Friday, August 30, 2013

Countdown upsr

Aii... x sampai 2 mggu lagi anaknda nak ambik upsr.. mak bapak dah gedebak gedebuk perasaan bercampur baur dah.. berdebar lebih had la pulok.. yg anaknda rileks je.. tu yg makin berdebor makbapaknya.. alahai..

Ya Allah.. Kau lapangkanlah hati anak-anak kami untuk mudah menerima ilmuMu dan tenangkan hati anak-anak kami ketika melangkah masuk ke dewan peperiksaan nanti.. Ya Allah kami mohon kepadaMu agar Kau berikan anak-anak kami petunjuk dan hidayah agar dapat menjawab kesemua soalan dengan betul dan tepat sepertimana skema jawapan. Kau lembutkanlah hati pemeriksa yang memeriksa kertas jawapan anak-anak kami agar melihat kepada jawapan yang memberikan markah dan tidak kepada jawapan yang lemah. Sesungguhnya Ya Allah kejayaan anak-anak kami di dalam peperiksaan upsr ini adalah penting sebagai permulaan langkah mereka ke arah membina masa depan sebagai seorang muslim yang cemerlang..cemerlang dunia dan akhirat. Amin.

Terima kasih juga kepada semua guru-guru yg telah berhempas pulas siang dan malam dgn penuh keikhlasan mengajar anak-anak kami. Jasa guru semua tidak dapat kami balas. Semoga Allah membalas usaha guru-guru semua dgn perkara2 yg baik.

Monday, August 26, 2013

Pil tiroksin

23 Aug 2013
Appt ngan Dr Lee kat KMC. Bila check Dr kata hormon tiroksin rendah.. so now instead of makan 1 biji tablet tiroksin tu akak kena makan 1 setengah biji.. akak terus tanya Dr.. camana nak split tablet yg kecik tu kpd 2.. mcm susah je nak potong...
Rupanya hehe.. tu semua small matter... ada alat potong ubat pil tu jd 2... ooo kisahnyerrr..

Friday, August 16, 2013

Macam2 manusia ni..

Dah tau najis burung masih lagi sanggup nak guna.. adoi.. manusia.. manusia..
Macam jugak kopi tahi musang.. dah sah2 jadi tahik pun masih lagi sanggup masukkan dalam mulut.. yaks.. akak tengok tahi cicak pun dan geli geleman ni kan pulak tahik musangg.. tahi burung nak buat rawatan muka lagi la.. ya ampun..

Thursday, August 15, 2013

First time buat tapai pulut

Hari raya ni first time akak buat tapai pulut.. biasa2 mak yg buat tapi mak x sihat so akak buat la.. senang la jugak buatnya.. hanya beras pulut dan ragi je.
Alhamdulillah jadik.. manis lagi.. semua org puji.. akak suka.. suka.. ahakss.. tapi x dang ambik gambar lepas masuk dlm bekas plastik tu..

Gulai ayam kampung hari raya

Gulai ayam kampung mmg jadik kegemaran abe nik.
Raya baru ning kami sembelih 6 ekor ayam kampung.. hehh.. memang peminat tegar ayam kampung suka sakan laaa..
Ni gambo abe nik dok bersihkan ayam lepas sembelih.. lepas tu akak dan adik2 la pulak yg cabut bulu ayam dan seterusnya lah sampai masakkk..

Kat kampung je kenal teknologi nih..

Balik kampung sempena raya memang something yg menyeronokkan..

Monday, August 12, 2013

Plaza tol bukit besi tranunggg

11 Ogos 2013
Raya ke 4
Hari ni kul 6.30 pm akak ondeway balik dungung dari koberang..
Fuhh.. punye le jam..Sesakkkk... sesakkk.. traffik sesakkk wooo.

Tuesday, August 6, 2013

Cinta sejati sehidup semati bersama-sama

Inilah bukti yg dikatakan sehidup semati.. cinta sejati dan kasih setia sehingga ke hujung nyawa.. masya Allah..

Monday, August 5, 2013

Pulanglah anak tranung

Tahun lepas akak memang x miss tengok citer "ramadan terakhir" lakonan emang manang, wang hanapi su, mat over, leez dan ramai lagi pelakon hebat lain. Akak suka sbb sepenuhnya cakap tranung... rasa patriotik jap dgn semangat cintakan bahasa ibunda tranung kita.
Tahun ni siaran ulangan citer sama.. masih lagi seronok tgk citer... citer zali... citer gayah.. citer jarah.. citer munah....
Kami suka la citer2 bahasa dialek kita ni... dekat di hati..

Saturday, August 3, 2013

Bila aduan tinggal aduan..

Kadang2 orang suka mengadu domba.. komen sana sini sebab tak puas hati dgn satu2 situasi..
Kadang2 tu memang jenis orang ni selalu tak puas hati.. jadi kejenya hanya mengadu je..
Kadang2 tu ada kes yg kita nak mintak pengurusan buat siasatan supaya kelemahan yg timbul yg mungkin pihak pengurusan terlepas pandang.. dapat diperbaiki..
Kadang2 tu ada baiknya pengadu tidak dedahkan butiran peribadi pengadu atas faktor keselamatan.. tapi pihak lain pulak tak nak terima aduan ala surat layang mcm ni kan..
Tapi kalu dah aduan tu lengkap dgn maklumat yg terperinci jadinya buatlah siasatan kan...

MasyaAllah.. bila ajal datang menjemput..

Terharu apabila membaca berita mengenai arwah En Ruslan Ishak, 61 ,seorang siak masjid. Arwah meninggal dalam bulan Ramadhan.. dan beliau meninggal dlm keadaan bersujud kepada Allah.. Subhanallah...
Semua orang Islam yang waras sentiasa mengharapkan pengakhiran hidup dalam keadaan yang baik.. dan kita sentiasa bermohon kepada Allah agar kita semua ditempatkan di dlm syurga Allah...
Semoga mnjadi pengajaran bagi kita semua.

Kisah rasis.. malaysia kita

Tertarik dgn artikel ulasan Abd Jalil Alj dlm Harian Metro Khamis 1 ogos 2013.

Kerajaan terima banyat sangat desakan atas alasan menjaga perpaduan negara konon.. hasilnya ISA berjaya dihapuskan.. maka berduyun2 lah isu isu yg sentiasa datang utk melihat kerapuhan sistem pemerintahan semasa kerajaan..

Dari 1 kes ke kes lain.. hina melayu.. hina bangsa.. hina islam.. tapi kes tinggal kes.. akhirnya orang dah tak kesah..

Kita ini dangkal ilmu agama.. dan ilmu undang2.. jadi kita mengharapkan mereka yg arif agar dpt sama2 membantu memperbaiki apa jua kelemahan.. kalau dah lemah dibiarkan terus lemah alamatnya hancur lah akhirnya.. tiada lagi kekuatan.. jadilah kita akhirnya melukut di tepi gantang..

Sbg ibu bapa amat besar tanggungjawab dlm memberi pendidikan yg seimbang dunia akhirat kpd anak2 pada ketika ini.. mana lagi nak ajar mereka utk brtahan dan bersaing dlm dunia serba moden ni.. kita makin kehilangan backbone..

Thursday, August 1, 2013

Yuppp... setuju 200% peratus...

Memang akak setuju sangat ngan pndapat mummycun.
Tapi itulah kan.. sapa lah kita ni.. rakyat biasa yg wajib taat setia kpd bangsa dan negara.. jadi sbg rakyat biasa ni semestinya kita serahkan kpd kebijaksanaan kerajaan lah dalam menyelesaikan segala isu yg timbul.. yelah.. kita ada undang2 kan.. jadi mintaklah penguatkuasa undang2 melakukan penguatkuasaan dgn sebaiknya..

Wanita melayu terakhir? Dan anjing2 pun meratapi kematiannya nanti...

Kekadang manusia ni bila dah lupa nikmat Tuhan jadinya macam ni la kan.
Kita maklum mungkin dah keje dia dom bersama2 ngan anjing.. jadi pelatih anjing.. tapi nampak sgt seronoknya pegang2 anjing kan.. tak tau la macamana pemikiran sesetengah manusia yg akalnya begitu luarbiasa sekali dari tahap kenormalan manusia biasa macam kita ni kan.. setengah2 org tahu dan sedar yg setengah2 perkara tu tak boleh dibuat main2.. tp setengah2 org suka pulak mempermainkan dgn sengaja.. kita hidup ni sekejap je dik.. jadi carilah dan buatlah perkara yg mendatangkan manfaat kpd diri sendiri dan juga kpd keluarga.. yelah kalu keluarga pun sakit hati dgn kita nanti bila kita meninggal nanti takut la kan tak de sapa nak sedekahkan alfatihah ke utk kita kan.. kesian nanti dik.

Kenapa akak bwk kisah kematian lak? Sbb kebanyakan org kita memang tak makan nasihat.. jadi harapnya bila kita ingat mengingatkan mengenai kematian moga2 memberi keinsafan kpd kita kan..

Semoga Allah mengampuni dosa2 kita di atas segala kealpaan dan kekhilafan kita di dunia ni. Amin.

Kisah 'saya sebuah televisyen'

Masa perhimpunan ibubapa smlm ckgu rusmadi berucap. Dia bgtau kisah 'saya sebuah tv' hasil nukilan pelajar. Katanya pelajar ni punyelah bagus karangan dia. Memang dapat pujian lah..

Tapi bila cikgu habis baca karangan pelajar ni akhirnya cikgu ni boleh nangis sedih.. napa? Rupanya pelajar ni melepaskan luahan hati dia.. bagi pelajar ni adalah lebih baik seandainya dia menjadi sebuah tv sebab kalau dia jadik tv mak ayah dia.. kakak dan abang dia akan ada masa mengadap dia berjam2... kalau tidak semua orang tak de masa nak layan dia sebagai seorang individu kat rumah tu.. dia susah nak dapatkan perhatian anggota keluarga yg lain kat rumah sendiri...ooo rupanya macam tu ye...

Jadinya akak pun nak muhasabah diri.
Kena bagi ruang dan mberi perhatian kat anak utk berkongsi perasaan dan pastikan ada komunikasi 2 hala.. takut nanti ramai pulak yg lebih suka jadi 'saya sebuah samsung s3 ke..saya sebuah blackberry ke'.. yelah kan.. dlm 1 jam mesti kita at least pegang handphone beberapa kali kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!