Friday, August 30, 2013

Countdown upsr

Aii... x sampai 2 mggu lagi anaknda nak ambik upsr.. mak bapak dah gedebak gedebuk perasaan bercampur baur dah.. berdebar lebih had la pulok.. yg anaknda rileks je.. tu yg makin berdebor makbapaknya.. alahai..

Ya Allah.. Kau lapangkanlah hati anak-anak kami untuk mudah menerima ilmuMu dan tenangkan hati anak-anak kami ketika melangkah masuk ke dewan peperiksaan nanti.. Ya Allah kami mohon kepadaMu agar Kau berikan anak-anak kami petunjuk dan hidayah agar dapat menjawab kesemua soalan dengan betul dan tepat sepertimana skema jawapan. Kau lembutkanlah hati pemeriksa yang memeriksa kertas jawapan anak-anak kami agar melihat kepada jawapan yang memberikan markah dan tidak kepada jawapan yang lemah. Sesungguhnya Ya Allah kejayaan anak-anak kami di dalam peperiksaan upsr ini adalah penting sebagai permulaan langkah mereka ke arah membina masa depan sebagai seorang muslim yang cemerlang..cemerlang dunia dan akhirat. Amin.

Terima kasih juga kepada semua guru-guru yg telah berhempas pulas siang dan malam dgn penuh keikhlasan mengajar anak-anak kami. Jasa guru semua tidak dapat kami balas. Semoga Allah membalas usaha guru-guru semua dgn perkara2 yg baik.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!