Tuesday, March 31, 2015

penangan GST...

sebenarnya pasal GST ni kan.. kita sebagai rakyat biasa belum mampu lagi nak bagitau kelemahan dan kebaikan gst ni.. sebab baru dilaksanakan kan.. jadi belum tau lagi apa kebaikan nya.. kelemahan nya..  tunggulah setahun ke.. barulah kita betul-betul faham akan keadaan sebenarnya.. masa tulah baru kita boleh suka ke tak suka kan..

apa-apa pun akak penuh percaya dan yakin kerajaan akan terus menitikberatkan kebajikan rakyat secara keseluruhan.. bukan hanya golongan rakyat tertentu sahaja..hmm..

dan semalam abe nik nak beli barang kat aneka.. tapi abe nik patah balik sebab katanya jam giless... nak masuk ke pusat perniagaan kat dungun tu memang sesak giler... gamaknya orang ambil peluang barang naik harga kot.. tapi semua barang naik harga ke?..

akhirnya tadi baru abe nik g beli barang... gst ke tak gst ke.. kita masih kena beli barang-barang keperluan kan..

Monday, March 30, 2015

Ilmu yang bermanfaat..

setiap hari semestinya kita akan berdoa agar dikurniakan ilmu yang bermanfaat, dapat digunakan dan dipraktikkan bagi kemudahan manusia.

kita juga kena berdoa supaya Allah melapangkan dada kita bagi diisi dengan ilmu yang bermanfaat...

tapi mana kita nak tahu ilmu mana yang bermanfaat dan ilmu mana tak bermanfaat kan?

tuntutlah sahaja ilmu kan.. dengan penuh ikhlas. cuma jangan tuntut ilmu untuk membuat jahat kepada manusia lain je kan.. contohnya tuntut ilmu sihir untuk menyihirkan orang ke.. memang ilmu yang tak bermanfaat la tu.. tapi kalau tuntut ilmu sihir dan digunakan untuk membantu manusia sembuh dari sihir lain maka bermanfaat la kan.. kan kan..

semoga Allah memberkati usaha kita semua mencari ilmu Allah di mukabumi ini. Amin.

Sunday, March 29, 2015

Melawat anaknda di hostel

28/3/2015

pagi ni dapat mesej dari anaknda, "mami nak datang tak ari ni? kalau papa letih tak apalah." oh... tapi bukan dari telefon durra, durra tumpang telefon kawannya. sebab tak sempat nak ambik dari warden sebelum tu... skrg ni peraturan telefon dah tukar.. pelajar hanya dibenarkan ambik telefon sekali seminggu je.. itupun selama sejam je. huhuhu.. tapi apa pun kami mak ayah ni bersangka baik la kan.. apa jua peraturan yang pihak pengurusan buat hanyalah untuk kebaikan pelajar jugak. so sebab tak sempat ambik telefon sendiri jadinya durra pinjam telefon kawannya. so akak pulak reply la mesej durra bagitau yang akak akan datang. rupanya mesej tu tak sampai kepada durra sebab lepas tu kawannya dah pergi ke lain dah.. ada pertandingan sukan.. huhuhu..

kisahnya abe nik menghadiri bengkel kat KL dan balik malam sabtu tu.. dalam kul 10 la abe nik sampai.. so anaknda bimbang kot2 papanya letih ke kan. tapi kan.. mak ayah ni kan.. letih camana pun tentunya akan tetap mengutamakan anak-anak.. percayalah..

so akak ngan abe nik pun pergilah..

sampai kat hostel akak naik la ke tingkat 3 sebab nak gi panggil anaknda kan.. adoyai.. tingkat 3 tu beb... so pelan pelan akak naik tangga.. sampai tingkat 2 akak dah termengah mengah dah.. siap akak cakap, "adoi lah.." tak de la kuat mana pun akak cakap.. hehe..

sampai kat tingkat 3 ada 4 anak tangga lagi nak sampai tiba-tiba akak nampak anaknda akak.. eh.. kami sama-sama terkejut.. durra bgtau" eh mami datang ye.. ingat tak datang.." huhu.. so akak tanya la anak akak, "adik nak keluar ke?" jawab anak akak,"adik dengar suara mami tadi.." ooppss... ke kuat sangat akak beraduh duh tadi.. hehe.. tak kut... kata durra lagi dia kebetulan berada kat koridor tu tadi.. ooo kk..

macam biasa.. selfie dulu...

Saturday, March 28, 2015

lagu Selimut Tetangga - Republik

Lagu-lagu sekarang ni memang unik-unik dan banyak yang dah campur-campur genre nya..

ada tu muziknya kemain best tapi lagu iklan je.. tak caya? peminat thr gegar mesti tau lagu iklan de.kristi.. ala.. kosmetik tu.. lagunya kemain lagi best.. sampai adik akak yang lelaki bengang betul bila dengar lagu tu.. katanya napalah b***h sangat orang gi cipta lagu untuk iklan kosmetik.. napa tak buat lagu penuh mesti boleh masuk carta lagu.. dah sah-sah dia suka lagu tu kot haha..

lagu "aku tanya apa kabar" pun sama.. muzik kemain lagi best.. tapi tanya kabar je memanjang dari awal sampai akhir..huhuhu..

kadang-kadang nak gelak pun ada.. ni pasal lagu dari kumpulan Republik.. muzik memang power.. akak suka dengar.. tapi bila mula-mula akak dengar akak ingatkan liriknya macam ni:

mana mungkin selimut TERTANGGAL
hangati tubuhku dalam kedinginan
malam malam panjang ...

akak gelak sorang.. camana leh buat lirik pasal selimut..hahaha.. tapi bila akak tengok liriknya TETANGGA.. so akak konpius jap.. tetangga maksudnya Jiran.. apa hal nak g cerita pasal selimut jiran lak.. tulah yang akak tak paham tu..

cerita kat abe nik.. kata abe nik mungkin bahasa seberang kot.. tertanggal ke tetangga? ntah la.. tapi lagu best.. haha.

dan rasanya la.. mana-mana pasangan suami isteri yang sedang bergaduh manja tu, kalau dengar lagu selimut ni mesti tak jadi nak gaduh lama-lama.. napa? eerrr... yg tu kena tanya pasangan suami isteri hahaha..

tulah.. sapa-sapa buat lirik ni memang dia je kot paham..

cumanya akak sangat kagum dengan penulis lirik yang sangat puitis ayat-ayat seninya.. lagu-lagu evergreen yang masih berkumandang kat radio memang sangat puitis.. cantik lenggok bahasanya.. susunan maksudnya sungguh dalam.. tak caya cuba dengar sebuah lagu evergreen kat thr ke.. sinar ke.. hotfm ke.. era ke.. contoh lagu? hmmm.. ala.. cuba la dengar lagu Iklim Suci Dalam Debu ke.. tak best ea.. ok.. apa lagi lagu ek.. tolong.. tak ingat nama lagu.. alah.. korang dengarlah lagu apa-apa yang evergreen.. pastu hayati lirik lagu tu.. tengok irama bahasa yang digunakan.. sangat cantik.. sedap didengar..

macam novelis novelis yang pandai gubah ayat kan.. sungguh cantik jalan bahasanya..

tapi bab lagu republik tang ke tetangga tu akak masih tak paham.. huhuhu..

Friday, March 27, 2015

Penangan novel... alahai... eksperimen cinta la pulak...

semalam baru habis baca "suami paling sweet".. dan ari ni dah sambung pulak "eksperimen cinta"...uwaaaa..... layan je la... terapi minda katakan..

so 2 hari ni akak off duty kerja-kerja writing akak.. huhuhu...

kepada novelis anjell, teruskan menulis novel-novel hebat dan kelakar... akak akan jadi penyokong setia anda! terbaik!

Thursday, March 26, 2015

Layan novel Suamiku Paling Sweet..

rasa bosan malam tadi menyebabkan akak malas nak buat kerja akak .. keje memang la tak habis kan.. especially kerja writing... tapi tulah bila dah takde mood tu nak wak camana kan.. walau dipaksa diri pun kalu tak datang mood tu jadinya kenalah rehatkan minda dulu..

kat astro la takde citer best.. kekadang tu rasa geram gak ngan astro nih... citer asyik ulang tayang yang sama je kan..

so akak pun layan la baca novel.. dari novelis anjelli.. citernye boleh tahan la kelakar.. jap lagi ada la kat tv.. cumanya macam biasa la satu je komen akak, bila buat ayat dlm bahasa inggeris tu harap para novelis prihatin dengan grammar yang betul ye.. jangan main hentam je.. tapi anjelli ni kira ok lah jugak...ada sikit la mistakes nya.. satu novel lagi yang akak baca memang akak jadi patah semangat terus nak sambung baca.. terlalu banyak error nya... so para novelis,  take note ye. akak komen supaya nanti dalam naskah akan datang u all dah tak buat silap ye.. ok.

so berbalik kepada novel tadi, sebab teruja sangat kan.. akak khatamkan jugak baca novel ni yang jumlah mukasuratnya 791... bermula dari kul 9.30 mlm sehinggalah kul 3 pagi ko! tak caya?... hehe.. patutnya dah boleh khatam 1 buku yg akak pinjam kat library itu hari.. tapi takpe... janji ada pembacaan kan.. haha

Wednesday, March 25, 2015

Bertimbangrasa di jalan raya dan ikutlah peraturan weiii

Pagi tadi masa nak g kerja akak berada dalam satu situasi yang menyebabkan akak terpikir.. apa dah jadi ngan generasi Y sekarang ni..

Apa taknya..

Keluar simpang senonong je.. tak tengok kereta lain yang sedang laju... sudahnya kita pulak yang kena perlahankan kereta sebab nak bagi jalan kat dia... padahal tak de kenderaan lain kat belakang kita.. APALAH SALAHNYA KALAU KO TUNGGU KAN..  mana ambik lesen pun tak tau.. lesen terbang kot! Mereka ni tak peduli dah samada perbuatan mereka keluar suka hati dari simpang tu berkemungkinan membahayakan pemandu lain yang terpaksa brek mengejut ke kan.. mereka nintak kisah kan.. dan akak lagi menyampah tahap gaban kalau akak tengok pemandu yang buat hal ni adalah pemandu PEREMPUAN... memang tak patut panggil perempuan la kot kan..yelah.. perempuan kan penuh ngan sifat lemah lembut sifat sabar.. kan.. kan..

Dan u know what.. sebenarnya kita dah boleh agak dah perangai mereka dari gaya perbuatan mereka.. bayangkan... mereka ni tak pentingkan orang lain.. mereka hanya pentingkan diri sendiri.. so nak ke korang berkawan dengan orang yang pentingkan diri sendiri? Of course no.. kan.. kan.. ha tau xpe.

So mulai sekarang, jom kita sama-sama muhasabah diri. Kita perbaiki mana yang patut. Ikut peraturan dan bertimbang rasa kepada sesama kita.

Bijak pandai berkata, "what goes around comes around"

Apa yang kita buat kat orang akan balik semula kepada kita.. lambat cepat je.. kalau jahat kita buat maka jahat la dapat.. kalau baik kita buat maka baiklah nanti yang kita dapat. So dah pikirkan nak yang mana satu?

Tepuk dada tanya selera. Dan pastikan selera yang sihat.. jangan tepuk dada kuat-kuat.. kesian diri sendiri kan. Know yourself and keep on moving foreward to be a better person.. a better us.. a better me.

Tuesday, March 24, 2015

Beli kasut BNC kat kedai kasut U.. huhuhu..

Akak ada beli sepasang kasut jenama bnc kat kedai kasut u masa akak g mydin mall kat kuala nerus..

Sebenarnya akak jarang beli kasut selain dari kasut kat kedai bata.. melainkan kasut keje yg warna hitam utk acara rasmi memang akak ada la sepasang kasut hush puppies ni.. tapi nak dijadikan citer, minggu lepas masa bengkel kat ofis, masa lunch tu akak ngan kawan pergi menghadiri kenduri kawin.. jadi tak makan kat bengkel la.

Nasib betullah.. kawasan rumah pengantin tu kat tempat basuh tangan dia tu becak sket.. jadi akak pakai kasut hp.. memang nasib betul la.. kasut hp akak dan berselut skrg ni.. dah tak reti nak basuh.. ingat nak hantar cuci je kat kedai kasut tapi lum sempat pergi lagi.. huhuhu..

Jadinya masa kat mydin tu memanh hari jumaat dan dah dekat kul 1 dah.. seperti yg sedia maklum semua kedai akan tutup tghari dari jam 12.30-2.30 bagi menghormati solat jumaat.

Kebetulan masa tu kedai kasut u masih bukak..so cepat2 la akak pergi.. tinjau-tinjau mana yang akak suka so akhirnya akak pilih sepasang kasut ni.. boleh tahan la cantiknya (ala.. korang bukan tau pun kan.. haha..).. harganya $59.99..

Kasut tu tak.bertumit tapi dia jenis tinggi sket la.. Tapi yang geramnya baru 3 hari pakai dah macam mampat dah tumit dia tu.. boleh nampak la dia nye bahagian tumit tu macam dah berkedut dah menandakan ketinggian tumit tu dah menurun.. hmmm.. kualiti cap ayam betul la.. memang tak tahan lama la macam tu.. tapi kan ntah-ntah kasut tu meragam sebab tak dapat menahan berat akak.. huhuhu..

Tapikan.. setakat ni akak sangat puas hati pakai sepasang kasut yang akak beli kat Langkawi itu hari.. dekat-dekat area hotel.. hotel apa ea.. lupa dah.. hotel bayview kot.. kat depan-depan tu ada kedai kasut.. akak beli sepasang dan sampai sekarang sangat selesa pakainya.. dah 3 tahun dah tapi dia nye tapak masih lagi cantik.. orang ganu kata 'dok ddeggihh'. Haha..

So kena beli kasut lagi bila pergi langkawi nanti.. haha..

Monday, March 23, 2015

Karnival Buku Terengganu 2015

Ari jumaat lepas jugak akak sempat pergi ke Karnival Buku Terengganu 2015 yang diadakan di Stadium Tertutup Gong Badak Kuala Terengganu. Karnival tu bermula dari 20 Mac 2015 hingga ... eh sori lupa lak bila tarikh last tu.. hehe..

So sebab baru first day kan, pagi lak tu so tak de la ramai orang sangat. Dan sebenarnya petang tu barulah perasmian oleh YB Menteri Besar Terengganu Datuk Razif.

Ada banyak jugak gerai jualan kat situ tapi korang janganlah bandingkan dengan Pesta Buku kat KL ye.. hehe..

Dan pastinya yang paling meriah ialah booth Kakinovel la.. ada banyaaaaakkkk sangat novel kat situ. Hmm.... sebab akak ni minat la jugak baca novel kan.. jadinya beli la novel.. bukan 1 bukan 2.. akak beli 6 tau. Siap dapat extra novel lagi free. Tapi dibagi novel Kampung Girl yang akak dah ada.. huhu.. mintak novel lain tapi mereka kata novel tu yang diberi percuma.. ambik je la kan.. dah orang bagi free kan.. hehe..

So memang seronok la durra.. tapi akak tak benarkan bawak kat hostel la.. tau la kan.. budak2 ni kalau baca novel memang tak hingat dunia kan.. so baca masa kat rumah je.. oklah.. durra faham.
So malamnya operasi membalut novel ngan plastik.. sebab ramai peminat yang akan turut baca novel tu kan jadi kena sampul dulu ngan plastik.. barulah nampak terjaga sket.. kalau tak sayang.. lama-lama nampak buruk novel tu kan..

Di samping novel tu durra turut beli buku latihan akademik. So oklah.. balanced la kan.. haha..

Koleksi kakinovel terkini dan teguran untuk para penulis novel

Ops.. kali ni akak nak citer pasal novel yang akak beli masa karnival buku hari jumaat lepas.

Kenapa akak beli novel? Suka baca ke?

Suka tu takla suka sangat. Bolehlah buat mengisi masa lapang kan.. cumanya akak beli sebab turutkan durra. Durra kadangkala baca novel kawan-kawannya.. jadi akak tak nak galakkan dia pinjam orang punya kan.. so akak turutkan aje...logik tak jawapan akak? Logik kan kan.. haha..

Satu lagi yang tak kurang pentingnya ialah untuk memberi sokongan kepada para penulis novel ni. Bila ada karyawan macam mereka sekurang-kurangnya dapat memupuk generasi minat membaca jugak kan..

Cumanya akak nak komen sket la kepada para penulis ni.. akak perasan kadang-kala penulis menggunakan ayat-ayat dalam bahasa inggeris. Bagus sebenarnya sebab boleh menambah vocab seseorang tu. Tabik for that.

The thing is....

Ada ayat-ayat yang ditulis dalam bahasa inggeris tu memang salah dari segi penggunaan article (a, the).. singular plural, tense (past present future)...

Jadinya bila dah salah guna memang salah la kan..

Harap para penulis boleh merujuk kepada mereka yang dapat bantu memperbetulkan ayat-ayat yang ditulis terlebih dulu sebelum naskhah diterbitkan. Mungkin editor tak baca sepenuhnya kot kan.. tapi penulis sendiri perlu ambik inisiatif memastikan penggunaan bahasa dan ayat-ayat yang betul dan sesuai.

Itulah sekadar teguran buat para penulis novel semua. Harap ambil teguran ni sebagai satu ruang penambahbaikan ye.

Biasakan yang betul dan betulkan yang biasa!

Saturday, March 21, 2015

Gedung Jakel di Kuala Nerus Kuala Terengganu

Ari jumaat semalam akak gi kat jakel yang baru dibuka di kuala nerus awal bulan mac 2015.

Masuk ke dalam jakel ni memang berbeza ngan tempat lain. Layanannya memang tiptop la.. customer service memang terbaik. Sama la mana-mana gedung jakel yang lain. Mesti ada pembantu yang akan layan customer. Kadang tu boleh naik rimas customer kan.. haha..

So  citernya akak berlegar-legar la dulu kat ruang bawah.. kat tingkat atas memang males nak pergi pun sebab yang tingkat atas tu memang mahal la sket harga nya.. yang lebih $100. Memang plan nak cari kain biasa la.. pastu tunggu masa je nak gi ke pasar payang nak cari kain batik sutera. Jadinya kat tingkat bawah tu akak dan beli 5 pasang..

Tengah-tengah tengok adik pelayan tu setelkan kain yang akak nak, tiba-tiba akak dengar bunyi bising.. siap ngan speaker lagi.. rupanya staf lelaki tengah buat pengumuman dengan menggunakan speaker tangan tu... apa yang dimaklumkan? Ni dia.. " cepat cepat naik ke tingkat atas.. kita ada happy hour. Hanya untuk 10 minit sahaja. Kita akan  bagi harga runtuh yang korang mesti tak percaya punye." Macam itulah lebih kurang maksud pengumuman tu. So apa lagi semua dah serbu naik ke tingkat atas.

Akak tak nak pergi tapi adik pelayan tu usulkan akak pergi.. sebab harga memang murah.. sebab tu dikatakan Happy Hour.. eppy la sangat kan.. haha..

So akak pun naik. Dan akak pun mention kat staf kat situ, " biar betul2 happy hour ye.. letih ni  naik ke tingkat atas tu.. huhu..

Tapi oklah happy hournya.. kain yg harganya $200 lebih dah diberi diskaun jadi $168 satu pasang (4meter). Tapi dalam masa 10 min, harganya diturunkan jadi $100. So apa lagi.. akak rembat  la 2 lagi..

Esok  nak g hantar kain kat tailor.... buat baju raya beb.

Friday, March 20, 2015

Terapi minda.. balik kampung..

Balik kampung. Terapi minda. Kenapa terapi minda? Sebab dapat jumpa mak dan adik beradik serta anak saudara..

Anak saudara akak memang sangat petah bercakap.. kadang gelihati kita dibuatnya..

Ni tengah melayan haziq rayyan naik angry bird kat xiri.

Thursday, March 19, 2015

GST-apa kenapa bagaimana... seribu satu persoalan..

Bercakap padal gst ni akak pun sebenarnya tak berani nak cakap lebih lebih sebab tak betapa arif lagi ilmu berkenaan gst dan ilmu percukaian nih.. memang bukan orang ekonomi lah...

Cumanya satu je yg akak paksakan diri untuk percaya. Bila dah dilaksanakan gst ni makanya harga barang akan turun disebabkan cukai dikenakan adalah 6% je.. berbanding 10% sebelum ni. Ye kan. Maksudnya harga barangan akan jadi lebih murah.

Jadinya dimaklumkan yg gst akan dilaksanakan pada 1 April nanti.

Masalahnya, sekarang baru pertengahan bulan 3.. dan harga barangan dah mula naik dah.. beli topup pun dah naik harga.. tambang pun dah naik.. tepung jagung pun dah naik.. keropok lekor pun dah naik harga..

Aikk. Kata bila dah gst harga makin murah.. tapi kenapa sebaliknya yang berlaku? Rakyat dah keliru sekarang ni..

Dan sebagai rakyat, tiada apa yg boleh dilakukan.. selain menerima sahaja apa yang digariskan dan diperintahkan... hmm... cuma sekiranya ada unsur-unsur penindasan ke atas rakyat... percayalah.. rakyat akan bangkit dengan semangat kekitaan yang berani menolak penindasan srkiranya ada..

Wednesday, March 18, 2015

Koleksi novel terkini

Cuti sekolah kan...

Anaknda pun mntak buku novel. Sementelah pula sekarang ni telemovie Isteri Separuh Masa sedang ditayangkan kat TV..  novel tu pun dah beli..hehe..

So kami ke Pustaka Seri Intan semalam. Cari novel baru. Tapi takde dari KakiNovel. Semuanya dari Alaf21. Hehe.. kami ni suka baca novel KakiNovel.. ntah lah.. best sket jalan citernya.. hehe.. bagi akak la.. lain orang lain pendapatnya kan..

Jadi.. layan je baca...

Tuesday, March 17, 2015

Milo tulen Milo palsu?

Tak pernah tahu rupanya ada juga bungkusan milo tulen ngan milo palsu.

Habis tu kalau milo palsu mana datangnya yer.. mana kilang nye? Dipack kat mana? Apa campurannya?

Aish.. macam-macam sekarang ni.

Ya Allah. Sucikanlah dan berkatilah apa yang kami makan dan minum. Amin.

Monday, March 16, 2015

Binatang pun tau jaga anak sama-sama..

Pagi tadi masa nk pergi kerja akak nampak kucing kat halaman rumah akak. Sebelum ni tak de la pulak kucing2 ni datang ke rumah akak.

Tapi sebenarnya setahu akak jiran depan rumah akak yang bela kucing. Bukan kucing dia pun tapi dia ni jenis rajin melayan kucing. Akak memang jenis yang tak pernah reti nak layan kucing.. hehehe.. so kebetulan la jiran akak ni balik kampung so mungkin sebab tu la kucing2 ni datang kat rumah akak..

So citernya.. akak perasan la yang kucing ni baru melahirkan anak.. dan guess what.. bila akak tengok ada dua ekor kucing dewasa duduk bersama-sama baby kucing, jadinya akak buat kesimpulan yang kucing dewasa tu adalah mak dan ayah baby kucing tu.. hmm.. tengoklah.. kucing pun sayangkan anak...

Muhasabah bagi kita manusia..

Sunday, March 15, 2015

Pasal kentut.. macam macam hal.. haha..

Ha.. ni berita baik dan alasan paling bagus nak diberi oleh orang yang suka kentut nih.. ai.. sapa yang tak kentut kan.. semua orang kentut kan.. hahaha.. cuma busuk ke tak busuk je kan... haha..

Ni ha.. ce baca artikel ni.. kentut busuk bagus untuk kesihatan.. haha.. masalahnya ada ke yang kentut bau wangi? Mana ada kan.. tapi sekarang kan dah ada ubat kan.. nak jadikan kentut wangi.. haha.. takde keje nak makan ubat nak suruh kentut wangi kan.. haha..

Dan kalau ikut artikel ni katanya kentut busuk bagus..so yang kentut wangi tak bagus lah.. so tak yah nak makan ubat bagai untuk wangikan kentut..hahaha..

Saturday, March 14, 2015

Khas untuk wanita

Memang tak dinafikan kita wanita sukakan kecantikan dan sukakan perhatian. Kita suka kalau kita dipandang dek kerana kecantikan kita. Kan kan..

Dan kadang tu kita jadi syok sendiri dek kerana merasa kita ni cantik kot... sebab tu kejap kejap selfie pastu share dalam group wassup.. alahai.. pastu setiap pagi nak selfie siap bagitau kat semua orang semangat pagi nak kerja.. macam orang lain tak bersemangat kan..

Itulah salah satu sebab akak banyak exit group wassup akak.. hehe.. bosan dok tengok gambo orang control macho control cun nih.. haha.. aman dunia..

Sekadar luahan hati kat blog kesayangan.. haha..

Thursday, March 12, 2015

Hihihi.. bila kete idaman kena tuko..

Semalam masa balik dari kelas, sampai je kat umah akak nampak ada kereta baru kat umah jiran sebelah.. kebetulan jiran akak ada kat situ so akak tanya la.."ada tamu ke?"

Kata jiran akak,"saya beli kereta baru."

Ooo.. honda hrv ko.. dan yang syahdu nye bila akak nye perancangan pun memang nak ambik honda hrv jugak nanti.. rupanya jiran akak dah beli dulu..

So biasalah kan.. terpikir jugak.. bila dah macam ni kan.. kalau lepas ni akak beli hrv jugak mungkin ada yg kata kita ikut orang kan.. hmm.. no no no..

So kena tuko la.. dari hrv ke kia sportage la plok. Hehe.. kete idaman je pun kan.. masih boleh tuko tuko kan.. hehe..

Wednesday, March 11, 2015

Kekurangan vitamin di kalangan warga emas

Kekurangan vitamin dan mineral yang ketara akan menyebabkan masalah kesihatan seperti gastrik dan sakit tulang.

Bukan sahaja kepada warga tua tetapi sebenarnya kepada semua orang. Ini kerana setiap hari kita memerlukan tenaga yang secukupnya untuk menggerakkan tubuh badan kita. Jadi badan memerlukan sumber vitamin dan mineral yang cukup. Kalau tak cukup camana? Kalau tak cukup dah tentulah badan akan lemah dan sakit kan.

Jadi jom jaga kesihatan kita dengan pengambilan viramin dan mineral yang cukup.

Kesihatan kita tanggungjawab kita.

Tuesday, March 10, 2015

CIUM PISANG TURUN BERAT BADAN?

Macam-macam penemuan sekarang ni..

Ni pasal penemuan :
Cium pisang boleh turunkan berat badan

Yang akak biasa dengar ialah :
Makan pisang boleh bantu turunkan berat badan.

Ni tak payah makan. Cium kulit pisang pun dah boleh kurus.. hmm..

Jom pakat beli pisang!

Monday, March 9, 2015

Patutlah bahagian mata akak bengkak....

Akak selalu stress bila tengok gambar akak. Mesti kat bahagian mata nampak sangat bengkak. Ketara sangat lah.. dah letak macam-macam losyen dan treatment dah tapi tak jugak berkesan..

Sampai akak dah berkira-kira nak buat operation buang eyebag yg menyebabkan bengkak ketara ni..

Sehinggalah akak terbaca tadi kenapa bengkak ketara ni terjadi.

Salah satu sebabnya ialah kesan dari hipotiroid yang akak alami. Individu yg mengalami hipotiroid memang akak alami bengkak sekitar mata salah satu kesannya lagi ialah berat badan naik mendadak. Hah.. betul la tu kesannya. Akak dah alaminya.. huhu..

Sunday, March 8, 2015

Kilauan Emas Musim 5.. alahai..

Tadi akak tengok kat TV imbasan kilauan emas. Waduh waduh.. macam-macam ragam dan gaya makcik pakcik kita..

Cumanya kalau memang berbakat tu ada suara yang bagus tu memang kita sokong sangat la kan.. yang tak bestnya bila ada yang rasanya macam over la sket.. siap menari bagai.. pahtu suara tak sedap pun kan..

Makanya sebab tu la orang tua-tua kita pesan, "ukur baju di badan sendiri". Eh betul ke peribahasa ni.. bukan bukan.. apa peribahasa tu ek.. ala... tak hingat la pulak..

Pendek kata kalau memang kita tak boleh nyanyi jadi tak payahlah nak masuk pertandingan nyanyian.. sudahnya kita jadi sorakan orang je kan.

Sama jugak, kalau kita ni memang tak tahu buat satu-satu kerja tu bagitau yang kita tak tahu. Bagi peluang kepada orang yang betul-betul tahu buat kerja tu yang buat. Kan kan.. ni tak. Nak jugak buat. Sudahnya tulah.. boleh termalu sendiri.. kan kan.. anyway mungkin ada yang kata setakat nak dapatkan pengalaman ok la kot. Tapi itu semua bergantung kepada personal opinion masing-masing kan. Yelah.. ada orang suka minum kopi je. Ada yang tak boleh minum kopi hanya minum milo. Jadi kita ni ada pelbagai pandangan dari sudut yang berbeza-beza. Betul ke salah ke pun turur bergantung kepada sudut pandangan masing-masing.

Anyway, akak terkesan bila dengar sorang makcik ni cerita. Kata makcik ni dia suka menyanyi dan menari. Tapi hanya depan suami dan keluarga je. Bagusnya kan..

My personal opinion ialah mengenai  makcik-makcik yang masuk kilauan emas dengan menari bagai nak rak dengan gaya yang tersangat over dan kurang sesuai dengan usia.. memang ada yang tutup muka la bila tengok makcik-makcik ni menari.

Cuba ambik pedoman peserta kilauan emas musim ke 2 ... eh ke 3 kot. Ala.. makcik yang dari Terengganu tu.. yang menang dapat no. 2 tu. Makcik tu tak de la menari pun. Bergantung sepenuhnya kepada suaranya yang sangat power. Dapat pun menang.

Again, this is my personal opinion. You may disagree with me but I believe you too have your own say in this.

Friday, March 6, 2015

Melawat anaknda di hostel..

Setakat ni akak ni tak miss lagi la pergi tengok anaknda kat asrama kat imtiaz. Dan akak yakin macam tu lah jugak dengan kebanyakan mak ayah. Kan kan.

Macam biasalah.. mengabadikan momen-momen. Nanti esok-esok boleh tengok balik gambar-gambar.

InsyaAllah kalu blog masih ada, anak cucu nanti boleh baca kan kan.

Sekarang gambar kena letak kat 'cloud storage'. Simpan kat dropbox ke.. googledocs ke.. kenapa? Senang kita nak akses. Ada jugak syarikat yg menyediakan storan dengan sedikit bayaran. Terserah kepada individu la kan.

Dan paling penting ialah gambar tak hilang dek hujan ke, banjir ke atau bencana alam lain. So ni kira alternatif la kan.

Just to share.

Khasiat lemon dan air suam..

HarianMetro 2 Mac 2015

Dikatakan minum air kosong yang dicampur dengan lemon dan madu setiap pagi amat baik untuk kesihatan.

Tapi yang baik dan bagus ni selalunya kita malas nak buat kan.. hanya mereka yang benar-benar menitikberatkan kesihatan je yang akan ambik cakna perkara macam ni.

Mana nak cari lemon lagi.. nak cari madu lagi kan...

Tapi akak cuba jugak.. tapi bukan minum air kosong ngan lemon tapi akak minum air suam ngan 1 tablet vitamin c dari shaklee. Khasiatnya sama je. Memang kesannya ada.

Apa kesannya? Haha. kena cuba makan dulu vitamin c ngan air suam..

Cubalah sendiri. Baru tau. Kalau tak cuba kita tak tau kan.

Kesihatan kita tanggungjawab kita!

Thursday, March 5, 2015

Mulia sungguh hati akak ni...

Masa kat KFC semalam, selang satu meja sebelah akak ada kakak sorang ni yang datang ngan hampir 10 orang kanak-kanak. Meriah.

Kemudian akak tu mintak tolong ambik gambar. So akak mntak la student akak tolong ambikkan. Pastu akak tanya la akak tu, "anak sedara akak ke?"

Kata akak tu, " bukan"

Akak musykil.

Sambungnya lagi, "ni anak-anak jiran."

Hah ko. Terkejut jap akak. Kakak ni bawak anak-anak jiran datang makan kat KFC ko.. bukan sorang dua.. hampir 10 orang tau.

Kata akak ni, " ikut plan nak bawak diaorang mandi air terjun. Tapi bimbang lak sekarang ni pasal air kencing tikus."

Memang mulia sungguh hati akak ni.

Dari perwatakannya yang lemah lembut akak dapat agak akak ni sorang guru. Dan tekaan akak benar belaka. Ewah.. hehe.. beliau sorang guru.

Dan memang beliau biasa buat semua tu.. memang kasih sayangnya banyak. Sehinggakan anak jiran pun tak terkecuali mendapat kasih sayang darinya. MasyaAllah.

Berapa kerat la sangat dari kita yang mampu buat apa yang akak tu buat? Cuba tanya diri kita sendiri. Akak sendiri pun tak terjawab.

Wednesday, March 4, 2015

Belanja student..

Hari ni Terengganu cuti.sempena ulangtahun pertabalan sultan.

Jadi aka ajak student akak makan.. ingat nak makan kat Domino pizza.. tapi kul 10.30 baru bukak..huhu.. kemudian pergi la kat secret recipe.. tutup lagi.. masa tu dah kul 10.. aii.. perut dah bunyi dah.. sebab akak  ni memang jenis yang kena makan pagi.. biasanya akak makan roti ke biskut ke dulu sebelum g kerja.. tapi hari ni sebab nak  breakfast ngan student akak tak makan la dulu pagi..

Hmm.. sebab banyak kedai masih belum bukak dan kedai makan pun tutup jugak.. cuti sungguh..

So kami akhirnya pergi ke KFC.

Dan kat KFC tu walaupun namanya breakfast tapi dah ada nasi rupanya.. ala-ala nasi lemak la gitu. Siap ada sambal bilis lagi. Tapi serius sedap. Cubalah. Serius dik sedap. Tapi kalu kfc kat tempat korang tak sedap tak tau la ye.. kat dungun sedap.. hehe..

Oh.. mungkin ada yang tertanya-tanya.. napa akak belanja students akak.. sebab kumpulan student ni bawah penyeliaan akak.. jadi sapa yg dapat cgpa highest setiap semester akak bagitau akak belanja. Last semester masing-masing busy so untuk dua semester  ni ada dua orang student akak yang highest cgpa nya so dua orang la akak bawak hari ni.

Happy happy kan hidup kita.

Tuesday, March 3, 2015

Kadangkala tanpa sedar kita melukai hati dan perasaan orang lain..

Lawak itu sangat diperlukan untuk tujuan meredakan stres dan mengembalikan kegembiraan seseorang. Apabila seseorang itu ketawa maka dia berjaya mengendurkan kedukaannya.

Dan kita juga diingatkan untuk tidak terlalu banyak ketawa kerana ketawa banyak menjadikan hati mati. Dinasihatkan kita banyak diam kerana diam itu amalan para bijak pandai. Diam dan banyak berfikir.. dan bukannya banyak ketawa.. dan bukannya banyak melawak.

Jadi bila kita ketawa ingatlah bahawa ada orang lain yang sedang menangis berduka.

Dan tambah lagi apabila melibatkan keadaan yang sensitif..seperti kehilangan kapalterbang MH370 di mana sehingga sekarang masih ramai lagi keluarga yang sehingga kini masih bersedih..

Jadi prihatin lah dengan perasaan orang lain.

Monday, March 2, 2015

Ustaz ke tali gantung..

HarianMetro Isnin 2 Mac 2015

Seorang ustaz yang juga warden asrama di Sekolah Rendah Islam al-Furqan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati atas tuduhan menyebabkan kematian pelajar 4 tahun lepas.

Sebenarnya banyak pengajaran yang kita dapati dari kisah ini.

1. Keadilan hak semua. Lambat ke cepat ke akan sampai juga. Pendek kata "Kebenaran akan terserlah juga"

2. Manusia ni walaupun berpewatakan ustaz baik tetapi hati manusia Tuhan saja yang tahu. Jadi janganlah anggap ustaz tu baik sangat dan janganlah anggap mat rempit tu jahat sangat..

3. Jadi guru ke ustaz ke pendidik ke memerlukan kesabaran yang tinggi. Sapa yang nak jadi pendidik perlu faham falsafah pendidikan negara dan fitrah pendidikan itu sendiri. Rasanya tak masuk dek akal la kalu mendidik dengan cara mencekik kan.. dalam tentera ada ke perkara macam ni? Kalau didikan nak jadi tentera pun ada jugak yang kena cekik tak tahulah..

Ini pulak kt sekolah agama kan... dah jadi fitnah pulak..

Semoga Allah ampunkan dosa kita semua dan memberikan petunjuk hidayahNya kepada kita. Amin.

Sunday, March 1, 2015

Khasiat BUDU.. jangan pandang remeh tau..

Ni akak nk kongsi pasal satu artikel ni. Sumber asal artikel ni akak tak pasti sebab ni akak dapat dari group wassup.

Dikabarkan bahawa budu dapat
-  melambatkan penuaan
-  mencegah kanser
-  meningkatkan kepintaran

Ha.. sebab tu la budu ni jadi feberet kita sebab sekian lama kan...

Mak ai.. best nyer bila teringat makang ikan singgang cicoh budu ngang poyok... tranung kita haha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!