- customer relationship management
- human resource management
kan kan.
No comments:
Post a Comment