Tuesday, May 23, 2017

TRG leather bag

Kesedaran untuk menyokong industri tempatan dan sama-sama melonjakkan  ekonomi negeri Terengganu sangatlah tinggi selama ni.

Jadi apabila ada produk-produk tempatan yg berkualiti tinggi yang setanding dengan produk luar yang diagung-agungkan, memang akak akan pilih produk tempatan lah.

Nak dijadikan cerita, beg tangan akak yang sedang digunakan sekarang dah lusuh sangat... kulitnya dah nampak macam nak terkoyak dah. Huhu.. kalau ikutkan memang sayang sangat ngan beg sembonia ni. Selesa sangat.

Jadinya... masa lalu kat Cendering tu singgah kejap jamu mata kat showroom Trg leather. Masa tu tak de jualan murah. Kata salesperson tu, start awal  bulan 5 mereka buat offer.

Minggu lepas akak pergi lagi. Kali ni memang pergi untuk beli. Dah decide nak beli.

Puas memilih akhirnya akak ambik satu pattern ni. Kulit lembu. Beg kulit kambing pun ada jugak dijual.

Beg simple je. Tukar pattern yang gantung kat tangan pulak.. hehe.

So jom pakat sokong produk keluaran tempatan. Tak payahlah pergi ke Sogo masa year end sale..hihi.. mana boleh tak pergi.. ye tak.. haha..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!