Monday, June 26, 2017

Alahai.. lain kali cakna la sket dik ooiii

Ari ni hari raya aidil fitri yg ke 2.

Mami  nak citer nih.

Hari ni kami berkonvoi 4 buah kereta pergi menziarah mak sedara dan pak sedara.

Last stop kami ke Kuala Por.

Nak dijadikan cerita, sampai je kami kat rumah mak sedara tu (kami panggil wan - bahas panggilan utk anak-anak kami kpada mak sedara tu), kami bagi salam. Yang keluar cucu wan. Katanya "wan tak de..pergi bandar"

Hmmm...

Budak buleh keluar...

Abe nik terus tanya budak tu, "mak ayah awak ada?"

Katanya, "mama ada. Papa tak de"

Dan papanya adalah sepupu akak.

Terus abe nik mintak budak tu panggil mama  nya.

Barulah keluar.

Hmmm... engko boleh plak suruh anak ko cakap ngan tetamu yang datang dari jauh.. kok ye pun ko keluar le cakap sendiri.. kan...

Tak  belajar sivik betul lah..

Abe nik pun tanya, "awak kenal tak sapa kami ni?"

Dia boleh kata tak kenal..

Aduhai... bayangkan..

Punyalah dia tak cakna..

Ko bukan baru kawin 4 bulan.. anak sulung dan umur 6 tahun kot..

Bukan tak biasa jumpa..

Memang la perempuan tu tak cakna langsung..

Abe nik terus cakap, "ni sepupu laki awak."

Akak pun sambung, "kirim salam la kt wan"

Lepas tu kami blah.

Dan jangan harap la mami nak bagi muka kat dia lagi. Tak nak dah bagi duit raya kat anak-anak dia... dah orang tak kenal kan.. buat apa ko nak buat baik kan... buat biasa dah la kan...

Lepas ni kalu jumpa wan memang nak mintak la wan bagitau kat menantu dia.. belajar la kenal-kenal saudara kan.. jangan duduk macam katak bawah tempurung je kan... cuba la bersilatulrahim. Dapat la jugak pahala.

Hmm..

Sunday, June 25, 2017

Wednesday, June 21, 2017

Dapat hamper raya dari YB

Ari ni abe nik bawak balik hamper.. sumbangan dari YB.. dapat sorang kat ofis..

Cantik packagingnya.. cantik beg..

Ada biskut raya..

Dan yang mahal tu.. ada ferrero rochelle.. haha.. kan..

Best jadi YB kan.. ada bajet raya macam ni..

Hai.. bila la giliran kita nak merasa jadi YB ye.. kakakaka..

Wednesday, June 14, 2017

Aduhai.. anakndaku.. suspected ada problem apendiks

Huhuhu...

Semalam durra called.. bagitau sakit perut..

So kami mintak durra dapatkan bantuan warden dulu untuk hantar ke hospital. Kalau nak tunggu kami pergi sana memang lambat lah.. jauh jugak..

Terima kasih cikgu Azri kerana hantarkan Durra ke hospital besar HSNZ. Terima kasih juga kepada Aini kerana temankan Durra.

Sampai kat sana Durra update status terkini.. katanya tengah tunggu doktor buat pemeriksaan.

Kami nak pergi HSNZ tapi Durra kata tak perlu pergi.. mungkin mengingatkan jarak perjalanan yang jauh..

So esoknya mami pergi jumpa Durra kat hostel.. aduhai.. kesian anak mami.. sampai nangis-nangis cerita..rupanya patutnya doktor nak masukkan kat wad tapi Durra tak nak.. kami tunggu jugak update seterusnya malam tu.. tapi Durra tak call semula..

Aduhai.. sebak jugak mami dengar.. jadi mami mintak kebenaran warden untuk bawak balik sebab esoknya nak bawak gi klinik. Nak get second opinion.

Monday, June 12, 2017

Pasang lampu liplap

Ari ni abe nik pasang lampu liplap..

Simple je lampu nye.. lampu hadiah dari kedai jual cat Bina Paint.. setiap kali beli kami dapat free 1 kotak lampu.. hehe..

Friday, June 9, 2017

Bila ubat tiroksin dah habis...

Aduhai... termiss makan ubat hormon tiroksin... 2 hari lak tu... rupanya bekalan dah habis..

Dan jadinya.. memang mengganggu metabolisme lah..rasa letih.. tangan pun menggeletar je.. huhu..

So lepas ni kena buat checkup.. nak tahu paras hormon TSH..

Sunday, June 4, 2017

Berbuka puasa hari ke 7 Ramadhan

Hari ni kami berbuka puasa beramai-ramai satu keluarga.

Menu utama ialah ikan patin masak tempoyak.

Kata Durra, ikan patin hari ni adalah yang paling sedap.. wah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!