Thursday, August 1, 2013

Kisah 'saya sebuah televisyen'

Masa perhimpunan ibubapa smlm ckgu rusmadi berucap. Dia bgtau kisah 'saya sebuah tv' hasil nukilan pelajar. Katanya pelajar ni punyelah bagus karangan dia. Memang dapat pujian lah..

Tapi bila cikgu habis baca karangan pelajar ni akhirnya cikgu ni boleh nangis sedih.. napa? Rupanya pelajar ni melepaskan luahan hati dia.. bagi pelajar ni adalah lebih baik seandainya dia menjadi sebuah tv sebab kalau dia jadik tv mak ayah dia.. kakak dan abang dia akan ada masa mengadap dia berjam2... kalau tidak semua orang tak de masa nak layan dia sebagai seorang individu kat rumah tu.. dia susah nak dapatkan perhatian anggota keluarga yg lain kat rumah sendiri...ooo rupanya macam tu ye...

Jadinya akak pun nak muhasabah diri.
Kena bagi ruang dan mberi perhatian kat anak utk berkongsi perasaan dan pastikan ada komunikasi 2 hala.. takut nanti ramai pulak yg lebih suka jadi 'saya sebuah samsung s3 ke..saya sebuah blackberry ke'.. yelah kan.. dlm 1 jam mesti kita at least pegang handphone beberapa kali kan..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!