Friday, July 24, 2015

Kisah kasut raya di hari raya

Hari raya pertama.

Macam biasa. seperti orang lain akak pun teruja sangat pakai kasut raya yang akak beli kat Cleris, Jalan Banggol Kuala Terengganu.

Tapi sungguh tak disangka.

Kualitinya sangat jauh berbeza berbanding harganya.

Kasut raya ni akak beli kurang seposen 80 inggit. huhuhu.

padahal akak cuma pakai masa nak g ke losong. tu pun pakai dalam kereta.  lepas turun dari rumah losong nak pergi beraya ke rumah mak sedara abr nik. Time berjalan tu la kasut ni boleh buat hal.

hmm..

memang low kualiti la. setakat ni kasut yang akak pernah beli dan pernah guna tapi langsung tak memuaskan hati akak ialah:
- Cleris
- Verns
- BNC

kenapa?

sebab sekali dua pakai sampai dah boleh tercabut tapak tu memang sangat low kualiti la.. pastu bila pakai ada lak yang heelnya makin turun.. bukan lah sebab akak ning gemuk tau tapi sebab kasut tu nye stand tu memang tak tahan. akhirnya jadi berlapis lapis..

even Bata sekarang pun tak berapa mendapat perhatian akak. akak memang banyak kali beli kasut kat kedai bata. tapi sekarang ni last yang akak beli bila akak pakai je kasut tu baru 2-3 kali tapaknya dah tercabut. kena gam balik.

hm... sampaikan akak siap gugel cara-cara nak buat kasut sendiri..hehe.. lepas tu baru dapat maklumat kat Pertama Kompleks ada tempat buat kasut.. kena pergi KL la plok ni..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!