Tadi akak tengok kat TV imbasan kilauan emas. Waduh waduh.. macam-macam ragam dan gaya makcik pakcik kita..
Cumanya kalau memang berbakat tu ada suara yang bagus tu memang kita sokong sangat la kan.. yang tak bestnya bila ada yang rasanya macam over la sket.. siap menari bagai.. pahtu suara tak sedap pun kan..
Makanya sebab tu la orang tua-tua kita pesan, "ukur baju di badan sendiri". Eh betul ke peribahasa ni.. bukan bukan.. apa peribahasa tu ek.. ala... tak hingat la pulak..
Pendek kata kalau memang kita tak boleh nyanyi jadi tak payahlah nak masuk pertandingan nyanyian.. sudahnya kita jadi sorakan orang je kan.
Sama jugak, kalau kita ni memang tak tahu buat satu-satu kerja tu bagitau yang kita tak tahu. Bagi peluang kepada orang yang betul-betul tahu buat kerja tu yang buat. Kan kan.. ni tak. Nak jugak buat. Sudahnya tulah.. boleh termalu sendiri.. kan kan.. anyway mungkin ada yang kata setakat nak dapatkan pengalaman ok la kot. Tapi itu semua bergantung kepada personal opinion masing-masing kan. Yelah.. ada orang suka minum kopi je. Ada yang tak boleh minum kopi hanya minum milo. Jadi kita ni ada pelbagai pandangan dari sudut yang berbeza-beza. Betul ke salah ke pun turur bergantung kepada sudut pandangan masing-masing.
Anyway, akak terkesan bila dengar sorang makcik ni cerita. Kata makcik ni dia suka menyanyi dan menari. Tapi hanya depan suami dan keluarga je. Bagusnya kan..
My personal opinion ialah mengenai makcik-makcik yang masuk kilauan emas dengan menari bagai nak rak dengan gaya yang tersangat over dan kurang sesuai dengan usia.. memang ada yang tutup muka la bila tengok makcik-makcik ni menari.
Cuba ambik pedoman peserta kilauan emas musim ke 2 ... eh ke 3 kot. Ala.. makcik yang dari Terengganu tu.. yang menang dapat no. 2 tu. Makcik tu tak de la menari pun. Bergantung sepenuhnya kepada suaranya yang sangat power. Dapat pun menang.
Again, this is my personal opinion. You may disagree with me but I believe you too have your own say in this.
No comments:
Post a Comment