Thursday, March 16, 2017

Kesan makan cendol durian dan laksa penang...

Well.. ini adalah cerita akak ye.. tak sama ngan orang lain...

Akak adalah penghidap asma. Jadi setelah buat post mortem dan berfikir apa lah yang akak silap makan... yang akak terpikirkan menu dua tu lah.. sebelum kejadian..

Kejadian apa?

Huhu.. akak kena warded 2 hari.


aduhai... memang sengsara la..

mula tu akak dah pergi ke hospital hulu terengganu. So ambik nebulizer.. ambik ubat batuk dan ubat cair kahak.

balik ke rumah, makan ubat cair kahak tu.. ayoyo..dia punya kesan memang dasyat.. siap akak sakit kepala dan sesak nafas.

terus ke hospital buat kali kedua. Masuk emergency room.. berapa kali ambuk neb.. kena cucuk.lagi.. ambik x-ray.. memang faham la prosedur mereka.

kat dalam wad, ada macam-macam penyakit lagi yang dihidapi oleh orang lain... yang lagi teruk pun ada.. kurang darah merah... denggi berdarah.. macam-macam lagi..

tentunya sangat memberi keinsafan kepada akak.. ruang untuk muhasabah diri dan menenangkan diri.

dan buat akak pulak... lepas ni nak jaga pemakanan lah..

tapi kan.. akak tak bagitau kan.. hari yang sama akak makan cendol durian ngan laksa penang tu.. petang tu akak gi kelas aerobik.. boleh tahan la tercungap-cungap dia..

rasanya tu juga antara penyebab lelah tu.. entahlah.. huhuhu..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!