Monday, July 27, 2015

Ode dari Nile.com.my dah sampai..

yea yea..

barang yang akak ode dari nile.com.my akhirnya dah sampai.

ode apa?

akak ode beg.. ala.. beg yang boleh muat letak tablet.. senang sket. malas nk gi ronda kat kedai lebih senang cuci mata online sambil baring-baring depan tv pun buleh beli barang.. kan kan.

masalahnya pulak.. akak ode 4 barang tapi yang sampai hanya 2 barang.

2 barang lagi tu tak ada. so syarikat nile bagi refund la untuk 2 barang lagi tuh. cumanya utk dapatkan refund tu kita kena jugak beli barang lain daripada nile... hmmmmm.

Saturday, July 25, 2015

High quality shoes.. perfect!

searching for a very very nice and high quality shoes...

can't imagine if i could ever find them here in dungun.. u know.. ladies shoes...

but i found them here. though choice is kinda limited but as long as i can have something to wear this sunday.. then that would be great.

indeed... great it is.

Scholl.. ladies first choice!

Friday, July 24, 2015

Kisah kasut raya di hari raya

Hari raya pertama.

Macam biasa. seperti orang lain akak pun teruja sangat pakai kasut raya yang akak beli kat Cleris, Jalan Banggol Kuala Terengganu.

Tapi sungguh tak disangka.

Kualitinya sangat jauh berbeza berbanding harganya.

Kasut raya ni akak beli kurang seposen 80 inggit. huhuhu.

padahal akak cuma pakai masa nak g ke losong. tu pun pakai dalam kereta.  lepas turun dari rumah losong nak pergi beraya ke rumah mak sedara abr nik. Time berjalan tu la kasut ni boleh buat hal.

hmm..

memang low kualiti la. setakat ni kasut yang akak pernah beli dan pernah guna tapi langsung tak memuaskan hati akak ialah:
- Cleris
- Verns
- BNC

kenapa?

sebab sekali dua pakai sampai dah boleh tercabut tapak tu memang sangat low kualiti la.. pastu bila pakai ada lak yang heelnya makin turun.. bukan lah sebab akak ning gemuk tau tapi sebab kasut tu nye stand tu memang tak tahan. akhirnya jadi berlapis lapis..

even Bata sekarang pun tak berapa mendapat perhatian akak. akak memang banyak kali beli kasut kat kedai bata. tapi sekarang ni last yang akak beli bila akak pakai je kasut tu baru 2-3 kali tapaknya dah tercabut. kena gam balik.

hm... sampaikan akak siap gugel cara-cara nak buat kasut sendiri..hehe.. lepas tu baru dapat maklumat kat Pertama Kompleks ada tempat buat kasut.. kena pergi KL la plok ni..

McD hari ni... apa dah jadi..

Ari ni on the way nak hantar durra ke imtiaz kami berenti makan dulu kat McD.. McD kat mana? hehe.. biarlah rahsia.. ala... ok ok... nak tau jugak? hmm... kat dungun la..

selepas selesai urusan ode kat kaunter bawah kami terus nak ke tingkat 1. tapi punya la terkejut bila tengok keadaan kat situ macam tongkang pecah je... dengan kerusi berterabur.. dengan sisa makanan yang pelanggan tinggal belum dikemas... dengan air yang tumpah kat lantai... hmmm... memang terkejut tahap tengok dinasor la..

semua meja tak dibersihkan.

last-last kami pilih satu meja yang agak kurang kotor. lepas tu akak pergi basuh tangan kat sinki.. aduhai... sinki pun kotor.. siap ada kulit ayam lagi kat sink tu..

kemudian abe nik nak gi ambik sos cili... kosong tempat letak sos cili tu.. takde langsung sos diletakkan kat situ.. abe nik dah bengang.. ye lah.. kena turun ambik sos cili kat bawah..

terpaksa la abe nik turun.. sempat jugak la abe nik sound staf kat situ bagitau keadaan kat tingkat atas yang tak terurus..

lepas tu dalam beberapa minit staf perempuan datang kemaskan meja.. berdentung dentang bunyinya... abe nik siap tanya, "tak cukup staf ke?"

salah satu sebab kenapa sesetengah restoren makin kurang pelanggan - keadaan kedai yang tidak bersih!

ada banyak sebab lagi la. antaranya
- kualiti makanan
- layanan staf
- cepat lambat service diberikan.

sebab tu la kena belajar aspek:
- hospitality
- customer relationship management
- human resource management

kan kan.

Thursday, July 23, 2015

koleksi Novel terkini..

Peluang berada di Megamall kuantan memang tak disia-siakan oleh kami berdua.. dah sah-sah kami akan ke kedai buku popular.. apa lagi.. cari novel la.. hihi..

dan durra bgtau anjell dah keluarkan novel baru - Tundukkan Playboy Itu.

Dan akak dah cakap kat durra, "anything anjell writes, BUY!"

ha.. giteww.. nak bagitau betapa fanatiknya ngan novelis anjell nih.. haha..

dan di samping anjell, akak jugak bagi sokongan kepada novelis dila dyna dan juga eman sufi.

Teruskan berkarya!

Tuesday, July 21, 2015

Follow up visit KMC

hmm... dah lama dah tak gi jumpa Dr Lee untuk check keadaan tiroid akak.

2 bulan lepas akak dah pergi sebenarnya tapi masa tu akak pergi KMC yang dekat Megamall tu... rupa-rupanya KMC dah pindah ke Indera Mahkota bulan 11 tahun 2014. huhuhu..

so dah alang-alang cuti raya ni lama kan.. jadinya akak pun ambik la peluang g ke KMC...

Memang besar giles la KMC yang baru ni..

Friday, July 17, 2015

Selamat Hari Raya AidilFitri 1436H 2015

Selamat Hari Raya Aidil Fitri!

Macam biasa kami balik kampung beraya bersama keluarga. Memang tak sah la raya kalau tak balik kampung. suasana kampung kan.. memang lain la auranya..

Tapi tulah kan.. sapa yang takde kampung tu memang terasa la kan.. yelah.. duduk kat KL.. bukan kampung pun.. duduk kawasan rumah teres.. kiri kanan je kenal orang.. selain dari kiri kanan jiran tu memang dah tak kenal kan..

Nak wak camana.. memang sekarang ni rata rata dah duduk rumah teres kan.. tinggal lagi kita nak berkenalan ngan jiran jiran ke tidak je kan..

Beruntung la sapa yang masih ada kampung kan..

Wednesday, July 15, 2015

Time time jam ni... gunalah TouchNGo..

Memang musim raya musim cuti kenderaan memang berganda la banyaknya kat atas jalan raya.. ambil peluang bercuti balik kampung..

yang ketara jam nya bila kat plaza tol la.. memang jam giles..

jadi masa ni la kita lebih menghargai kemudahan seperti touchNgo.. smarttag..

Monday, July 13, 2015

Ekoran kejadian rusuhan di Lowyat

Akak sebenarnya tak tahu sangat apa yang berlaku... yang sebenar-benarnya tak ada siapa yang tahu melainkan orang yang mengalami peristiwa tu je yang tahu.

Tapi akak difahamkan insiden tu bertitik tolak dari salah faham.. dikatakan jurujual tu tidak jujur dan ada cubaan menipu pelanggan.. dan bila pelanggan menegakkan hak dikatakan pelanggan melampau... jadilah pergaduhan.. dan setelah bergaduh antara dua orang berbeza kaum akhinya jadilah isu perkauman..

Jadinya marilah kita ambil iktibar dari peristiwa ni:
1. pelanggan perlu tahu apa sebenarnya yang diinginkan, dan apa yang diperolehi
2. pelanggan perlu ada ilmu yang cukup untuk mengetahui bagaimana sesuatu alat tu berfungsi secara asasnya supaya tidak tertipu dengan maklumat tidak tepat
3. beli daripada kedai yang dipercayai. jadi kenalah tanya dulu kawan-kawan ke..

Dan bagi jutawan-jutawan Melayu di luar sana yang sedang sangat selesa dengan kehidupan sendiri, mungkin juga  terfikir untuk membantu orang Melayu bangkit dan terus maju.. mulakanlah langkah untuk membantu orang Melayu.. walaupun sekecil-kecil bantuan tapi seandainya membawa seribu kebaikan kepada masyarakat kita, bayangkan pahala yang anda dapat.. kalau rasa orang Melayu teruk sangat sampai tak boleh ditolong, mungkin juga nak bantu segelintir orang Melayu memotivasikan masyarakat... bantulah orang Melayu kita..

kata Hang Tuah, "Tak Melayu Hilang D Dunia"

Siapa Hang Tuah? hmm... tak mustahil generasi akan datang dah tak tahu sejarah... sejarah Melayu..

Saturday, July 11, 2015

kek lapis prun

itu ari akak ode kek lapis prun. memang best rasa dia.

dan ari ni adik akak datang rumah. so akak kirim kek lapis prun ni bawak balik. biar semua dapat rasa kek sedap ni.

Tengok anak kat asrama

10 Julai 2015

Sebelah petang akak pergi tengok durra kat asrama. Semalam dengar suaranya serak je.. kurang minum air la tu.. so ari ni papa dah belikan sekotak air mineral.. lepas berbuka kan boleh minum.. kena minum banyak air. cepat hilang serak suara tu..kan kan..

Tapi tu lah.. budak budak asrama sekarang ni dah tak bermaya dah.. sebab semua dah tak sabar nak balik kampung.. nak raya.. durra tadi pun muncung je.. tak sabar nak cuti raya.. hehe.. sabo sabo..

Wednesday, July 8, 2015

need another internet plan!

arghhhhh...

this celcom plan really sucks! It's been 2 months already since I changed the plan.. and only a week after the new cycle starts, I notice that my internet data breaks down.. easily...

aduiii..

dan tadi ada student bagitau pasal Red One.. kena selidik pasal ni.. sounds interesting..

Bekalan ubat..Thyrosit..

Lepas berbuka tadi lepas solat maghrib akak cari ubat thyrosit akak.. nak makan la.. macam biasa. 1 biji setiap hari kena ambik..

Rupanya tinggal 1 je pil tu.. sepatutnya akak kena makan 1 setengah.. tapi dah ada 1 je.. makan 1 je la..

so tadi abe nik dah pergi ambik stok ubat.. kat klinik. mujurlah ada stok.. sebelum ni hampir 2 minggu takde stok. dan kebetulan pulak sekarang ning dah tambah sorang lagi patient yang turut sama ambik ubat thyrosit kat klinik tu.. so sebab tu kena cakne betul-betul bila kena ambik stok baru..

terlepas pandang la pulak.. huhuhu.. nasib la ada stok..

Pasal Internet data lagi..

adui... geram betullah... cepat benar habis internet data ni.. dah la kita ni jenia suka dpt maklumat ngan telefon.. adui..

TAK ADA KE PELAN UNTUK PENGGUNA TELEFON NI

YANG

TAK PAYAH NAK RISAU PASAL INTERNET DATA HABIS NI?

TOLONGGGGG LAH...

Jangan la pulak nak cadangkan wifi.. akak tau lah pasal wifi ni..

tapi nak pelan yang praktikal.. PER PER USE..

TAK DE KE?

adoi la...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!